Tuesday, August 16, 2011
Berjuanglah kerana anda memang pejuang Islam
Assalamualaikum wbt.
Berjuanglah kerana anda adalah pejuang Islam. Sekian lama anda berjuang dalam berbagai isu berkaitan umat Islam. Insya Allah kalau tidak berjayapun anda telah “selamat’.
PERKASA mahu mengambil alih peranan memperjuangkan Islam dari PAS, sesuatu yang melucukan, apakah mereka mahu menukar Falsafah perjeuangan mereka dari hidup melayu kepada ‘Allah Huakbar”.
Kalau begitu baguslah Ahlan wasahlan.
PAS sekian lama memperjuangkan Islam baik dari anggota yang tak ada Ilmu sampailah kepada Ulama nya. Orang PAS amat sensitfi terhadap apa saja isu berkaitan Islam, namun sentiasa diperlekehkan oleh gerombolan.
Kerapkali isu yang diperjuangkan oleh PAS akan dilabelkan sebagai PAS menolak kemajuan mestipun isu berkaitan akidah.
Cuti pada hari Ahad sentiasa dibantah oleh PAS, kerana PAS melihat Hari Ahad bukan hari kebesaran bagi umat Islam, sebaliknya ia dalah hari kebesaran bagi penganut Kristian. Dari satu negeri kesatu negeri menjadikan hari Ahad sebagai cuti umum, terakhir adalah Perlis.
Alasan yang diberikkan oleh penyokong mereka adalah, Selepas solat jumaat, kena bertebaran mencari rezeki. Mudah saja alasan.
PAS pernah memperjuangkan isu tersebut dan isu murtad, tetapi seolah-olah sengaja ditolak oleh BN yang merintah, saya percaya hanya kerana cadangan tersebut dari PAS. Yang peliknya UMNO yang Islam dan moden itu tidak pula mahu mencadangkannya. UMNO hanya mencadangkan yang boleh menghakis akidah Islam.
Contoh, untuk hiburkan pelancong, buka disko sampai 3 pagi. Nak atas gejala merempit, buatkan litar, anjurkan pertandingan rempit halal. Cara pemikiran amat berbeza, mereka menyelesaikan sesuatu dengan cara ‘bisnes’. Contoh mengatasi budaya lepak, buatkan Gelanggang futsal.
Yang diperjuangkan oleh UMNO adalah Islam yang boleh digahkan, dilihat oleh orang lain Islam dan Bukan Islam sebagai ‘glemer’.
Perarakan Maulidur Rasul dipaparkan dalam TV, suara bacaan Quran bekumandang di corong pembesar suara masjid. Jadi nampaklah Islam di Bumi Melayu ini.
Tidak kah pelik sebuah Negara Islam menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti. Kalau agama lain membesarkan hari kebesaran mereka, kita pula kononnya mengambil sikap sederhana tidak menjadikan Hari kebesaran kita sebagai hari cuti. Ini hanylah secebis kisah Islam yang di pimpin oleh Islam.
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment