Monday, February 6, 2012

Guna duit kerjaan persekutuan untuk naik nama parti




Assalamualaikum wbt.

Ini yang banyak orang Melayu UMNO tak paham dan buat-buat tak paham.

"Parti yang menentukan kerajaan tapi kerajaan tidak ada tanggungjawab untuk membangunkan parti.

"Orang selalu tanya kenapa kita (PAS) masih minta sumbangan orang ramai selepas kita memerintah.

"Rakyat kena faham, nak bangunkan parti mestilah guna duit parti, duit dalam poket ahli dan penyokong parti, tak boleh guna duit kerajaan negeri sesuka hati," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Malam Mahabbah Anak Kedah di Perantauan, di Markaz PAS Taman Melewar, malam tadi.

Majlis makan malam anjuran PAS Kawasan Pokok Sena itu bertujuan mengutip dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan untuk penambahbaikan Kompleks PAS Pokok Sena.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, banyak salah guna kuasa dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan BN kerana mereka tidak membezakan peruntukan untuk pembangunan negara dan aktiviti parti.

"Kalau kerajaan tidak membezakan antara pembangunan negeri dengan pembangunan parti, itu yang berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan. Duit keluar untuk parti," katanya.


Tak hairan lah jika semua itu akan dibela dengan berbagai-bagai jawapan bagi menghalalkan tindakan mereka, dan akan disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang 'bodoh'.

No comments:

Post a Comment