Assalamualaikum wbt.
Apabila mendengar perkataan “Negara berkebajikan” , kita mungkin akan bertanya sendiri, apakah selama ini Negara kita tidak berkebajikan, atau tak cukup kebajikannya. Jadi ramai yang memberi ulasan ‘ ikut dan’ sahaja kerana tidak memahami konsep Negara kebajikan yang diutarakan atau kerana ancaman kepada hegemoni kuasa menyebabkan mereka tidak dapat menerima sebagai mana orang Yahudi amat mengenali Nabi Muhammad, akhirnya menolak Nabi Muhammad SAW kerana bukan dari bangsa mereka.
Membangun Negara Berkebajikan adalah tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tn Guru HJ Abdul Hadi Awang . Ianya bukanlah kali pertama diucapkan atau baru disebutkan dalam PAS, namun apabila dijadikan dasar ucapan, ia mengundang berbagai reaksi, samaada spontan, direka dan sebagainya.
Datuk Seri Mohad Ali Rustam, memberitahu bahawa mereka telah lama buat Negara Kebajikan, jadi tidak hairanlah kalau Negera Berkebajikan baru hendak disebut oleh PAS.
Kebetulan dalam entry lepas saya menulis tentang kebajikan di organisasi, antaranya yang saya setuju untuk dikatakan kebajikan ialah, majikan menyediakan tempat letak kereta. Negeri Kebajikan Melaka mengenakan bayaran letak kereta Bandaraya Melaka 60 sen sejam, dari hari Isnin hingga hari Ahad. Bermakna semua hari kena bayar termasuk cuti umum. Dari jam 8.00 am hingga 6.00 pm . Alor Gajah 40 sen sejam dari jam 8.00 am hingga 6.00 pm, Tampin (N. sembilan) 40 sen sejam dari 8.00 am hingga 5.00 pm.
Nampaknya Tampin NS memberi kebajikan sejam kepada pengguna untuk meletakkan kereta dalam kawasan Majlis Bandaran mereka.
Kita sudah tertekan dengan kenaikan harga minyak, harga tol, harga barangan keperluan harian ditambah pula dengan bayaran parking. Semua itu akan membebankan rakyat, jika anda membebankan rakyat, ini bukannya kebajikan.
Adakah perlu lagi dikenakan caj parking, sedangkan caj tersebut telah dikutip dari lessen peniaga-peniaga yang berniaga ?. (soalan ini untuk semua negeri, bukan Melaka sahaja)
Atau adakah perlu dikutip caj parking dikawasan pelancongan, sedangkan pelancong akan dikenakan lagi bayaran apabila masuk tengok Kota Portugis, contoh..
Ini adalah mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong, bayangkan kan jika pelancong tidak mahu datang, apa kesannya. Tapi orang akan kata pelancong akan tetap datang walau kena bayar.
Saya tidak bersetuju jika Negara berkebajikan memberi kebajikan kepada rakyatnya sehingga rakyat tidak mahu bekerja keras. Contohnya ada Negara yang memberi kopun makan kepada penganggur, ini bukanlah satu langkah yang bijak.
Katakanlah kopun makan di Malaysia RM 4.00 untuk sekali makan, penganggur disuruh sapu sampah sekurang-kurangnya 1 jam bagi melayakkan dia mendapat kupon tersebut , ini lebih baik dari terus dapat kupon tanpa buat apa-apa. Cari lah istilah lain yang lebih sedap supaya penganggur tidak rasa seolah –olah dihina pula. Contoh khidmat kenegaraan, khidmat masyarakat. Ini hanya satu unit kecil kebajikan yang boleh dibuat oleh Negara Berkebajikan. Ikut kemapuan dan bidang kuasa masing-masing le.
Saya menuntut Negara Berkebajikan agar memberi biasiswa kepada pelajar bukannya pinjaman PTPPN.
“penghayatan pemerintahan Islam itu adalah bertujuan untuk memakmurkan atau mengisti’markan mukabumi ini dengan kebajikan dan makruf serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan terhadap seluruh makhluk di atas mukabumi ini termasuk alam sekitar,” ucapan Almarhum Ust Fadil Noor
sekian.
Monday, June 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment