Wednesday, August 3, 2011

Aku apa peduli...



Assalamualaikum wbt.

Sekejab sahaja penduduk Malaysia boleh mencapai 70 juta. Apa nak heran, kalau sebelah pagi masih pemastautin Tetap sebelah petang dah jadi rakyat Malaysia. Perangkaan terbaru penduduk Malaysia adalah 28 juta.

Apa aku peduli, sesiapapun jadi warganegara Malaysia. dulu cina dan india senang-senang jadi warga negara, sekarang, indon, vietnam, bangladesh, nepal, myanmar, kemboja, thai, filipina semua berpotensi jadi warga malaysia. Negara majmuk katakan.

Yang penting aku boleh jadi menteri lagi, banyak projek boleh aku konker, kroni aku boleh terus kaya. Orang MELAYU memang malas dan bodoh, macam mana nak kaya. Ambil orang indon jadi warga Malaysia, depa ni rajin, rajin kerja , rajin berniaga, malaysia boleh maju, 2020 tak lama dah.

Nak bagi kat Alarka (pakistan), hidung depa nampak tinggi sangat, baju depa pun jauh beza dengan Melayu, nanti nampak sangat, orang kata kita tipu. Bagi kat indon tak pa depa nampak macam kita saja, nepal pun masih nampak macam kita kalau pejam sebelah mata.

Aku peduli apa... yang penting kita menang pilihanraya ni.

Penyokong kita mesti setuju, orang kampung mesti setuju kita buat cara ni, huluq banyak sikit kat depa, bagi makan kenyang-kenyang, jangan bagi depa hingaq, raya ni buat jamuan dan sedia duit banyak-banyak, mesti depa sokong, orang Melayu memnag mau wang segera, kalau tidak depa tak terkena dengan sekim cepat kaya.

No comments:

Post a Comment