Assalamualaikum wbt.
Ramadhan ini kita di hangat kan oleh media tertentu berkenaan isu larangan membaca Al Quran yang di perbesarkan suara melalui pembesar suara (speaker, sound ) di masjid dan surau di Negeri Pulau Pinang.
Sekali tengok memang tak Islamik langsung orang yang mengeluarkan arahan tersebut, dan memang tak Islamik kepala negeri yang memerintah sehingga dalam sebuah Negara Islam Malaysia wujud larangan seperti itu.
Ramadhan bulan Al Quran diturunkan. Mari kita intai berapa ramai yang sanggup bertadarus di surau Masjid, baik masjid majority umno atau majority PAS (boleh tahan banyak, ramai juga orang).
Saya tidak kisah siapa yang bertadarus, ini peluang masing-masing untuk tambah pahala dan mohon hapus dosa , tak tadarus pun boleh tambah pahala dan mohon hapus dosa dengan amalan kebaikan yang lain !!.
Berbalik kepada tadarus, setakat mana masjid mempromosikan agar orang lain datang bertadarus bersama (bukan Qiamullail tengah malam, sekadar tadarus). Adakah aktiviti ini perlu dipromosikan ?.
Imam dan JK akan kata, nak datang, datang le, tak nak sudah. Jika bubur lambuk di promosikan dan beria-ia digalakkan, mengapa tadarus senyap sepi sahaja. Terus terang saya tidak suka program bubur lambuk, ini menambah sukatan pembaziran di bulan mulia ini. Makan tak kemana, makan banyak tak hasilkan tenaga untuk ibadah apa gunanya.
Maka yang hadir adalah watak-watak yang biasa hadir solat jemaah (bukan solat terawih). Mereka ini penerus tradisi, iaitu golongan veteran yang bertadarus. Baguslah orang tua, ramadhan depan mungkin tak jumpa dah …
Bila bertadarus pula, timbul masalah, sukar menerima teguran, bacaan salah, sebutan salah, huruf tertinggal dan sebagainya, itu tak mengapa bagi saya, Allah amat mengetahui niat seseorang hambanya dan keupayaan hambanya dalam menuturkan wahyuNya.
Bagaimana kalau saya cadangkan agar para, pelajar Quran / guru quran atau para Hafiz di beri upah untuk bertadarus bersama sesebuah surau dan masjid. Barulah beliau ada outoriti membetulkan bacaan para pentadarus.
Majlis agama atau jabatan agama perlu memikirkan hal sebegini. Bukan JASA sahaja yang datang beri ceramah kemudian dikenen politik dan tinggalkan jemaah begitu sahaja sepanjang Ramadhan. Saya tidak bimbang tadarus jemaah-jemaah PAS kerana dikalangan mereka banyak ustaz atau ustazah dan mereka yang seolah-olah ustaz ustazah boleh membimbing.
Yang saya risau adalah dikalangan jemaah Melayu Islam yang lain yang ketandusan pembimbing Quranyang berani menegur bacaan dan membetulkan bacaan Quran.
Dua point penting yang telah saya sampaikan iaitu;
1. Promosi tadarus
2. bayaran kepada guru Quran/ hafiz/ ustaz ustazah yang mengetuai tadarus.
Mari tingkatkan bacaan Al Quran sepanjang Ramadhan ini.
Wednesday, August 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment