Wednesday, August 17, 2011

Saranan TPM agar banyakkan membaca Al Quran


Assalamualaikum wbt.

Satu cadangan yang baik dan perlu diikuti.

Memetik kata-kata hikmat Tan Sri Muhyiddin Yasin (TPM) yang disiarkan melalui Utusan, beliau mengajak umat Islam di seluruh negara menyambut Nuzul Quran dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran di samping mempelajari pengertian serta tafsir kitab suci itu.

Yang menarik dalam ucapan beliau ialah, katanya , umat Islam juga perlu mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.

"Mudah-mudahan dengan itu kita akan dapat menyemarakkan semangat al-Quran dalam kehidupan masyarakat, memantapkan akidah umat Islam dan menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik,'' katanya dalam perutusan sempena Nuzul Quran hari ini.

hjlutfi- Choras : Soalan saya :

1. siapa umat Islam yang diajak
2. Adakah beliau tergolong dalam ajakan beliau sendiri.
3. Apakah intisari al Quran yang perlu diamalkan oleh umat Islam ?
4. Apakah semangat Al Quran ?
5. Bagaimanakah keadaan umat Islam yang terbaik ?
"

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 185, yang jelas menunjukkan al-Quran adalah sebaik-baik pedoman yang memberi sinar hidayah kepada umat manusia dengan cara menunjukkan kepada mereka perbezaan yang nyata antara hak dan batil.

hjlutfi – choras :
yang jelas dalam Al Quran dan diketahui umum

1. larangan judi, zina, arak, mencuri
2. Arahan menutup aurat
3. Solat , zakat.
4. Hudud

Dan yang jarang diketahui umum dari Al Quran ialah supaya pemerintah tidak sombong kepada rakyat.


"Selagi mana manusia menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup dengan berpegang kepada segala ajarannya, mereka akan sentiasa berada di jalan yang benar dalam menuju kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat,'' katanya.

Justeru tambahnya, memahami kandungan al-Quran serta menghayati segala ajaran yang terkandung di dalamnya adalah satu kewajipan kepada seluruh umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasul.

sekian, yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri.


No comments:

Post a Comment