Wednesday, June 26, 2013

Guru yang tak dapat tukar sudah marah




Wednesday, June 26, 2013
TERIMA KASIH pada SEKOLAH, BPI, BAHAGIAN PERTUKARAN dan KEMENTERIAN PENDIDIKAN. Saya mohon pertukaran atas sebab yang penting, sebab isteri saya. Apa lagi yang kurang??? REKOD PERUBATAN, SURAT DARI HOSPITAL PAKAR, surat dari PEGAWAI MEMERINTAH, semua saya dah sertakan sebagai bukti. SEBAB SAYA TAK ADA SURAT SOKONGAN DARI AHLI POLITIK KE SAYA TAK DAPAT PINDAH??? Tahu tak betapa susahnya hati seorang suami yang jauh dari isterinya yang mempunyai masalah kesihatan. Apa lagi yang perlu saya buat sebagai bukti??? Kalau yang saja-saja mohon, suka-suka mohon, tak ada surat, kalau yang bujang boleh dapat kenapa tidak saya??? AGAKNYA SAMPAI MATI SAYA TAK DAPAT HIDUP BERSAMA ISTERI SAYA :'(



Menarik sebenarnya untuk dikongsi bersama-sama rakan pembaca!

Inilah kemelutnya apabila pegawai-pegawai yang sepatutnya bersikap seperti manusia, tiba-tiba sahaja bersikap seperti mesin dan robot. Apa ke bangangnya sampai perkara yang hanya memerlukan naluri kemanusiaan dipertimbangkan, tidak dipedulikan?

Apakah perlu guru berkenaan membawa seuncang duit dan diletakkan di atas meja pegawai yang meluluskan pertukarannya? Apa lagi sokongan yang diperlukan untuk membolehkan pegawai yang sepatutnya melancarkan pentadbiran menghilangkan keegoan dan keangkuhannya?

Barangkali inilah sebabnya kebanyakan guru bertukar menjadi penyokong Pembangkang memandangkan pegawai-pegawai yang berada di atas mereka bersikap seperti KERA MENDAPAT BUNGA?

0 comments

Wednesday, June 19, 2013

Saya suka..saya suka.. Rakyat didahulukan, untung diutamakan





Tahniah diucapkan kepada para penyokong UMNO/BN... kerana undi kalian umat Melayu/Islam yang nak beraya Aidil Fitri balik kampong halaman menggunakan perkhidmatan bas akan kena bayar lebih 10% dari kadar semasa.




Inilah hebatnya UMNO yang memperjuangkan Ketuanan Melayu.. Slogan Rakyat di Dahulukan.. Tradisi Membela Rakyat...



Ikut hukum akal logik...yang balik kampong beraya pada Aidil Fitri ini hampir 100% orang Melayu beragama Islam.. Yang majoriti menyokong UMNO/BN pada PRU 13 lalu juga adalah warga Melayu/Islam yang duduk di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan Rancangan Felda.



Sudah pasti menjelang tiba Aidil Fitri warga kota yang tidak berkemapuan nak balik kampong terpaksa guna khidmat pengangkutan bas..



Adakah cara begini UMNO membalas budi baik masyarakat Melayu/Islam yang berkerja keras mau memenangkan UMNO/BN?..TEPUK DADA TANYA IMAN... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.



Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.



Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan. ~ ok


Hjlutfi-choras.

kawan saya UMNO?BN kata dia akan tetap sokong UMNO/BN selamanya walau apa saja barang naik harga.

Monday, June 10, 2013

Melayu di diskriminasikan (kedai payang) - 5



Assalamualaikum wbt.

Baru saya tulis dalam bahagian 4 , mengenai Pekan Rabu Alor Setar. sekarang ini diskriminasi terhadap peniaga Melayu , dibuat oleh Melayu sendiri terhadap peniaga Melayu yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Terengganu.

Melayu tidak suka melihat Peniaga Melayu berniaga dengan aman. Kedai Payang memang sudah terkenal, dikenali oleh pelancong domestik, tempat tumpuan mendapatkan barangan Melayu tanpa perlu melalui CINA, jadi adalah bangsa Melayu juga yang akan menjahanamkan dengan alasan, MENCANTIK , MENYUSUN, MENGEMAS, MENGATUR DAN MACAM-MACAM LAGI IDEA YANG NAMPAK MUNASABAH, sebaliknya idea itu akan merosakkan peniaga Melayu.

Peniaga Melayu sering menjadi mangsa diskriminasi oleh Penguasa Melayu, kalau pengusa Melayu pun bertindak menindas, tak hairan lah kalau tauke cina pun akan menindas peniaga Melayu.

Tapak perniagaan yang sedia ada cukup baik bagi Melayu untuk menguruskan perniagaan. adakah Melayu boleh berniaga di Mall, sudah tentu tak dapat sebagaimana mereka dapat berniaga di Kedai Payang dan Pasar Siti Khadijah dan Pekan Rabu.

Penguasa Melayu memang ada idea hebat tapi idea sekadar nak mencantikkan sahaja , bukan untuk menguntungkan.

Selamat Maju Jaya , Melayu.  teruskan sokongan anda kepada mereka dengan harapan BRIM akan terus diberikan selagi ada bulan dan bintang.

Wednesday, June 5, 2013

Melayu di diskriminasi (peniaga Melayu - Pekan Rabu) - 4

Assalamualaikum wbt.

Saya tidak berani untuk membuat kesimpulan bahawa sikap Melayu antara punca Melayu di diskriminasi dalam segala hal. Di diskriminasi oleh bangsa sendiri kerana sang pendiskriminasi takut dia dikata rasis apa bila mengutamakan bangsa sendiri.

Di diskriminasi oleh bangsa Cina, kerana memang sikap cina tamak dan mengutamakan kongsi masing-masing. dan yang pelik mereka tak dianggap rasis apabila mengutamakan bangsa mereka sendiri.

Pernah dengar Pekan Rabu di Alor Setar ?.  Satu model tempat berniaga orang Melayu yang popular di Malaysia, ex PM Tun M pun pernah berniaga di situ, bapa mentua aku pun pernah berniaga disitu. Sekarang ni pekan Rabu ada di negeri-negeri lain, bukan Francais tapi ambil semangat, (idea Tun M le ni).

Baru -baru ini Pengurusan Pekan Rabu, sebuah koperasi nak modifiet Bangunan Pekan Rabu, nak bagi cantik lagi.

Pada pendapat saya, buat apa le nak ubah suai, biarkan dengan keadaan tersebut, pengunjung tetap datang. Himpun duit cari tapak baru, beri lebih ramai peluang kepada Melayu berniaga. nak tunjunk kata tak rasis, atau melayu tak diskriminasi bagi 10 lot kat orang Cina ( ada berani ?) macam UiTM bagi 10 peratus koata pelajar bukan bumi, Kolej Matrikulasi bagi 10 % , STAR ada bagi, universiti MIC ada bagi ?

Kerajaan negeri bagi lah tapak ditengah bandaraya Alor Setar dengan harga rendah, jangan asyik nak jual kepada pemaju Cina saja. Wujudkan satu tempat Melayu dapat berniaga dengan sayarat barang yang diniaga bukan dari Cina, kalau dari Cina, tak bebas, sekejab saja dimain oleh Cina tutup kedai.

Lokasi Pekan Rabu dilaluan utama, berhampiran Stesen bas Alor Setar suatu ketika dahulu memudahkan pengunjung, lokasi bangunan sebuah lagi cari lah yang dekat-dekat stesen bas juga, jangan humban di tempat yang susah orang nak k Pergi seperti kompleks peruda.

Kalau betul pemimpin Melayu tidak mendiskriminasi peniaga Melayu, saya pasti akan terbina sebuah lagi kompleks perniagaan seumpama PEKAN RABU ALOR SETAR dalam bandaraya Alor Setar. tapi kalau pemimpin Kedah sekarang takut dikata rasis dia akan mendiskriminasi bangasa Melayu sendiri. (ada berani Mukriz ? ), bukan setakan nak bawa pelancong saja mai Kedah.

