Tuesday, May 31, 2011

Selamat Hari Guru - 13

Assalamualaikum wbt

N13 yang taip surat, merekapun bukan ada kepandaian guna computer, maka setting tarikh, rujuk tuan dan sebagainya berterabur dalam muka surat surat rasmi. Bila ditanya kenapa jadi begitu, jawabnya tak pandai, maka guru yang pandai kena buat.
Bukan sekadar disekolah, namun surat dari kementerian juga telah berubah, kerana kerani yang taip surat tap pandai nak setting kedudukan ruj. Tuan dan tarikh. Maka ia terletak di atas alamat penerima, bila ditannya , jawabnya surat dari KPM pun sedemikian. Saya kata itu salah, ikut format yang telah ditetapkan.
Nampak memandai pula Cikgu Lutfi, baru jadi PK dah pandai mengarah. Kalau jadi pengarah, lagi le…

Apa-apa hal, kebanyakan ‘mereka’ menyalahkan computer apabila berlaku kesilapan pada cetakan dan sebagainya, nasib kau le computer, jadi juga tempat dipersalahkan. Satu perkara yang perlu anda tahu mengenai computer ini 1. Garbage ini garbage out. Dan saya tambah kebijaksanaan computer adalah terletak kepada siapa yang menggunakannya, bukan orang yang menciptanya.

Ini cerita cut and paste, perkara awal-awal yang diajar dalam kompueter ialah cut and paste, cara inilah yang membuat anda cekap menggunakan computer. Tapi biasalah “garbage ini garbage out”. Contoh; ketika saya dipanggil temuduga jadi pensyarah Matrikulasi, saya dipanggil temuduga di Kolej Matrikulasi Kedah, Temerloh Pahang. Lebih kurang begitulah alamatnya.

Bagaimana kalau saya tunjukkan surat itu kepada pengarah, dan Tanya soalan, adakah tuan tersilap alamat, atau tuan sains surat tanpa semak dan baca !. mampuih saya tak dapat jadi pensyarah.

Kita mempercayai orang bawah kita, dengan harapan dialah orang ‘harapan” kita, tapi kita cuai untuk menyemak, maka lahirlah surat yang entah ape-ape.
Ini kira ok, bagaimana dengan “cetakan computer tak perlu tandatangan”.


bersambung...

Selamat Hari Guru - 12

Assalamualaikum wbt

Ramai dikalangan pengetua serta penolong kanan/ HEM agak kekok menggunakan computer, maka saya antara yang pandai waktu itu boleh le tunjuk ex, dapat le minum and makan free, kerana dihargai oleh rakan-rakan yang kita tolong.

Pengiraan markah prestasi, pengiraan ABM, pengiraan Borang M, markah Ko kurikulum, maklumat disiplin dan sebagainya menggunakan computer, senang kerja, tapi susah bagi guru-guru generasi lama. Saya dalam kategori guru tak lama dan tak baru. Dan saya akui dari hari kehari, kepandaian kita dalam computer menjadi semakin mengurang, kerana kita rasa tak perlu apabila umur sudah tua.

Maka ramai dikalangan pengetua yang tidak mahu menambah ilmu computer. Buat apa nak tambah kerana hamper pencen. Lagi pun cikgu-cikgu It yang bantu.

Kebanyakan sekolah mencipta laman web masing, dan banyak juga yang tak update. Guru IT sibuk, sampai kerajaan wujudkan jawatan Guru Data, Guru Bestari dan lain-lain lantikan dalaman yang bertujuan untuk mneyelesaikan masalah penyediaan laporan entah ape-ape yang diminta oleh PPD, JPN dan lain-lain organisasi yang menyibuk.
Maka gurupun bertambah kerja, kajian beban tugas guru yang tak pernah siap-siap. Dulu saya sudah komen dan betullah seperti saya kata, tunggu YB Dr Mohd Fuad jadi Menteri Pendidikan/ Pelajaran baru dibuat semula. Menteri pun sibuk macam guru juga.
Kursus-kursus berkaitan computer giat dijalankan kepada guru, namun hanya guru-guru terpilih sahaja yang boleh dapat ilmu baru ini. (baru pada ketika itu) guru-guru yang fresh, tak berapa jadi masalah kerana pandai computer dan pandai juga beritahu kata tak pandai kerana takut disuruh jadi guru data, guru ICT dan lain-lain guru yang berkaitan menmggunakan computer.

bersambung...

Friday, May 27, 2011

Minggu Pengurusan Pelajar Baru, KMM

Assalamualaikum wbt.

Pelajar baru Kolej Matrikulasi mengikuti program MPPB selama seminggu sebahagian besar guru dilantik menjadi Mentor kepada pelajar-pelajar tersebut. Ini gambar mentee saya ketika LDK sepanjang minggu tersebut.


Biasalah, dimana -mana kolej dan universiti, pelajar perempuan ramai, suatu hari di kolej tenterapun penuh dengan pelajar perempuan.

Ini aktiviti kerohanian di surau Ibadurahman, KMM.
Ustaz Abdul Latif





Ustaz Asri



Ustaz Hishamudin



Para Pelajar lelaki.





Semoga berjaya di KMM, datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.

sekian

Monday, May 23, 2011

Selamat Hari Guru - 11

Assalamualaikum wbt.

Saja tulis artikel ini, sekadar melontar idea, kalau kena dan mengena ok, kalau tersasar tak jadi masalah. Sebagai guru, kita fikir kita betul saja, kita pandai saja. Kita tak terfikir ke palajar kita lebih tahu dan ‘terdidik’ pada ‘zaman’ mereka, manakala guru pula terdidik pada zaman dahulu kala.

Tak hairanlah , guru-guru tak pandai dalam beberapa bidang, contoh yang paling afdal ialah ICT. Saya boleh kategorikan diri saya antara yang pandai ICT suatu ketika dahulu, pandai dalam menggunakan perisian sahaja, tetapi kalau nak install, nak operate itu itu, saya tak tahu, tahun-tahun 90 an. Computer guna MS DOS untuk mengoperasikan computer, manakala perisian yang kerap digunakan adalah word , Lotus 123, database.

Dalam banyak-banyak perisian, database yang jarang digunakan. Manakala perisian word adalah yang kerap digunakan oelh guru. Guru nak taip soalan, kali terakhir saya guna pen stensil adalh pada tahun 1996. Dan kali terakhir saya guna printer dot matrik adalah tahun 2003.

Saya mengajar APM iaitu asas pemperosesan maklumat di SMT, jadi bab-bab guna perisian kira boleh tahan juga pada ketika itu.

Kini telah 15 tahun, perisian telah berubah menjadi semakin canggih, nak guna Microsoft word 2007 pun tak berapa pandai, sebab sebelum ini selalu guna words 2003.
Seorang kawan saya tabik spring kepada saya apabila saya mengira kadar faedah, kadar bayaran balik dan baki hutang menggunakan Lotus 123, ianya macam ecxell sekarang ini. Kiraan tersebut saya buat pada tahun 1995.

Namun hari ini saya agak ketinggalan menggunakan perisian, yang kerap digunakan hanyalah words sahaja, manakala excel. Lupa begitu sahaja.

bersambung..

PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI MELAKA 2

Assalamualaikum wbt.

Updated 10.45 am

Di komen tiada sistem, saya jawab dalam hati smabil senyum, kalau kau dapat dulu tak payah beratur, ada le sistem.



























Penunjuk arah, pembantu parking, sukarelawan, RELA, Pengawal keselamatan, guru amat komited untuk membantu.

PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Assalamualaikum wbt

Pendaftaran pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Kolej Matrikulasi Melaka pada 23 Mei 2011.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya. jurusan Sains (3 modul), Perakauanan, program satu tahun dan program dua tahun.

Tak sabar dah nak beri kuliah dan tutoran.
Saya bertugas bahagian siaraya.




Gerai jualan makan minum, pakaian juga ada.





Kawan saya bertugas di kaunter pendaftaran.
Selamat bertugas.

