Monday, February 20, 2012
Politik Samseng
Politik samseng
Politik samseng, bukan baru bermula tahun ini, telah lama berlaku dinegara kita, Contohnya di Kedah, ahli Pas dibunuh semasa pilihanraya lama dahulu di Lubuk Merbau, dan kes-kes lain yang say a baca. Kemungkinan beberapa sebab yang saya senaraikan dibawah adalah punca politik samseng ini digunakan.
1. menunjukkan kuasa dan kekuasaan.
2. tidak dapat dimenang sesuatu isu dengan hujjah dan bukti
3. membuat provokasi, dengan harapan pihak lawan membalas.
Untuk menerangkan yang mereka berkuasa, maka samseng-samseng termasuk samseng ‘tahi kucing’, samseng kampong dusun dan seangkatan dengannya diberi habuan untuk melakukan aktiviti samseng, mereka dijanjikan tiada tidakan Polis yang boleh dikenakan kepada mereka kerana dilindungi oleh ‘seseorang’ yang ada kuasa.
Maka jiwa remaja dan dewasa yang belum cukup akal menggunakan kesempatan tersebut untuk menunjukkan keberanian masing-masing. Bukan senang untuk melakukan kesalahan jenayah dalam keadaan biasa, maka kesempatan itu digunakan sepenuhnya.
Pemimpin yang memberi jaminan bahawa pelaku kegiatan samseng dibawah arahan beliau akan bebeas dari sebarang tuduhan kerana ‘kuasa yang ada pada dirinya untuk berdiplomasi dengan pihak Polis.
Kalah dalam isu yang dibangkitkan, namun tidak sanggup untuk menerima kekalahan dengan hati terbuka menyebabkan perilaku samseng diadakan sebagai ‘pengajaran’ kepada lawan. Lawan tidak akan menggunakan taktik yang sama kerana tiada ‘kuasa’ untuk berdiplomasi dengan Polis.
Provokasi aadalah salah satu kaedah yang cukup lama digunakan, apabila pihak yang diprovokasi bangun bertindak , waktu itulah mereka akan dikenakan berbagai tuduhan dan akan dikutuk sehabis-habisnya menggunakan semua media. Cerita awal akan dimatikan , focus diberi ketas perilaku tindakan balas sahaja akan dimainkan.
Saya melihat politik samseng adalah satu gejala yang amat tidak sihat dan bertentangan dengan Islam, ianya perlu dibendung, pihak berkuasa Polis mestilah adil dan berintegriti dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan masyarakat dan Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment