Wednesday, September 21, 2011

PATI sudah jadi majikan di Malaysia


Saya petik dari utusan online.

Ada PATI jadi majikan – Hishammuddin
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendaftar dalam Program 6P baru-baru ini, bekerja sendiri malah sesetengahnya telah menjadi majikan di negara ini.

Hjlutfi-choras : Hebatnya PATI, hari ini mula jadi majikan, besok lusa jadi menteri.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun senario tersebut telah dikesan lama berlaku, namun ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor.

Hjlutfi-choras: Biasalah Menteri selalu kata begitu, Negara Malaysia sebesar Tanah Besar China, sukar nak kawal.

Antaranya, kata beliau, ia berpunca daripada isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.
“Hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen melalui Program 6P mendapati, terdapat PATI yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.
“Agensi penguat kuasa sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja sama ada yang sah atau dipalsukan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hjlutfi-choras: Polis asyik sibuk pergi dengar ceramah saja , mana ada masa nak jaga kes lain.

Sehubungan itu, kata Hishammuddin, melalui Program 6P, kerajaan akan mempunyai maklumat yang tepat termasuk data biometrik pekerja yang membolehkan status semasa sebenar mereka dikenal pasti.

Menurutnya, inilah kepentingan pelaksanaan 6P kerana selain menangani isu berkaitan PATI yang sedia ada dalam negara, program itu juga membolehkan kerajaan mendapat data yang tepat berhubung permasalahan sebenar berkaitan warga asing.

Hjlutfi-choras: bangganya kerana berjaya dapat maklumat, boleh buat seminar kat mana-mana.Tuan-tuan dan puan-puan inilah hakikat Negara kita Malaysia, bila dah melimpah PATI dan orang asing, baru kata tak dapat nak buat apa-apa. Generasi akan datang (terutama Melayu pasti sukar dapat kerja disektor-sektor tertentu, dan termasuk sector kerajaan, kerana PATI waktu itu telah menguasai sector kerajaan dan melantik suku sakat sahaja demi survival mereka, maka peribumi pula jadi pengemis di Negara sendiri.


Marilah kita nilai mereka yang menjadi menteri yang sepatutnya menjaga kepentingan dan masa depan rakyat (terutama Melayu Islam), kalau berterusan begini, fikirkanlah persaingan anak -anak tempatan dengan rakyat Malaysia yang lain, termasuk rakyat segera Malaysia.

No comments:

Post a Comment