Thursday, September 29, 2011

Siapa lebih tahu ?

Assalamualaikum wbt.




Kenapa TGNA menutup gelas/cawan minumannya,
1. Adakah dia takut disantau ? atau
2. Nak tunjuk alim ?.

Hari itu, seorang kawan bertanya kepada saya, ini fesyen apa pulak, tutup gelas dengan sudu. lalu saya kata saya hanya mahu praktikkan hadis Nabi SAW yang saya dengan masa kuliah di Kulim dulu. Dia positif thinking, berilah saya hadis tersebut, saya kata sukar bagi saya sebut hadis tersebut, kerana saya tak dapat hafal bahasa Arab. nanti saya berikan kalau saya jumpa.

Dan ini saya ceduk dari satu blog yang saya search dalam google : hadis tutup minuman dengan ranting". Semoga kita dapat manfaatnya.

Diantara tindakan prefentif yang diajarkan Islam guna menjaga kesehatan umat manusia ialah dengan menjaga makanan dan minuman mereka dari berbagai kotoran dan mikro organik yang dapat mengancam kesehatan. Agar makanan dan minuman tetap bersih dan higenis, Islam mengajarkan umatnya untuk senantiasa menutupinya, dan tidak membiarkannya terbuka, terkena udara bebas dan berbagai hal lainnya. Tindakan ini adalah langkah awal yang sangat penting dari upaya menjaga kesehatan dan menangkal penyakit. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

غَطُّوا الْإِنَاءَ، وَأَوْكُوا السِّقَاءَ، وَأَغْلِقُوا الْبَابَ، وأطفؤا السِّرَاجَ، فإن الشَّيْطَانَ لَا يَحُلُّ سِقَاءً، ولا يَفْتَحُ بَابًا، ولا يَكْشِفُ إِنَاءً، فَإِنْ لم يَجِدْ أحدكم إلا أَنْ يَعْرُضَ على إِنَائِهِ عُودًا وَيَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ، فَلْيَفْعَلْ. رواه مسلم

"Tutuplah bejana, ikatlah geribah (tempat menyimpan air yang terbuat dari kulit-pen), tutuplah pintu, matikanlah lentera (lampu), karena sesungguhnya setan tidaklah mampu mengurai geribah yang terikat, tidak dapat membuka pintu, dan tidak juga dapat menyingkap bejanan (yang tertutup). Bila engkau tidak mendapatkan (tutup) kecuali hanya dengan melintangkan diatas bejananya sebatang ranting, dan menyebut nama Allah, hendaknya ia lakukan." (HR. Muslim)

Pada riwayat lain:

غَطُّوا الإِنَاءَ وَأَوْكُوا السِّقَاءَ فإن في السَّنَةِ لَيْلَةً يَنْزِلُ فيها وَبَاءٌ، لاَ يَمُرُّ بِإِنَاءٍ ليس عليه غِطَاءٌ، أو سِقَاءٍ ليس عليه وِكَاءٌ، إلاَّ نَزَلَ فيه من ذلك الْوَبَاءِ. رواه مسلم

"Tutuplah bejana, dan ikatlah geribah, karena pada setiap tahun ada satu malam (hari) yang padanya turun wabah. Tidaklah wabah itu melalui bejana yang tidak bertutup, atau geribah yang tidak bertali, melainkan wabah itu akan masuk ke dalamnya." (HR. Muslim)

Dari mencermati hadits di atas, dapat dipahami bahwa menutup rapat makanan dan minuman, terlebih-lebih bila disertai dengan bacaan basmalah, dapat menanggulangi dua penyebab utama bagi segala penyakit:

1. Ulah dan kejahatan setan.
2. Wabah penyakit yang turn dan menyebar melalui media udara.

Imam An Nawawi berkata: "Para ulama' menyebutkan beberapa faedah dari perintah menutup bejana dan geribah, diantaranya kedua faedah yang ditegaskan pada hadits-hadits ini, yaitu:

1. Menjaganya (makanan dan minuman) dari setan, karena setan tidak dapat menyingkap tutup bejana, dan tidak dapat mengurai ikatan geribah.
2. Menjaganya dari wabah yang turun pada satu malam di setiap tahun.
3. Faedah ketiga: menjaganya dari terkena najis dan kotoran.
4. Keempat: menjaganya dari berbagai serangga dan binatang melata, karena bisa saja serangga jatuh ke dalam bejana atau geribah, lalu ia meminumnya, sedangkan ia tidak menyadari keberadaan serangga tersebut, atau ia meminumnya pada malam hari, (sehingga ia tidak melihatnya-pen) akibatnya ia terganggu dengan binatang tersebut."(2)

Imam An Nawawi juga menjelaskan bahwa syari'at menutup bejana dan mengikat geribah ini bukan hanya berlaku pada malam hari, akan tetapi juga berlaku pada siang hari, berdasarkan keumuman teks hadits di atas.

Syari'at ini juga menguatkan paparan saya sebelumnya, bahwa lalai dari berdzikir kepada Allah adalah biang berbagai penyakit, karena dengan menyebut nama Allah ketika menutup makanan dan minuman, berarti makanan dan miuman kita terhindar dari ulah setan dan wabah yang turun.

Hikmah pertama dan kedua yang disebutkan pada hadits di atas, yaitu menjaga makanan dan minuman dari wabah yang turun pada satu hari/malam di setiap tahun, merupakan hikmah yang hingga saat ini tidak diketahui dan ditemukan oleh ilmu kedokteran barat. Dan hikmah ini hanya dapat diketahui melalui wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi-Nya shallallahu 'alaihi wa sallam.

Sebagaimana hadits ini merupakah isyarat bahwa wabah penyakit, hanya terjadi pada masa-masa tertentu saja, dan tidak terjadi pada sepanjang tahun. Dan ini adalah salah satu fakta yang telah dibuktikan dalam dunia medis. Kita semua mengetahui bahwa berbagai wabah yang ada di masyarakat, kebanyakannya terjadi pasa masa-masa tertentu saja, dimana pada saat itu berbagai virus dan bakteri penyebab penyakit berkembang biak, lalu menyerang masyarakat.

Kedua hikmah ini merupakan secercah rahasia ilmu kedokteran islam yang tidak atau belum kita kembangkan dan sosialisasikan ke masyarakat. Sebagaimana hal ini merupakan salah satu bentuk imunisasi syariat yang belum atau bahkan tidak kita kembangkan dan sosialisasikan kepada umat manusia.

Wednesday, September 28, 2011

Polis tunjuk samseng, sebab dia Polis, boleh buat apa saja

Polis didakwa pukul orang awam tidak dilindungi
27/09/2011 2:17pm


BUKIT KAYU HITAM 27 Sept. - Anggota-anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Dalam insiden 11.20 pagi itu, Mohd. Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.
Mohd. Ridzuan berkata, mereka bertengkar dan anggota polis itu memberi amaran akan menembaknya sebelum meninggalkan tempat kejadian.
Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian anggota polis itu kembali bersama-sama lima rakan dan membelasahnya. - Bernama

Hjlutfi-choras : Apakah anda fikir , polis berkenaan akan didapati bersalah. Sekurang-kurangnya mereka sedang mencari alasan untuk membela diri, silap haribulan Mohd Ridzuan yang akan di tangkap dalam sehari dua ini, atas tuduhan yang direka-reka. Seperti.

1. disyaki sedang membuat khianat awam, termasuk rosak hartabenda awam.
2. disyaki sedang mengintip untuk melakukan jenayah.
3. melawan ketika diminta kad pengenalan.
4. Polis telah memperkenal diri “ kami anggota Polis”
5. “kamu ditangkap” , tetapi cuba melawan
6. Memaki polis
7. Menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
8. Dan berbagai-bagai lagi alasan yang akan diberikan untuk membela diri Polis.

Kebenaran tetap dipihak yang benar, biar Mohd Ridzuan akan terperangkap bila dibicarakan, saksi polis lebih hebat.

Kenapa Polis membelasah :
1. Mereka mahu dihormati dan ditakuti oleh semua orang walau masa tidak bertugas
2. Mereka mahu menunjukkan bahwa mereka ada kuasa

Pada hal saya berani kata;

1, Mereka adalah penyalahguna kuasa
2. Mereka amat sedikit faham tentang tugas mereka
3, Mereka gagal memahami undang-undang
4. Mereka adalah orang yang tak tahu menghormati hak orang lain.
5. Mereka adalah orang yang ego tinggi.

Monday, September 26, 2011

SAMBUNGAN ORANG GOMEN CARI ALASAN ORANG POLITIK CARI JALAN

Assalamualaikum wbt.

Ini adalah jawapan kepada persoalan Pedang Bertuah tempoh hari yang dipetik dari utusanonline.

Ikut prinsip meritokrasi
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi ingin merujuk aduan Keluhan Pelajar Matrikulasi oleh Pedang Bertuah, Kuala Lumpur menerusi ruangan ini pada 20 September lalu.

Dimaklumkan, sejumlah 30,414 rekod permohonan rayuan diterima oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi sehingga tarikh tutup permohonan pada 24 Julai 2011.

Daripada jumlah tersebut, bilangan calon yang layak adalah 24,116 dan sejumlah 4,343 (18 peratus) calon ditawarkan tempat di IPTA. Terdapat baki 19,773 calon yang layak, tetapi tidak menerima sebarang tawaran dari IPTA. Ini adalah kerana, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA dan bilangannya adalah terhad.

Kementerian Pengajian Tinggi ingin menegaskan bahawa pemilihan kemasukan ke IPTA yang dilaksanakan adalah sistematik, telus dan adil berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon.

Dakwaan pengadu Pedang Bertuah berkenaan pelajar perempuan yang tidak mendapat tempat di IPTA kerana hendak diseimbangkan dengan pelajar lelaki adalah tidak tepat kerana Kementerian Pengajian Tinggi tiada dasar pengambilan berasaskan gender dalam pemilihan kemasukan ke IPTA.

Semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA, calon telah diminta mengisi pernyataan khas sama ada bersetuju maklumat mereka diserahkan kepada pihak ketiga yang menawarkan peluang pendidikan tinggi.

Hanya maklumat calon yang telah menyatakan persetujuan tersebut akan disalurkan ke IPTS yang telah memohon dan mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menawarkan program pengajian yang sesuai dengan kelayakan yang dimiliki oleh calon.
Dimaklumkan juga, rujukan utama pencarian maklumat calon yang diguna pakai oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad.

Justeru itu, pengadu Pedang Bertuah adalah dipohon untuk membekalkan nombor Kad Pengenalan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi bagi membolehkan semakan lanjut dibuat dan maklum balas yang tepat dan jelas dapat diberikan.

hjlutfi-choras : saya teringat, tapi maleh nak cari berita tersebut, masa pelajar Cina tak dapat masuk kursus perubatan di IPTA, parti MCA sibuk bukan main bela, rakyatnya, sekaran ini, mana dia Parti UMNO, Perkasa, GPMS dan NGO- NGOK yang bercakap, orang UMNO adalah dikalangan Menteri-menteri dan pegawai kerajaan, jadi nak bela macam mana.bila PAS bela tak akan diterima sebab parti Pembangkang, jadi budak Melayu asyik kena tindas saja. Hidup ......, tak guna

Friday, September 23, 2011

Tahniah kerajaan Selangor

Assalamualaikum wbt.

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliau dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.

Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

hjlutfi-choras: Kekuatan ekonomi rumahtangga dan negara terletak kepada simpanan yang dimiliki, untuk menyimpan kena berjimat cermat. bila berjimat cermat, bermakna kita berbelanja yang perlu sahaja, yang tak perlu tak payah dibelanjakan.

