Assalamualaikum wbt.
Syukur Alhamdulillah, 10 pertama Ramadahan telah membawa kita untuk bertanya kemana pergi rahmat Allah yang sepatutnya dikecapi oleh semua manusia, terutamanya mereka yang memerlukan.
Bila gereja diserbu, didapati mereka yang selama ini dikenali Islam ada bersama dan kita bising-bising kerana gereja berjaya pengaruhi mereka sekurang-kurangnya untuk hadir kemajlis gereja.
Tanyalah pada diri kita (pemerintah), kenapa kita tidak menyelesaikan masalah kemiskinan yang melanda umat Islam, Kenapa wang zakat yang sepatutnya diagihkan dengan lebih baik tidak sampai, atau sampai kepada seseorang yang tak tahu memanfaatkan. Atau sampai kepada mereka yang tidak berapa perlu.
Wang zakat adalah sumber kekuatan ekonomi Islam, juga sumber menarik orang kepada Islam. Kini setelah berlaku mereka yang ditahan di gereja mengatakan mereka kesempitan wang, pernah minta tapi tak dapat dan macam-macam kerenah birokrasi yang menghalang mereka mendapat bantuan.
Pegawai-pegawai yang sepatutnya menghulurkan bantuan, bercakap sombong seolah mereka amat beramanah menguruskan wang zakat.
Gereja bijak mengambil peluang, mencari mereka yang mmerlukan untuk diberi kebajikan diberi pertolongan, hasilnya, mereka yang kesempitan menerima bantuan seterusnya menerima kristian.
Tanyalah diri kita (masyarakat) , sebagai jiran adakah kita membantu jiran kita, sukar kita nak bantu jiran kita, kerana kita beranggapan kerajaan akan bantu mereka yang susah. Kita hanya berpura-pura simpati dengan kesusahan jira atau orang kampung kita yang susah, kita malu untuk menolong kerana kita malu utnuk mendekati orang susah.
Kalau hendak menolong kita harap kelura TV seperti rancangan bersamamu atau keluar surat khabar, jadi kita tidak menolong. Wang zakat dan fitrah sekarang ini dikutip oleh kerajaan, kalau dulu boleh juga fitrah dihulur kepada jiran yang memerlukan.
Mereka yang tak sebulu dengan penguasa kampung dikeluarkan dari lis penerima bantuan. jadi yang menerima bantuan adalah penyokong-penyokong penguasa kampung dan ada diantara penerima bantuan adalah mereka yang bukannya layak.
Sebelum lebih ramai mendekati gereja, semua pihak ambil langkah tertentu mengikut kuasa yang diberikan Allah kepada diri masing-masing.
Ketua kampung/ Imam/ Pemuda /Pemudi - pergi siasat dengan tepat siapa yang amat-amat memerlukan bantuan. Jangan lihat dari jauh (eg; orang tu anak dia semua dah bekerja, boleh keluar dari lis)
Pegawai-pegawai peringkat daerah/ mukim - cari segera nama-nama mereka yang layak dalam takrif Fakir-miskin yang patut diberi bantuan secara sekali atau berkali-kali (bila bagi jangan dok mengata pula,) jangan terima nama dari satu pihak sahaja, kalau lis dari pihak biru, saya percaya mereka yang menyokong hijau terkeluar dari lis, kerana pengutip nama ada rasa iri hati.
Tak perlulah saya cerita banyak, ini semua kalau kita jalankan tanggungjawab yang diberikan kepada kita, rahmat allah akan sampai dan dinikmati oleh semua.
Monday, August 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment