23/02/12
Hubungan Israel: Khairy sasar serangan pada Mahathir
KUALA LUMPUR 23 Feb: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan hubungan dagang antara kerajaan Malaysia dan Israel.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengulas pengakuan Khairy bahawa kerajaan telah menjalinkan hubungan dengan Israel sejak 1996, kononny ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.
Menurut Shamsul, mustahil Khairy mampu menafikan hakikat bahawa Mahathir merupakan perdana menteri yang lebih berkuasa ketika itu, berbanding Anwar yang merupakan timbalan beliau.
“Dengan mengatakan hubungan dagang dengan Israel bermula pada tahun 1996, Khairy meletakkan Mahathir dalam keadaan ‘defensive’ kerana Mahathir merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.
“Khairy seolah-olah mensasarkan serangan kepada Tun Mahathir, yang selama ini cuba menonjolkan imej anti-Israel dan vokal dalam mempertahankan Palestin, tapi pada masa sama membuat hubungan dengan Israel,” kata Shamsul.
Shamsul berkata, jika benar dakwaan Khairy, beliau mempersoalkan mengapa hubungan dagang dengan Israel itu diteruskan, meskipun Anwar dipecat dari jawatannya dalam kerajaan pada 1998.
Pada masa ini, Malaysia menduduki tangga ke 15 negara terbesar di dunia yang berurusan dengan rejim zionis dari segi hubungan dagangan.
“Sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf negara Israel, tidak sepatutnya wujud sebarang hubungan dengan syarikat mereka, seperti APCO yang mendapat bayaran RM77 juta setahun oleh kerajaan,” kata Shamsul.
Mengulas isu yang sama, Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, setiap perubahan dasar membabitkan hubungan dengan Israel, semestinya diluluskan di dalam mesyuarat kabinet.
“Semua orang tahu bahawa Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat kabinet pada tahun itu (1996),” ujar Azmizam.
“Kerajaan Umno-BN selama ini mendakwa mereka anti-Israel, sebaliknya menuduh Datuk Seri Anwar pula sebagai agen Zionis,” katanya lagi.
K,daily
Monday, February 27, 2012
Friday, February 24, 2012
Isu Felda - hang pikiaq sat (lu pikir le sendiri) 2
[HD] KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.
"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.
Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.
Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.
"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.
"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga presiden NGO Amanah.

Thursday, February 23, 2012
Isu Felda - hang pikiaq sat (lu pikir le sendiri)
Apa jaminan selepas disenaraikan bahawa peneroka boleh lagi menikmati sebagai mana mereka dapat hari ini?
Contoh yang mudah untuk kita faham, misalnya anak syarikat Felda Oil Produk, ini anak syarikat Felda yang kendalikan isi rong. Asalnya 75 peratus daripada kepentingan syarikat ini dimiliki oleh Felda. Selepas dibuka kepada syarikat luar antaranya daripada Jepun iaitu Mitsui Sdn Bhd yang bermula dengan 18 peratus saham mereka.
Kemudian masuk lagi syarikat Adika Corporatian dengan saham tidak sampai 10 peratus.
Dan ini menyebabkan dalam tempoh tidak sampai lima tahun daripada syer Felda hanya tinggal lebih kurang 36 peratus sahaja dan segala polisi diuruskan oleh syarikat asing.
Apa yang berlaku pegawaipegawai dirombak sehingga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada tempatan kepada syarikat asing menyebabkan dasar-dasdar diputuskan oleh orang asing, bahkan nama syarikat pun telah bertukar kepada Felda Ipco.
Ini satu contoh bagaimana Felda mula jual kepentingan akhirnya tergadai. Jadi apa jaminan kerajaan kepada nasib Felda selepas penyenaraian nanti? Walaupun bermula 20 peratus dan apa jaminan Felda boleh dipertahankan?
sumber: tranungkite.