Selamat belajar.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru - 10

Assalamualaikum wbt.

Saya tutup episode Bela Rakyat sekolah –sekolah dengan ucapan Selamat Hari Guru. Ucapan ini khas ditujukan kepada semua guru-guru di Malaysia. Semoga masa depan guru-guru di Malaysia terus terbela, terus diperjuangkan, terus dinaikkan gaji dan elaun.
Semoga ada undang-undang yang boleh mempertahan dan membela hak guru. Guru terlalu ‘lembut’ – sesuailah dengan peribadi dan gelarannya – ‘Guru / Cikgu”.
Biar patah hidung di tumbuk pelajar sendiri, namun guru boleh maafkan pelajarnya, biar kena bayar ayam seekor dua kerana merotan berbekas punggung anak murid, guru mampu bersabar dan memaafkan. Biar dihentam sedara-sedara pelajar, namun guru boleh bersabar.

Biar dihentam akhbar-akhbar, namun guru boleh bersabar.

Apa kata kalau guru tidak bersabar ?.

Sudah tentu pelajar dipulaukan, tiada ilmu dicurahkan, tiada kisah sekolah bagai penjara, tiada kisah pelajar bagai syaitan. Maka dunia akan cepat kiamat.
Selamat hari guru, anda cemerlang anda akan bahagia dengan kerja anda, anda malas anda akan sengsara bergelar guru.

Cikgu Lutfi , selamat hari guru, nah 15 kuntum bunga, yang harum baunya. Ada 15 tahun lagi oo..
Cikgu Rozita, selamat hari guru, nah 15 kuntum bunga yang harum baunya. Ada 15 tahun lagi oo..

Namun sepanjang berkhidmat hanya dapat bunga plastic sahaja… eii, boleh terima, bukan senang nak cari bunga ori, namun bukan bunga yang dinanti, kejayaan anda (pelajar) itulah yang diharapkan.

Kalau diberi pilihan, inilah kerja no 1 saya, tiada pilihan lain. Letaklah saya di sekolah mana… sudah tentu saya akan isi borang pindah… tak setahun, tahun kedua saya isi, tak dua tahun tahun ketiga saya isi, yang penting saya tak mahu lama di sesebuah sekolah. Tujuh tahun di satu-satu sekolah amat lama, kerja tak produktif..

Sekian, selamat hari guru.

Sunday, May 15, 2011

CUEPACS adil bela kakitangan

2011/05/14
SAYA ingin merujuk kepada surat yang dikirimkan pada 12 Mei lalu mengenai rasa tidak puas hati pengadu terhadap Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang hanya membela kakitangan awam bergred 1 hingga 40.

Jika kita lihat CUEPACS memandang serius keadaan ekonomi yang meruncing untuk kakitangan Kumpulan Sokongan terutama Kumpulan Sokongan Dua. Rata-rata Kumpulan Sokongan Dua ini mempunyai pendapatan bersih bawah RM1,000.

Tidak semua kakitangan dalam golongan ini mengalami kehidupan sempit, tetapi jika dibandingkan dengan Kumpulan Profesional, perbezaan pendapatan golongan bawahan ini hampir 10 kali ganda lebih rendah.

Kepada siapalah golongan ini hendak meluahkan dan meminta kenaikan elaun jika tidak kepada CUEPACS? Golongan bawahan ini tidak kecewa sekalipun golongan profesional mendapat pelbagai elaun yang begitu banyak jumlahnya sementara golongan bawahan tidak mampu menyara keluarga dengan pendapatan sekarang.

Golongan bawahan juga hanya menikmati kenaikan pangkat selepas bertugas melebihi 15 tahun, manakala golongan profesional hanya perlu bertugas tiga tahun untuk menikmati kenaikan gred tinggi.

Jika soal kenaikan elaun rumah menjadi isu golongan ini, CUEPACS boleh menukar elaun perumahan kepada elaun lain untuk kumpulan sokongan. Diharap agar CUEPACS dapat memenuhi segala keluhan dan rintihan semua kumpulan.

ANGGOTA WARISAN, Sabak Bernam.


komen hjlutfi-choras.

saya tidak menganggap cuepacs adil, walau dia memberi hujah, adil tak semestinya samarata.

Guru syor gaji, elaun kakitangan awam diselaras

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari akhbar berita harian 14 Mei 2011 untuk bacaan anda.

Guru syor gaji, elaun kakitangan awam diselaras


2011/05/14
HARI Guru akan disambut dua hari lagi. Sebagai guru, saya terpanggil untuk meluahkan rasa hati berikutan beberapa isu yang hangat diperkatakan dewasa ini membabitkan kakitangan awam termasuk guru iaitu gaji dan elaun.

Berita baik yang ditunggu semua kakitangan awam berikutan tuntutan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi penyelarasan gaji dan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) serta Elaun Tetap Perumahan (ITP) sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
Saya ingin mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan, CUEPACS dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru.
Pertama, COLA dan ITP diselaraskan kepada semua kakitangan awam tanpa mengira gred gaji.

Kedua, perbezaan gred gaji antara kakitangan awam hanya berdasarkan gaji pokok dan Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA). Pada situasi ini, gaji pokok kakitangan awam pengurusan dan profesional (gred 41 dan ke atas) mesti lebih tinggi daripada lepasan diploma (gred 40 ke bawah).

Ketiga, semua gred gaji dan elaun di setiap kementerian diselaraskan. Sebagai contoh, gred gaji kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Pelajaran bermula daripada gred 1 hingga 40 sedangkan gred gaji bagi kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Kesihatan bermula daripada gred 1 hingga 42.

Begitu juga dengan Elaun Kritikal bagi Kementerian Pelajaran antara lima dan 10 peratus daripada gaji pokok sedangkan bagi kakitangan awam Kementerian Kesihatan mencecah 15 peratus.
Keempat, tempoh kenaikan pangkat kakitangan awam Kementerian Pelajaran amat panjang. Kenaikan daripada gred DG41 ke gred DG44 guru mengambil masa 10 tahun, sedangkan di kementerian lain antara tiga hingga tujuh tahun saja.

Ada yang menyatakan perkara ini berlaku kerana guru terlalu ramai berbanding kakitangan kementerian lain. Ada perbezaan gaji sangat ketara antara kami walaupun tempoh perkhidmatan sama.

Kami berasakan guru antara golongan paling teraniaya antara kementerian dengan 1,001 tugas, serta keputusan Jawatankuasa Mengkaji Beban Tugas Guru yang belum diumumkan walaupun sudah hampir setahun berlalu.

Guru memang tepat diibaratkan seperti lilin yang menerangi kehidupan orang lain. Semoga Hari Guru 2011 ini membawa sinar ‘lilin’ yang bercahaya kepada semua kakitangan awam terutama guru. Selamat Hari Guru.

SINARAN LILIN,
Tanjung Malim, Perak.

Saturday, May 14, 2011

Nota Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Guru. Guru insan istimewa, ia mengajar kita mengenal Alif , Ba, Ta. Lalu kita mengisi “kemenjadian” seperti hari ini. Adakah patut anda salahkan guru kerana, anda gagal dalam peperiksaan lalu anda kiti hanya menjadi seseorang yang tidak ‘glemer’, atau adakah patut anda mengucapakan terima kasih kepada guru kerana anda kini seorang figura di arena antarabangsa.

Guru patut disalahkan jika benar kegagalan anda disebabkan secara langsung dari dirinya. Tapi sebelum itu, muhasabahlah diri anda sebelum anda menyalahkan guru anda. Atau Adakah patut anda ucapkan terima kasih kepada guru anda kerana anda adalah figura antarabangsa, sebelum anda dakwa kejayaan anda adalah hasil usaha anda, muhasabahkanlah diri terlebih dahulu. Kerana guru mengajar kita kenal Alif, Ba , Ta..

Bukan bahagian mukadimah yang hendak saya bincangkan, Cuma saya ingin membela para guru dengan bertanyakan soalan dimanakah hasil kajian Beban Tugas Guru seperti komen saya dalam entry setahun lepas.

Secara mudah saya jawab untuk men’syok’kan diri saya sebagai guru, dan dalam jawapan saya aka n ada unsure-unsur bangkang sikit. Naluri manusia memang suka membangkang, tapi bukan sebenarnya membangkang itu hanya fikiran kreatif dan kritis (KBKK) yang diajar dalam semua sukatan pelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah. Mudah untuk berfikiran kreatif dan kritis, wujudkan persoalan APA, MENGAPA, SIAPA, BILA, BERAPA, BAGAIMANA dan lain-lain soalan, maka semua itu akan mengalakkan kita berfikir.

Jangan asyik menghentam tanpa sebarang point atau sebarang alternative untuk dilaksanakan. Alternatif BUku Jingga, baca le , Tanya le balik, apa, kenapa, mengapa dan sebagainya.

HJL : Baiklah… Mana hasil kajian Beban Tugas Guru.
MP : Kajian ini dah siap lama dah ?
HJL : Kalau dah siap pasai apa tak umum ?
MP: Banyak impaknya kalau kita umumkan
HJL: Impak yang lagu mana?
MP: Tak le lentok macam lagu Isabela atau suci dalam debu

HJL: Habis tu lentok kut mana ?
MP: Bergegar macam iron Minden susah le nanti, kerajaan susah, semua guru pun susah.

HJL : Apa pasal pulak susah ?
MP: Cadangan dalam kajian tu minta, 10 guru DG 41 kena ada seorang pembantu N17, 5 (lima) orang guru DG 48 kena ada 1 (satu) orang pembantu N17, 1 (satu) orang guru DG 52 kena ada 1 (satu) orang pembantu N17. Dalam Malaysia ada berapa orang guru ?.

HJL: Kalau begitu kita kurangkan guru, satu sekolah 10 orang cukup le, jadi Cuma pakai seorang atau dua N17, jimat belanja.
MP: Perli Nampak..

HJL: cadangan… bukan perli. Saya nak Tanya lagi apa cadangan lain .
MP: Banyak lagi. Seorang guru DG52 diberi sebuah bilik seorang, seorang DG 48 diberi sebuah bilik seorang, 4 orang DG44 diberi sebuah bilik kongsi, 10 orang DG 41 kebawah diberi sebuah bilik kongsi. Kaunselor nak beri bilik, SU periksa nak beri bilik, guru disiplin nak beri bilik.

HJL: Ini hendak memartabatkan profesion keguruan.
MP: Bayangkan kalau kerajaan terima cadangan tu?, sekolah mungkin seluas KLIA, kalau kecil sikitpun mungkin seluas International Airport batu Berendam.

HJL: Sekolah cabin boleh buat, buat macam tu sudah le?
MP: Huh !!!, tak standard langsung sekolah cabin..

HJL: Bukan kah itu cadangan Tan Sri..
MP: eh… cadangan saya ke ?, bukan saya yang cadang, itu kontraktor Bumi mana entah.

HJL: Bagaimana dengan jawatan Ketua Guru Disiplin, Ketua Warden, Warden Sepenuh masa, guru kokurikulum sepenuh masa, sekolah satu sesi, peguam sekolah , imam sekolah.
MP: Banyak Tanya sangat eh.., sedar ke bahawa ada hadis yang berbunyi lebih kurang begini maksudnya, “ telah binasa umat terdahulu kerana banyak bertanya”.

HJL: Binasapun tak apa ?, saya mewakili rakan-rakan guru.
MP: Jawatan Ketua Guru Disiplin,Ketua Warden dan warden sepenuh masa, guru kokurikulum spenuh masa semua tu masih dalam kajian ?

HJL: lama sangat dah, dok kaji apa lagi… nak jimat kos ke Tan Sri ?
HJL : Pasai naik pangkat macam mana pulak, takkan Guru nak tunggu 10 tahun baru dapat naik gred?
MP: Kita sedang ubah dari masa kesemasa dan masih dalam kajian ?

HJL: masih dalam kajian juga ?
HJL: Pasai pelarasan gaji, minyak selaras selalu dah, gaji bila nak diselaraskan ?
MP: masih dalam kajian..

HJL: Dulu selaras tak kena, adakah patut naik gaji tak sama , kawan tu naik 17 %, kawan ni naik 10 %, macam dengki saja, dia gaji banyak dah, bagi dia naik sikit je 10 %, dia tu gaji lagi banyak bagi dia naik 5 % saja, tu yang saya kata macam dengki saja. Alang nak bagi naik, naik secara sistematik le, bukan dengkitik, Pegawai dulu-dulu susn elok dah, ikut kelulusan, ijazah patut dapat sekian banyak, diploma sekian banyak, kalau nak naik pun, penaik sama banyak peratusnya, jadi jadual gaji tak le kelam kabut, jangan suatu hari orang kata Menteri di Malaysia bangang !.

MP : Awak kata saya bangang..
HJL: Saya tak kata, orang lain yang kata. Masih dalam kajian.. nak kata ke tidak.
Lampu black out, gelap, panas… temu ramah dihentikan serta merta.

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Guru - 9

Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional.

Sekolah yang tak stabil, kerana juruteranya tak berapa terer dan banyak campur tangan sini sana, silap-silap boleh tutup sekolah. Saya rasa saya tidak mahu hurai bab sekolah jenis ini, bimbang saya dikatakan menentang dasar. Sorry banyak-banyak.
Kalau diberi pilihan saya akan kekal berada disekolah ini agar, system ini berterusan demi survival bangsa Melayu.

bersambung..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Guru - 8

Assalamualaikum wbt.

MRSM lain bro, walaupun mereka DG macam kita, tapi mereka dibawah pentadbiran MARA, sebuah badan berkanun. Nampak macam hebat mengajar disini, apa tidaknya, anak murid semua hebat-heba, semua jawat jawatan yang hebat, sakit pergi hospital, dirawat oleh bekas pelajar, pergi baying cukai , jumpa anak murid , pendekkata anak murid mereka ini pegang jawatan hebat-hebat je.

Anda DG KPM kalau nak masuk kelab mereka, kena isi boring permohonan melalui ketua jabatan, buat apa, gaji sama, senioriti tak de. Tak payah le.
Kalau diberi pilihan saya tidak mahu mengajar disekolah ini.

Bersambung..

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Guru - 7

Assalamualaikum wbt.

Sekolah agama rakyat. Cakap pun tak guna, sekolah ini sebagai cikgu DG, anda tidak layak untuk bertugas disekolah ini, kecuali atas arahan Menteri Pelajaran dengan kuasa-kuasa khas mengarahkan anda member khidmat disini, gaji dibayar oleh kerajaan Malaysia (bukan kerajaan BN, harap paham bebenor)

Ada juga sekolah dalam kategori ini yang capai piawaian macam sekolah SMK dan banyaknya hidup segan mati tak mahu. SAR diserang hebat oleh kerajaan Malysia di bawah BN suatu ketika dahulu, yang tewas terpaksa bernaung sebagai sekolah bantuan kerajaan, ada juga diambil alih oleh kerajaan negeri (Majlis Agama Negeri) seperti Maktab Mahmud mengambil alih beberapa sekolah di semua daerah di negeri Kedah.

Yang tak diambil alih terus mempertahankan sukatan pelajaranya, ada yang guna sukatan Negara mesir, ada yang terpaksa ambil SPM secara sendirian untuk membolehkan kerja dengan kerajaan di Malaysia. Kakak dan dua orang adik saya belajar disekolah jenis ini. Dan saya pun hamper menjadi guru disekolah jenis ini demi untuk khidmat kepada Agama.

bersambung..

Thursday, May 5, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 18

Perniagaan dalam Islam.
Assalamualaikum wbt.
Meletakkan diri dalam keadaan takut dan harap kepada Allah.

Siapalah manusia ini untuk berani kepada Allah, siapalah manusia ini yang tidak bergantung harap kepada Allah.

