Friday, September 23, 2011

Tahniah kerajaan Selangor

Assalamualaikum wbt.

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliau dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.

Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

hjlutfi-choras: Kekuatan ekonomi rumahtangga dan negara terletak kepada simpanan yang dimiliki, untuk menyimpan kena berjimat cermat. bila berjimat cermat, bermakna kita berbelanja yang perlu sahaja, yang tak perlu tak payah dibelanjakan.

Sistem ekonomi kapitalis menggalakkan berbelanja supaya wang ada dipasaran, dengan adanya wang bertukar tangan diandaikan ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh sebab itu, kerajaan kapitalis 'menyuntik dana/ wang' kepasaran dengan memberi bonus kepada kakitangan awam, dengan harapan wang itu dibelanjakan, nak beri terus kepada peniaga, tak ada alasan, beri kepada kakitangan awam, kakitangan awam akan belanja sebab tahun depan dapat lagi.

Apa kata setiap kali dapat bonus, kakitangan beli emas, kemudian simpan emas setahun dua, baru jual, kalau beli kemudian jual, ini tak ubah seperti spekulasi mata wang, berbanding awak beli emas, simpan lama kerana anda buat simpanan melalui emas.

Dengan simpanan tersebut, kedudukan ekonomi anda lebih kukuh.

sekian.

No comments:

Post a Comment