Sistem ekonomi kapitalis menggalakkan berbelanja supaya wang ada dipasaran, dengan adanya wang bertukar tangan diandaikan ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh sebab itu, kerajaan kapitalis 'menyuntik dana/ wang' kepasaran dengan memberi bonus kepada kakitangan awam, dengan harapan wang itu dibelanjakan, nak beri terus kepada peniaga, tak ada alasan, beri kepada kakitangan awam, kakitangan awam akan belanja sebab tahun depan dapat lagi.

Apa kata setiap kali dapat bonus, kakitangan beli emas, kemudian simpan emas setahun dua, baru jual, kalau beli kemudian jual, ini tak ubah seperti spekulasi mata wang, berbanding awak beli emas, simpan lama kerana anda buat simpanan melalui emas.

Dengan simpanan tersebut, kedudukan ekonomi anda lebih kukuh.

sekian.

Wednesday, September 21, 2011

Orang Gomen cari alasan, orang politik cari jalan.


Dari ruangan forum Utusan online.
Keluhan pelajar matrik
PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur

KEPUTUSAN rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 September 2011 yang lalu.

Seperti yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalan pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.

* Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;
* Pemilihan adalah berdasarkan merit akademik dan kokurikulum;
* Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki, maka harus diseimbangkan.

Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan Julai lalu masih belum dijawab kementerian:

* Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, kenapa pihak kementerian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang mereka layak mengikut budi bicara kementerian? Harus diingat, ketika permohonan awal dahulu, pelajar yang memilih "YA" untuk ditawarkan kursus selain pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan.
Ketika membuat rayuan pula, kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang pihak kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar.
* Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti benar-benar bersandarkan merit kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguhlah merit diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.

* Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan', tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

* Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. Apa gunanya kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di universiti tidak terjamin? Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka adalah sebegini.

* Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini bukan maklumat baru kerana kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita berbanding lelaki. Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana hendak diseimbangkan nisbah ini?

* Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara, malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di universiti.
Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu.

Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM.

Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit kerajaan.

Hjlutfi-choras : saya bersimpati dengan nasib pelajar matrikulasi yang tak dapat tempat di IPTA, pergi jumpa Abang Mat Sabu, kut-kut dia boleh tolong, saya orang gomen, mesti cari alasan untuk setiap masalah / isu yang ditimbulkan, orang politik selalunya cari jalan nak selesaikan masalah (orang politik bukan menteri, kalau dah jadi menteri, dah tak kenai dan sama dengan orang gomen cari alasan).

Biro Pendidikan UMNO pun tak leh harap, cakap kuat, macam bunyi tong kosong saja, lagipun apa nak dipeduli kepada kau orang, sibuk nak urus pati 2.3 juta, depa tu yang perlu dijaga.

PATI sudah jadi majikan di Malaysia


Saya petik dari utusan online.

Ada PATI jadi majikan – Hishammuddin
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendaftar dalam Program 6P baru-baru ini, bekerja sendiri malah sesetengahnya telah menjadi majikan di negara ini.

Hjlutfi-choras : Hebatnya PATI, hari ini mula jadi majikan, besok lusa jadi menteri.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun senario tersebut telah dikesan lama berlaku, namun ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor.

Hjlutfi-choras: Biasalah Menteri selalu kata begitu, Negara Malaysia sebesar Tanah Besar China, sukar nak kawal.

Antaranya, kata beliau, ia berpunca daripada isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.
“Hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen melalui Program 6P mendapati, terdapat PATI yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.
“Agensi penguat kuasa sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja sama ada yang sah atau dipalsukan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hjlutfi-choras: Polis asyik sibuk pergi dengar ceramah saja , mana ada masa nak jaga kes lain.

Sehubungan itu, kata Hishammuddin, melalui Program 6P, kerajaan akan mempunyai maklumat yang tepat termasuk data biometrik pekerja yang membolehkan status semasa sebenar mereka dikenal pasti.