Wednesday, February 22, 2012
Monday, February 20, 2012
Politik Samseng
Politik samseng
Politik samseng, bukan baru bermula tahun ini, telah lama berlaku dinegara kita, Contohnya di Kedah, ahli Pas dibunuh semasa pilihanraya lama dahulu di Lubuk Merbau, dan kes-kes lain yang say a baca. Kemungkinan beberapa sebab yang saya senaraikan dibawah adalah punca politik samseng ini digunakan.
1. menunjukkan kuasa dan kekuasaan.
2. tidak dapat dimenang sesuatu isu dengan hujjah dan bukti
3. membuat provokasi, dengan harapan pihak lawan membalas.
Untuk menerangkan yang mereka berkuasa, maka samseng-samseng termasuk samseng ‘tahi kucing’, samseng kampong dusun dan seangkatan dengannya diberi habuan untuk melakukan aktiviti samseng, mereka dijanjikan tiada tidakan Polis yang boleh dikenakan kepada mereka kerana dilindungi oleh ‘seseorang’ yang ada kuasa.
Maka jiwa remaja dan dewasa yang belum cukup akal menggunakan kesempatan tersebut untuk menunjukkan keberanian masing-masing. Bukan senang untuk melakukan kesalahan jenayah dalam keadaan biasa, maka kesempatan itu digunakan sepenuhnya.
Pemimpin yang memberi jaminan bahawa pelaku kegiatan samseng dibawah arahan beliau akan bebeas dari sebarang tuduhan kerana ‘kuasa yang ada pada dirinya untuk berdiplomasi dengan pihak Polis.
Kalah dalam isu yang dibangkitkan, namun tidak sanggup untuk menerima kekalahan dengan hati terbuka menyebabkan perilaku samseng diadakan sebagai ‘pengajaran’ kepada lawan. Lawan tidak akan menggunakan taktik yang sama kerana tiada ‘kuasa’ untuk berdiplomasi dengan Polis.
Provokasi aadalah salah satu kaedah yang cukup lama digunakan, apabila pihak yang diprovokasi bangun bertindak , waktu itulah mereka akan dikenakan berbagai tuduhan dan akan dikutuk sehabis-habisnya menggunakan semua media. Cerita awal akan dimatikan , focus diberi ketas perilaku tindakan balas sahaja akan dimainkan.
Saya melihat politik samseng adalah satu gejala yang amat tidak sihat dan bertentangan dengan Islam, ianya perlu dibendung, pihak berkuasa Polis mestilah adil dan berintegriti dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan masyarakat dan Negara.
Wednesday, February 15, 2012
Ampun Tuanku, patik tak paham, tuanku kenen kat sapa ni ?
Sedih tak jujur laksana DEB
Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menyelar tindakan sesetengah pihak yang tidak amanah serta telus dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga matlamat membangunkan ekonomi orang Melayu dan Islam terjejas.
Baginda bertitah, DEB yang asalnya merupakan matlamat murni untuk menyeimbangkan agihan ekuiti secara saksama antara kaum di negara ini tercalar apabila berlakunya perbuatan tidak bertanggungjawab di peringkat pelaksanaannya.
Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu kecurangan, baginda bertitah, ia menyebabkan wujud jurang antara matlamat yang disasarkan menerusi dasar itu dengan realiti pencapaiannya.
“Banyak contoh kejayaan melalui DEB yang tidak boleh dinafikan terutamanya dari segi melahirkan modal insan profesional serta menambah kumpulan pertengahan di kalangan Melayu dan bumiputera.
“Bagaimanapun, berlakunya kecurangan di peringkat pelaksanaan telah menjejaskan matlamat asal dasar tersebut sehingga mewujudkan jurang antara matlamat yang disasarkan terutamanya membabitkan pemilikan ekuiti.
“Akibatnya, matlamat mahu menyeimbangkan agihan ekuiti di kalangan ummah gagal dicapai manakala dasar murni tersebut dipersalahkan, dijadikan sasaran kritikan sehingga ada pihak tergamak menghinanya.