Sebagai muslim, apabila menghasilkan sesuatu produk, ia merupakan amanah yang amat besar, jika produk tadi dapat digunakan dan diambil kebaikan atau manfaatnya, maka anda berterusan mendapa pahala, tetapi jika rpoduk tadi dibuat khusus untuk kejahatan, maka anda akan berterusan mendapat dosa selagi produk tadi digunakan untuk tujuan kejahatan tersebut.

Mana adil kami buat rpoduk untuk kebaikan, yang orang jahat guna untuk buat jahat, pasal apa kami akan terus tanggung dosa ?.

Allah maha mengetahui niat awal semasa pembinaan produk tadi, pen/ pensel digunakan untuk pembelajaran, kalau pengguna guna pen/pensel untuk melukis gambar porno, secara logiknya, sipelukis akan berdosa,.

Tuesday, May 3, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk 18 (waktu duha)

Assalamualaikum wbt.

Selepas solat duha, nak buat apa ?.

Waktu duha adalah waktu tengah sibuk kita cari rezeki, dalam sibuk itu kita diminta ingat Allah dengan solat duha, nak bagi tahu, nak ingatkan kita, Allah yang beri rezeki kepada kita. Tadi kita solat Istikharah supaya Allah permudahkan usaha kita pada hari ini.

Semua waktu ada hikmat dan rahsia yang tersembunyi, maka rugilah kita kalau tak laksanakan solat-solat tadi, walaupun ianya solat sunat. Makan nasi nak kena ada sambal, nak kena ada ulam, begitu juga amalan kita, yang sunat-sunat adalh penambah perisa dalam kehidupan amalan ibadat kita.

Selepas solat duha, sambung kerja dengan bersungguh-sungguh. Ini saya petik dari Hidayatus Salikin, apa yang perlu buat selapas solat duha.
Kata Imam Ghazali rahimullah hu Taala.

1.Tuntut ilmu, yang utama adalah ilmu fardu Ain.
2.Zikir dan baca Quran
3.Buat kebajikan
4.Cari rezeki

Bersambung.

Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Guru - 6

Assalamualaikum wbt.

Sekolah Agama bantuan Kerajaan.

Dulu saya amat kesian dengan sekolah jenis ini, bila kerajaan ambil alih, barulah berjiwa sedikit sekolah ini, kalau tidak, mati tak mahu, hidup segan. Dapat macam-macam peralatan sampai tak ada tempat nak letak dan tak ada pelajar nak guna dan tak ada cikgu yang tahu guna.

Pelajar-pelajar yang dihantar oleh ibubapa ke sekolah jenis ini adalah pelajar yang lemah IQ, tak dinafikan yang IQ tinggi disekolah ini pun ramai. Tapi senang cerita matematik SPM lingkup, mau ke tak lingkup tak ada cikgu yang nak mengajar disini, masa tak ada kerja boleh le cikgu sandaran yang mengajar Lillah hi taaala. Bila dah dapat KPLI, apa boleh buat, kerjaya diutamakan , tinggallah bebudak bagai anak ayam kematian ibunya.

Pengambilalihan ini dari satu sudut adalah baik, namun system ‘kepondokan’ sekolah ini akan terhapus begitu sahaja, apabila carta akademik hendak di tingkatkan. Matlamat penubuhan asal oleh pengasas sekolah akan habis begitu sahaja, tambahan lagi anak-anak pengasas yang menerajui tidak melaksanakan amanat bapanya, dan akan terus habis begitu sahaja, bila pengetuanya diisi oleh orang luar.

Atas dasar sayangkan agama saya merelakan diri jika diarahkan kesekolah sebegini.

Bersambung…

Sunday, May 1, 2011

Nasihat Guru - 18 (Matlamat hidup)

Asalamualaikum wbt.

Setiap orang ada matlamat hidup, dan berusaha untuk mencapainya. Supaya matlamat tersebut tak dilupakan, saya cadangkan anda tulis besar-besar matlamat tersebut dan tampalkan di rumah anda.