Melayu di diskriminasikan (peniaga Melayu - Bazar Ramadhan) -3

Assalamualaikum wbt.

Iklan.

Bidaan tapak Bazar Ramadhan. Terbuka untuk semua, Melayu, Islam, bukan Islam, Cina, India, Iban, Indon dan Bangla.

Agak-agaknya peniaga Cina nak berniaga tak di Bazar Ramadhan.
Agak - agaknya Orang Melayu beli atau tidak barang jualan Cina di Bazar Ramadhan

Berani potong hujung kuku jari. Barang jualan Cina di Bazar Ramadhan lebih laris berbanding peniaga Melayu yang Islam (walau tak berapa Islamik di bulan Ramadhan)

Cina jual apa, ada dia jual badak berendam, ada dia jual gulai batang pisang. nak habag hang lebih dari itu dia boleh jual, dan pembeli Melayu akan pi beli barang jualannya. Eh sapa nak neli tengok cina yang jual. jangan silap bro.. berapa lama depa di sautu tempat yang dirahsiakan namanya makan nasi lemak cina (bukan Islam) yang dijual oleh minah indon bertudung (last sekali didapaiti bukan Islam minah tu).

Hang ingat Cina bodo, nak suruh amoi tanyang paha jual di bazar Ramadhan. dia upah le Melayu yang tak ada diskriminasi kaum dan agama berniaga bagi pihaknya, maka berbondong-bondonglah orang datang membeli.

Siapa boleh membida lebih tinggi dia yang dapat. Melayu mana ada diskriminasi, dapat duit raya sikit, cair habis.

Melayu di diskriminasikan ( Peniaga Melayu) - 2

Assalamualaikum wbt.

Siapa hendak disalahkan ?.

Rata-rata peniaga Melayu adalah penjaja, menjaja mencari makan, jual kuih, jual tudung, jual sayur jual ikan. Yang berani sikit sewa kedai MARA, UDA, keda, kuda dan sebagainya, cuba lihat lokasi kedai-kedai tadi dimana ?.

Sebelum pembangunan sesebuah pekan, peniaga Melayu berniaga denga senag hati, tapak tak payah sewa, tapi bila dirancang oleh perancang bandar, nak cantik konon maka kawasan jajaan Melayu telah jadi hak Cina, apa tidaknya dah buat kedai besar bukan main, mana Mampu MELAYU MISKIN beli kedai.

Jangn takut le Melayu, jangan Malu le Melayu, kamu (dan aku) tu miskin. terpinggir lagi tempat jajaan Melayu, sehingga terpaksa tutup gerai jajaan. Siapa yang tadbir , urus bandar / pekan, Majlis Perbandaran, Majlis daerah, siapa YDP nya, siapa lagi kalu bukan Melayu. Melayu sendiri mendiskriminasi peniaga Melayu.

Kerana apa ?, kerana kalau melayu menjaja dalam bandar nanti orang tak masuk kedai Cina, entah -entah dia dapat habuan dari Cina , sakit sangat mata dia lihat orang Melayu berniaga tepi jalan dan kaki lima. merosak pemandangan.

Nak tunjuk baik, buat kedai sewa MARA atau apa saja agensi, pindahkan peniaga Melayu kedalam bangunan yang serba moden, tetapi mak datuk juah dari laluan bas, laluan penjalan kaki. jauh dari pusat bandar,  akhirnya dituduh kepada peniaga Melayu tak pandai berniaga. Siapa mendiskriminasi siapa.



Melayu di diskriminasikan (Graduan Melayu ) - 1


Assalamualaikum wbt.



Hari ini baru utusan berani mengeluarkan berita sedemikian kerana ada hasil kajian. Masalah diskriminasi ini telah berlaku sejak sekian lama sejak masyarakat cina menjadi tauke di Negara Persekutuan Tanah Melayu kemudian ditukar ke Malaysia.



Hari ini mereka berani untuk mengeluarkan kata-kata tersebut setelah PRU 13, bermula dengan tsunami cina, dijadikan asas untuk mengeluarkan banyak lagi (itupun kalau berani) “kata-kata membela” yang selama ini dipendam kerana “toleransi berat sebelah” dan kerana dapat habuan dan penajaan sebelum pilihan raya.



