Monday, September 26, 2011

SAMBUNGAN ORANG GOMEN CARI ALASAN ORANG POLITIK CARI JALAN

Assalamualaikum wbt.

Ini adalah jawapan kepada persoalan Pedang Bertuah tempoh hari yang dipetik dari utusanonline.

Ikut prinsip meritokrasi
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi ingin merujuk aduan Keluhan Pelajar Matrikulasi oleh Pedang Bertuah, Kuala Lumpur menerusi ruangan ini pada 20 September lalu.

Dimaklumkan, sejumlah 30,414 rekod permohonan rayuan diterima oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi sehingga tarikh tutup permohonan pada 24 Julai 2011.

Daripada jumlah tersebut, bilangan calon yang layak adalah 24,116 dan sejumlah 4,343 (18 peratus) calon ditawarkan tempat di IPTA. Terdapat baki 19,773 calon yang layak, tetapi tidak menerima sebarang tawaran dari IPTA. Ini adalah kerana, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA dan bilangannya adalah terhad.

Kementerian Pengajian Tinggi ingin menegaskan bahawa pemilihan kemasukan ke IPTA yang dilaksanakan adalah sistematik, telus dan adil berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon.

Dakwaan pengadu Pedang Bertuah berkenaan pelajar perempuan yang tidak mendapat tempat di IPTA kerana hendak diseimbangkan dengan pelajar lelaki adalah tidak tepat kerana Kementerian Pengajian Tinggi tiada dasar pengambilan berasaskan gender dalam pemilihan kemasukan ke IPTA.

Semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA, calon telah diminta mengisi pernyataan khas sama ada bersetuju maklumat mereka diserahkan kepada pihak ketiga yang menawarkan peluang pendidikan tinggi.

Hanya maklumat calon yang telah menyatakan persetujuan tersebut akan disalurkan ke IPTS yang telah memohon dan mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menawarkan program pengajian yang sesuai dengan kelayakan yang dimiliki oleh calon.
Dimaklumkan juga, rujukan utama pencarian maklumat calon yang diguna pakai oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad.

Justeru itu, pengadu Pedang Bertuah adalah dipohon untuk membekalkan nombor Kad Pengenalan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi bagi membolehkan semakan lanjut dibuat dan maklum balas yang tepat dan jelas dapat diberikan.

hjlutfi-choras : saya teringat, tapi maleh nak cari berita tersebut, masa pelajar Cina tak dapat masuk kursus perubatan di IPTA, parti MCA sibuk bukan main bela, rakyatnya, sekaran ini, mana dia Parti UMNO, Perkasa, GPMS dan NGO- NGOK yang bercakap, orang UMNO adalah dikalangan Menteri-menteri dan pegawai kerajaan, jadi nak bela macam mana.bila PAS bela tak akan diterima sebab parti Pembangkang, jadi budak Melayu asyik kena tindas saja. Hidup ......, tak guna

No comments:

Post a Comment