‘‘Sedarlah, hakikatnya dasar itu tidak berdosa, yang berdosa adalah mereka yang melakukan penyelewengan di peringkat pelaksanaan,” titah baginda pada Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Sasana Kijang Bank Negara di sini hari ini.
Sementara itu, Raja Dr. Nazrin bertitah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu atau keluarga Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga manakala hanya dua peratus sahaja yang kekal melewati generasi tersebut.
“Pola daya tahan pemilikan ekuiti berkenaan akan memberi impak negatif dalam jangka panjang. Ia kritikal kerana boleh mengakibatkan orang Melayu dan Islam menerima nasib berdagang di bumi sendiri,” titah baginda.
Justeru, baginda mahu orang Melayu dan Islam lebih berani dalam melakukan penghijrahan strategi daripada kaedah berfokuskan individu kepada kaedah berasaskan institusi demi pembangunan ekonomi ummah.
Baginda bertitah, konsep wakaf korporat merupakan satu alternatif yang berpotensi untuk memacu ummah ke arah penghijrahan tersebut dan membantu pembangunan ekonomi yang mapan.
“Konsep wakaf bukanlah baru kerana suatu ketika dahulu ia berperanan sebagai sumber kekuatan ekonomi ummah sehingga tidak perlu bergantung kepada dana kerajaan.
“Beta menyifatkan konsep wakaf korporat ini sebagai pendekatan alternatif bagi membantu ummah mengatasi keadaan kritikal yang sedang dialami. Ia diyakini lebih berkesan dalam memenuhi agenda membangunkan ekonomi orang Melayu dan Islam,” titah baginda.

Tuesday, February 14, 2012
Pelajar sains di persimpangan ?
Pelajar sains di persimpangan?
AZIZ BASIR,
Kuala Lumpur
Dari Forum utusan Malaysia 13/2/2012
SAYA terpanggil untuk memberikan komen berhubung isu mengenai peratusan kekurangan pelajar sains yang semakin amat kritikal ini. Sebenarnya isu ini telah lama berlaku cuma sekarang menjadi semakin teruk dan perlu ditangani segera oleh kerajaan.
Perlu ditegaskan jika kita ingin menuju negara yang maju dan dihormati ia mestilah mempunyai tenaga manusia atau rakyatnya yang berpendidikan sains dan teknologi secara menyeluruh. Sebenarnya kita kena lihat dari pelbagai aspek untuk mencari sebab dan puncanya.
Punca yang sering kita berikan ialah kerana bidang atau jurusan sains ini cukup susah dan mencabar kepada pelajar, baik semasa di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti.
Namun statistik tersebut perlu tepat, sama ada bidang yang dimaksudkan untuk sains tulen atau sains gunaan. Pelajar kurang berminat adalah bidang sains tulen berbanding sains gunaan.
Bidang sains gunaan seperti sains kesihatan dan kejuruteraan memang tiada masalah kerana bidang ini cukup diminati dan mendapat permintaan tinggi daripada pelajar aliran sains atau teknik.
Bidang-bidang sains tulen seperti matematik, fizik, kimia dan biologi memang semakin kurang diminati disebabkan peluang tawaran di pasaran kerja begitu kurang sedangkan pelajarannya sukar.
Kerana itu ada pelajar lulusan sains tulen ini akan mengikuti Kursus PerguruanLepasan Ijazah (KPLI) di Institut Perguruan Guru (IPG) selama setahun untuk bertukar menjadi seorang guru, bukan mempraktikkan dirinya sebagai seorang pegawai sains, penyelidik atau saintis. Ini pun satu masalah dan memberi kesan kepada kekurangan pegawai sains tulen dalam industri sains negara.
Kita lihat seolah-olah pelajar jurusan sains berada dalam persimpangan dan dilema. Kerana itu hanya mereka yang cukup minat dan cintakan jurusan ini akan pasti memilih kursus perubatan, farmasi dan kejuruteraan sebagai kursus yang paling popular.
Mereka inilah pelajar yang biasanya cukup cemerlang dan dianggap berani untuk memilih kursus yang lebih mencabar, sukar dan lebih mahal kosnya.
Jika lulus, mereka akan menjadi seorang doktor atau jurutera yang dianggap lebih berprestij dan hebat di mata masyarakat. Ramai juga yang gagal dan bertukar kursus.
Terbukti mereka memang pintar kerana mampu lulus cemerlang dalam kursus lain sekalipun pelajar itu gagal dalam sains sebelumnya. Lagi pun kedua-dua bidang ini bertaraf lebih profesional daripada jurusan sains tulen tadi.
Kerana itu saya ingin bertanya bidang sains mana yang dimaksudkan menjadi kritikal kepada negara? Hakikatnya pelajar ini masih ramai belajar bidang sains ketika di peringkat sekolah tetapi mula mengurang atau bertukar haluan bila belajar di universiti.
Ini masalah yang berbangkit dan perlu ditangani oleh kerajaan. Lihat sahaja iklan akhbar dan beberapa pameran kerjaya. Kebanyakan jawatan kosong lebih kepada bidang kejuruteraan, perakaunan, perniagaan, pemasaran dan perubatan. Jarang yang hendakkan mereka daripada aliran sains tulen.
Bagi saya selaku bekas pelajar aliran sains tulen dan kejuruteraan, saya rasa kerajaan perlu memberikan sesuatu yang lebih besar dan bermakna kepada pelajar sains ini. Sebagai contoh pelajar sains (tulen atau gunaan) patut diberikan kemudahan biasiswa yang lebih besar dan banyak dari pelajar jurusan lain.
Bagi yang ingin memohon pinjaman PTPTN pula kita harapkan agar mereka daripada jurusan sains diberikan lebih merit dan terutamanya tanpa mengira latar belakang keluarga mereka. Dengan ini pelajar akan lebih bersemangat dan suka untuk memilih bidang sains kerana adanya keistimewaan dan penghargaan seperti ini.

Wednesday, February 8, 2012
Sikit pasai lembu
Assalamualaikum wbt.
Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada Tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
1. Hang pa kena faham kalau tak pi Mekah mesti tak takut tuhan
2. Oleh kerana takut tuhan , tak masuk akai, saya akan seleweng duit RM 250 juta
3. Bukan saya seleweng, dapat cara betui, ikut suka syarikat le nak beli apa,beli kondo buat sewa, untung sewa kondo, masuk dalam akaun syarikat dapat le cover lembu yang tak beranak.
hjlutfi-choras; itu lah depa, duit untuk segala-galanya. ingat , Kaabah bukan batu berhala, susah hati datang menghadap Kaabah, dalam Kaabah tak ada Allah, kalau nak dapat hidayah kena bermohon kepada Allah di mana sahaja berada dan keadaan, kalau nak dapat bimbingan Allah, kena mula membaca kitab-kitab, fekah, tauhid,tasauf, munakahat, jinayat, muaamalat dan lain-lain lagi disiplin ilmu Islam. Barulah terbimbing.

Monday, February 6, 2012
Guna duit kerjaan persekutuan untuk naik nama parti
Assalamualaikum wbt.
Ini yang banyak orang Melayu UMNO tak paham dan buat-buat tak paham.
"Parti yang menentukan kerajaan tapi kerajaan tidak ada tanggungjawab untuk membangunkan parti.
"Orang selalu tanya kenapa kita (PAS) masih minta sumbangan orang ramai selepas kita memerintah.
"Rakyat kena faham, nak bangunkan parti mestilah guna duit parti, duit dalam poket ahli dan penyokong parti, tak boleh guna duit kerajaan negeri sesuka hati," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Malam Mahabbah Anak Kedah di Perantauan, di Markaz PAS Taman Melewar, malam tadi.