Sekian lama para engineer, juruteknik, supevisor, pengurus dan pekerja Melayu didiskriminasi dalam syarikat cina Malaysia, cina Taiwan, cina hongkong, cina China dan cina-cina yang lain, bekerja diperah keringat secukup-cukupnya, last sekali bila engineer Melayu dah menyampah dan letak jawatan, senanglah mereka mengambil suku mereka masuk.



Nak salah siapa hal begini boleh berlaku ?



1. Nak salah Melayu sebab tak kompetetif dalam persaingan kerja.

2, Nak salahkan Melayu sebab terpaksa minta kerja dengan Cina. Dah lama dok menyanyi anak kecil main api, 55 tahun memerintah, berapa kilang Melayu boleh beri pekerjaan kepada warga Malaysia yang Melayu.

3. Nak salahkan kerajaan Malaysia.



Kerajaan patut disalahkan dalam hal ini, kerajaan mempunyai kuasa untuk menentukan peraturan dan undang – undang, Keturunan cina perlu di ajar untuk menghormati bangsa Melayu yang selama ini banyak berlembut dan beri muka kepada bangsa lain sehingga bangsa Melayu sendiri tak dapat menetapkan apa-apa, hatta barang niaga sendiri, harga ditentukan oleh pembeli cina.



Pendidikan satu sekolah kebangsaan perlu dilaksanakan, sekolah jenis kebangsaan hendaklah dihentikan demi untuk perpaduan warganegara. (tapi bagai mana nak buat sekolah satu aliran, Timbalan Menteri Pelajaran adalah Cina dan India.- tambahan menteri pula jenis tak berapa cerdik) lebih diplomasi , celah tu pula kawan dengan Cina, habis cerita.



“tsunami Cina boleh dijadikan asas mengerakkan sesuatu aktiviti, program yang boleh mengembalikan martabat Melayu yang perlu dihormati dan didahulukan dalam segala kepentingan, (namun Melayu didahulukan untuk dikerjakan oleh Ketuanan Melayu, cuba check tanah sapa mudah dibeli oleh kerajaan Melayu), rumah ibadat siapa mudah dirobohkan oleh ketuanan Melayu.



Tsunami Cina – istilah nak tunjukkan Cina Malaysia sudah belot , sudah melampau, sudah tak hormat Melayu. Guna lah peluang ini untuk buat sekolah satu aliran (aliran kebangsaan), nak keras lagi buat cara Indonesia, tapi macam mana nak buat macam Indonesia, menteri Melayu sendiri tak guna bahasa Melayu, bila orang interbiu asyik cakap om putih saja. Menteri Cina kerajaan Malaysia guna bahasa Cina, langsung tak dak intigriti dalam menjaga “Negara Malaysia”



Kita tak perlu asimilasi, Cina jadi melayu, India jadi Melayu, Pakistan jadi Melayu, Bangla jadi Melayu. Cukup dengan kita menerima pendidikan satu aliran, mengenali siapa yang patut dihormati, siapa yang patut didahulukan.



4. Nak salahkan sifat Tamak orang Cina



Bukan cina saja yang tamak, Melayu juga tamak, tapi cina Malaysia lebih tamak. Semua dia nak konker, ekonomi dia nak konker, tanah dia nak konker, sebab tu tanah untuk Felda dah tak ada, kerana menteri takut nak bagi kepada Melayu. Takut Melayu lawan UMNO. Kait kut mana , tanah felda dengan Cina , Awak fikirlah sendiri



Cina minta persaingan bebas atau “persaingan sihat – konon”. Macam mana kata persaingan sihat jika keupayaan ekonomi mereka jauh meninggalkan Melayu. Tapi Pakistan karpet boleh juga survive. Survive sebab carpet bukan dari Cina. Kedai makan tomyam Petani boleh juga survive, sebab tak guna barang cina.



5. Nak salah bodohnya orang Melayu dari pecacai sampai ke pemimpin.



Bila sebut bodoh semua orang akan marah. Jadi jangan sebut…