Menurutnya, inilah kepentingan pelaksanaan 6P kerana selain menangani isu berkaitan PATI yang sedia ada dalam negara, program itu juga membolehkan kerajaan mendapat data yang tepat berhubung permasalahan sebenar berkaitan warga asing.

Hjlutfi-choras: bangganya kerana berjaya dapat maklumat, boleh buat seminar kat mana-mana.Tuan-tuan dan puan-puan inilah hakikat Negara kita Malaysia, bila dah melimpah PATI dan orang asing, baru kata tak dapat nak buat apa-apa. Generasi akan datang (terutama Melayu pasti sukar dapat kerja disektor-sektor tertentu, dan termasuk sector kerajaan, kerana PATI waktu itu telah menguasai sector kerajaan dan melantik suku sakat sahaja demi survival mereka, maka peribumi pula jadi pengemis di Negara sendiri.


Marilah kita nilai mereka yang menjadi menteri yang sepatutnya menjaga kepentingan dan masa depan rakyat (terutama Melayu Islam), kalau berterusan begini, fikirkanlah persaingan anak -anak tempatan dengan rakyat Malaysia yang lain, termasuk rakyat segera Malaysia.

Thursday, September 15, 2011

Perlekeh Jasa Pejuang Lawan Komunis


London 15 Sept 2011

Keluarga Sir Henry Gurney hari ini telah menubuhkan satu Jawatan kuasa Bertindak yang akan meminta kerajaan Malaysia mengiktiraf datuk mereka sebagai Pejuang dan Pertadbir Tanah Melayu.

Kenyataan di buat oleh pengerusi JK tersebut, antara lain mengutuk sekeras-kerasnya Mat Sabu kerana menuduh datuk nya sendiri iaitu Sir Henry Gurney sebagai anjing penjajah, Beliau mahu jasa datuknya yang memerintah Polis Tanah melayu diberi pengiktirafan sebagai pejuang kemerdekaan bersama polis dan askar lain, termasuk askar austeralia, askar Fiji , Nepal dan Gurkha (tidak termasuk Hamid Gurkha)yang mempertahankan kedualatan Tanah Melayu.

Mereka yang ditemui berlinangan air mata dan amat terguris dengan kata-kata Mat Sabu yang langsung tidak menghargai jasa datuk mereka yang pernah berkhidmat di Malaysia.

Tidak seperti Kerjaan Malaysia hari ini yangturut menamakan sekolah budak nakal sempena nama datuk mereka.

Selanjutnya JK tersebut mencadangkan agar Mat sabu dibuang negeri ke Kepulauan maldev sebagai pengajaran.




PAGOH 14 Sept. - Keceluparan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memperlekehkan perjuangan pasukan keselamatan negara adalah kenyataan biadab yang mengguris perasaan bekas tentera dan polis yang telah berkorban darah dan nyawa kepada negara.
Menerusi Majlis Memperingati Pejuang Negara yang diadakan di pekarangan tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong di sini semalam, luahan kemarahan bekas perajurit negara dapat dirasai kerana perjuangan mereka memerangi pengganas komunis seolah-olah tidak dihargai.
Seorang bekas tentera, Akram Khan Meer Alam, 53, amat terkilan apabila Mohamad atau Mat Sabu sanggup memutar belit sejarah semata-mata demi kepentingan politik.
"Kenyataan Mat Sabu itu membuat saya marah dan darah ini rasa membuak-buak kerana dia sanggup menidakkan segala pengorbanan anggota tentera dan polis.

hjlutfi-choras : sori Abu Nawas tiru gaya blog tuan., jangan mare..

Wednesday, September 14, 2011

22 pengikut Syiah terbunuh

Assalamualaikum wbt

Berita ini dari utusan Online.


KARBALA, Iraq 13 Sept. – Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati 22 pengikut Syiah yang dalam perjalanan ke Syria dari bandar ini ketika melalui wilayah yang dihuni oleh majoriti penduduk Sunni.

Insiden berlaku di Nukhaib, wilayah Anbar, kira-kira 200 kilometer ke barat Karbala, apabila bas yang dinaiki jemaah Syiah itu dihalang kumpulan bersenjata pada kira-kira pukul 9.30 petang (6 perang waktu Malaysia), semalam.