Majlis makan malam anjuran PAS Kawasan Pokok Sena itu bertujuan mengutip dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan untuk penambahbaikan Kompleks PAS Pokok Sena.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, banyak salah guna kuasa dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan BN kerana mereka tidak membezakan peruntukan untuk pembangunan negara dan aktiviti parti.
"Kalau kerajaan tidak membezakan antara pembangunan negeri dengan pembangunan parti, itu yang berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan. Duit keluar untuk parti," katanya.
Tak hairan lah jika semua itu akan dibela dengan berbagai-bagai jawapan bagi menghalalkan tindakan mereka, dan akan disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang 'bodoh'.
Thursday, February 2, 2012
Tak boleh beat kita join.
Assalamualaikum wbt.
Seminggu dua ni asyik baca blog orang saja, cerita lain tak dak, Hasan Ali, Brahim Ali, Azwan Ali, Hafilda Ali dan terbaru lain sikit tak bunyi rima Li dihujung, Jamil Khir, Azizan Razak.
PAS dan figura PAS kerap masuk surat khabar Utusan seminggu dua ni, kalau dulu Hasan Ali saja masuk s khabar Utusan, ni Masuk Ust Azizan pulak, ada yang tak kena tang mana, atau depa guna strategi sama seperti Hasan Ali dulu.
Nampak macam UMNO sokong Ustz Azizan, ini bukan teori pecah perintah, ini cerita tak boleh beat, kita join. Jadi sapa yang lalai akan jadi mangsa, sapa yang ikut emosi akan salah buat pilihan. Di tambah dengan blog-blog yang kini duk hentam Azizan Razak dikalangan gerombolan dan pro PR.
AWSJ telah menemuramah Najib dan terakhir temuramah dengan Anwar, AWSJ bukan apa, saja nak test market, kalau Najib masih jadi PM adakah akan menguntungkan geng-geng Kapitalis antarabangsa, begitu jugalah kalaun Anwar jadi PM adakah akan menguntungkan mereka. itu saja.... itu saja dari AWSJ telah memberi inspirasi kepada penyokong kedua-dua pihak menulis da;am blog masing-masing dan dalam surat khabar masing-masing, kalau tidak kosong saja tak de entry terbaru.
Sekali lagi ungkapan saya, ikut emosi akan salah buat pilihan dan rugi. Habis siapa yang betul ?, kalau dua-dua mengaku betul, tetapkan pendirian istiqamahlah memperjuangkan Islam melalui parti yang nampak lebih jelas mengamalkan Islam dan mahukan Islam.
Cerita Kepala babi, ini pun satu hal, dulu-dulu punya stail, nak timbulkan provokasi dan amarah, cabar sensitiviti sesuatu kaum, maka tercetuslah kekacauan dan huru hara, dan haru biru.
Buat apa le buang kepala babi kat depan masjid, beli le seekor babi, sembelihkan ia dan letaklah seekor lengkap di depan masjid, ini letak kepala saja, ini mesti tak ada duit nak beli babi seekor, bos.. tumpang tanya babi sekilo berapa harga ?. Nak buat anggaran sedekor babi berapa harga....
kalau seekor kambing kampung boleh cecah RM 400, inikan babi, tentulah mahal..., jadi mana mampu nak pergi letak seekor babi dihadapan masjid.
Tangkap saja orang yang letak dan yang beri arahan letak babi, kalau kepala babi berbalut, atau dibungkus, nescaya pelakunya adalah orang jijik nak pegang hamba Allah tu, (tapi tidak jijik dalam melakukan pemecahbelahan masyarakat),
Pergi tanya sapa orang yang beli kepala babi dan sebulan kebelakangan ini, dari situ terace samapai dapat, siapa yang letak otak kat kepala lulut.

Subscribe to:
Posts (Atom)