Menurut seorang pegawai Karbala yang enggan dikenali, kumpulan itu mengenakan pakaian tentera dan polis serta mendirikan sekatan jalan raya.

“Mereka memberhentikan bas itu dan mengarahkan semua penumpang turun sebelum mengasingkan antara wanita, kanak-kanak dan lelaki.

“Mereka kemudiannya menembak semua penumpang lelaki dan melarikan diri,” kata pegawai itu.

Jeneral polis Haider Rzayj memberitahu bas berkenaan dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenjata dan membunuh penumpang lelaki, sebelum mengarahkan mangsa baring di atas tanah. – AFP

hjlutfi-choras :

1. Kenapa Syiah ?
2. Kenapa dalam kawasan Sunni ?
3. Kenapa penumpang lelaki sahaja yang dibunuh ?

Tindakan oleh kumpulan penakut tadi, hanya sekadar untuk menambah kebencian antara Syiah dan Sunni, untuk meyakinkan kerja tersebut dilakukan oleh sunni, mereka tidak membunuh wanita dan kanak-kanak.

Untung dari peristiwa tersebut, Iraq akan terus bergolak, terjadi peperangan antara sunni dan syiah, manakala "pembebas" boleh berehat.

"pembebas" kerana mereka tidak menyediakan dokumen yang mengatakan mereka menjajah.
kalau nak menjajah jena sedia dokumen yang lebih kurang begini bunyinya.

...adalah dengan ini semua rakyat Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris... baru boleh dikatakan dijajah secara teknikal. Ngok punya prof dan sekutunya...

Friday, September 9, 2011

Mat Indera - 2




Sudah sekian lama tertanam dalam otak, hati, jantung, saluran darah bahawa penjajah british adalah baik manakala penjajah jepun adalah jahat, jadi tak hairanlah sesiapa yang kerja dengan jepun waktu itu di kata sebagai tali barut Jepun, tidak kepada yang bekerja dengan British, apa salahnya mereka itu kan penjajah, jadi sesiapa yang pernah kerja dengan penjajah Brituh juga perlu disebut TALI BARUT BRITISH.


Mampuih aku kena marah dengan geng, geng yang hingga kini jadi tali barut British. Itulah minda bangsa kita (MELAYU) yang setia bertuankan dan berkiblatkan England dan Queen E .

Entahlah apa yang nak dibangga sangat, dengan bekas penjajah itu.

Sebelum merdeka, Polis ke , Askar ke semua bekerja untuk British mempertahankan kedualatan tanah jajahan British (Tanah Melayu), taat setia bukan kepada As Sultan sebaliknya taat setia diberikan kepada Aq Queen.

Yang membenci penjajah selalunya orang Melayu Islam yang mengaji Agama, benci kepada penjajah yang beragama Kristian. Orang kurang mengaji agama juga benci penjajah atas semangat Nasionalis.

Apa saja bentuk serangan, sebotaj yang dilakukan adalah untuk melemahkan Inggeris penjajah. Kalau ada tali barut yang kerja dengan penjajah waktu itu terkena kesan, apa boleh buat. Tak payah lah nak rasa tersinggung dan tak mahu maafkan orang tu, tak mahu maafkan orang ni.

Sepatutnya kita rasa malu kerana bapa, nenek dan saudara mara kita yang sekongkol dengan penjajah ni, yang jadi tali barut Jepun dan Tali barut Inggeris. Dengan alasan mempertahankan kedualatan Negara konon.


Selepas merdeka, wajar kita salahkan pemberontak- pemberontak yang menganggu ketenteraman Negara. Wajar kita marah komunis, memang fakta menunjukkan komunis buat kacau merata tempat. Wajar.

Kes sebelum merdaka. Jadikan pengalaman sahaja, dah jadi bahan sejarah.

Mat Indera -1

Assalamualaikum wbt.

Sejarah tidak pernah menipu, tapi orang yang tulis sejarah, selalunya ada peluang untuk menipu, paling tidak ada kecenderungan untuk membela sesuatu pihak (terutama pihak disebelahnya).

Sejarah mungkin menyinggung perasaan sesuatu pihak, tapi itulah kebenaran , fakta dan kenyataan.

Heboh dengan Mat Indera, mungkin wajahnya boleh dicetak di baju T, topi atau dimana, mana tempat. Negara kita kekurangan ikon, jadi tak hairanlah kalau wajah Che Guavera yang tak diketahui asal usul sanggup disanjung, t shirt dan topi yang terpampang wajah Che Guevara dipakai kesana kemari tanpa segan silu.


Mungkin ramai anak muda sanggup pakai t shirt bercetak wajah Mat Indera ( tapi jangan kena tangkap pula), kerana ramai berkeyakinan beliau adalah pejuang, walau setengah pihak kata di bukan pejuang.


Berbanding wajah Tunku, mungkin orang tak sanggup pakai baju tertera cetakan wajah beliau. Walau dia bapa kemerdekaan Negara. Yang menarik tentang Tunku ialah beliau terlupa menduduki satu kertas peperiksaan, kerana kembara di Negara Queen E. Menurut cerita beliau terlupa tarikh, hebatkan … bapa kemerdekaan Negara Malaysia.


Wajah TG Nik Aziz memang telah di pakai oleh penyokongnya, dan saya rasa tidak malu kalau nak pakai t shirt bercetak wajah TG Nik Aziz. Berbanding Tunku.


Cuma di Malaysia ini, kebanyakan rakyatnya, sukar nak pakai baju cetakan bendera Malaysia, berbanding cetakan bendera Amarika atau lain-lain Negara Eropah, dan tak hairanlah tanda salib yang dibenci di sarungkan ke badan. Sukar nak pakai topi tulis KL berbanding tulis NY.


Kenapa jadi begitu ?.

Tuesday, September 6, 2011

Apa yang disenyumkan ?



Apa yang disenyumkan ?

1. bangga kerana program 6P berjaya daftar 2.3 juta (2,320,934 orang)


Tidakkah orang melihat itu sebagai kegagalan ?

1. Pengawal sempadan (Polis, ATM, Rela, bomoh.. dukun) mengawal negara sehingga begitu mudah orang asing masuk ke Malaysia.

Atau ada orang berprasangka sebegini ?

1. Apa nak heran, menteri yang bawa masuk.

Atau ada orang akan berkata ?

1. Projek pilihan raya bro..


PUTRAJAYA 5 Sept. – Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 PATI.
“Ini menunjukkan satu angka dan jumlah yang begitu besar. Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, tidak termasuk pembantu rumah, tidak termasuk pelarian dan di Sabah dan Sarawak.

Hjlutfi-choras : saya rasa amat pelik dengan kenyataan dibawah oleh seorang seorang Menteri yang bertanggungjawab jaga negara.

“Kalau kita tidak ambil tindakan, kita tidak lalui proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, rakyat dari beberapa negara didapati lebih ramai menjadi PATI berbanding pekerja yang sah terutamanya Indonesia iaitu jumlah PATI seramai 640,609 berbanding pekerja sah seramai 405,312 diikuti Bangladesh 267,803 PATI dan hanya 132,897 pekerja sah.

Kenapa masih boleh senyum walau negara diceroboh oleh 2.3 juta orang ?.


Kepada rakyat yang cinta negara lu fikir lah sendiri (pinjam kata nabil)

Friday, September 2, 2011

Ayat - Ayat Jihad - 9

Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf). (Al-Anfaal 8:57) |

Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat. (Al-Anfaal 8:58) |



Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami). (Al-Anfaal 8:59) |


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfaal 8:60) |


Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal 8:61) |


Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Al-Anfaal 8:62)

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal 8:63) |

Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Al-Anfaal 8:64) |
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (Al-Anfaal 8:65) |

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfaal 8:66) |