Wednesday, June 29, 2011

Huh Kecut perut.. tengok depa ni.


Assalamualaikum wbt.
Saya petik dari Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 28 Jun - Lebih 50,000 pengamal silat di negara ini bersedia untuk bertempur dengan pihak yang terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara.

Tegasnya, sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis dalam menjaga keamanan negara, adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan itu untuk berdepan dengan mereka yang cuba membuat kacau dan mengganggu gugat keharmonian negara.

''Kami tetap dengan pendirian untuk 'berperang' jika mereka mahu meneruskan perhimpunan haram itu.

''Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.

''Bukan kerja kita hendak bersorak atau menjerit seperti mereka, tetapi kerja kami hanya untuk memastikan negara tidak susah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bertegas tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Omardin berkata, Pertubuhan Silat juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka, bagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa pertubuhan itu anti kaum atau agama selain Islam.

hjlutfi-choras :

Saya faham dan difahamkan serta memahami bahawa perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman, hanya provokasi dari pandikar silat lincah sahaja yang akan menyebabkan keadaan nanti tidak aman.

Silat lincah kena buang ikatan kain kuning, samping kuning dan apa saja yang kuning dalam persatuan mereka. Dan satu kekalahan awal silat Lincah ialah mengatakan 'Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.

Monday, June 27, 2011

Mesti Parti Pembangkang Tak berani terima cabaran Najib 1M

Ini petikan dari Utusan Malaysia
Tajuk : Cabar jadi ‘anak jantan’.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti ‘anak jantan’ dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.









Ulasan : hjlutfi-choras kata, saya berani terima cabaran tersebut dengan beberapa syarat;
1. Semua rakyat Malaysia bebas bersuara termasuk kakitangan kerajaan Malaysia (bukan kakitangan kerajaan UMNO)
2. Semua jentera kerajaan Malaysia tak boleh dgunakan semasa kempen pilihanraya.
3. Tiada sebarang ugutan terhadap rakyat dan kakitangan Kerajaan Malaysia untuk memilih mana-mana parti.
4. Menyatakan yang benar, semua parti bertanding boleh muncul dalam TV untuk menerangkan Manifesto masing-masing, sebanyak mana Parti kerajaan sekarang muncul dlaam TV dan diberi publisiti.

Barulah anak jantan bro.

Kalau bertumbuk dengan gu yang tangan terikat, anak jantan kebenda.

La... ingatkkan penyokong bersih.



Assalamualaikum wbt.

Sorry le bro, PM sedang kemaskan 1Malaysia. gambar dari Utusan pemuda-pemudi kursus pra perkahwinan yang pecah rekord, sebab ramai berkursus. Dan dari gambar tersebut, mereka kata, mereka akan kahwin 1 sahaja, sebab sharizat tak suka depa kahwin lebih dari satu.

Monday, June 20, 2011

Cadangan yang baik

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari surat khabar.

KOTA BHARU: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya membayar insentif atau bayaran khas kepada guru yang memiliki kepakaran dan sanggup melakukan kerja tambahan di sekolah.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pada dasarnya, kira-kira 17,000 ahli NUTP sentiasa bersedia dengan beban kerja tambahan yang terpaksa dilakukan di sekolah bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan lancar.

Katanya, guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif lain walaupun terpaksa menanggung bebanan kerja terutama menjadi guru ganti mata pelajaran tertentu.

“Guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif walaupun dibebani dengan kerja tambahan dan kira-kira 17,000 ahli NUTP sanggup memikul beban itu.

“Memandangkan selama ini mereka bekerja dalam keadaan sukarela, sudah tiba masanya kerajaan menimbangkan usul supaya guru memiliki kepakaran dan bersedia dibebani kerja lebih itu dibayar insentif sebagai menghargai khidmat mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung NUTP Cawangan Kelantan Ke-19, di sini, semalam.


Komen hjlutfi-choras.

Bukan tambahan dalam kelas ganti saja, baiki paip bocor, baiki komputer rosak, wiring, hantar pelajar ke hospital, menghadiri majlis yang tak ada kaitan dengan Pendidikan/pelajaran, melawat pelajar tak hadir dan lain-lain, kena beri insentif.

Saturday, June 18, 2011

Pilihanraya Masjid



Gambar Hiasan

Assalamualaikum wbt.

Dengar kata proses pemilihan AJK Mesjid cara pilihanraya (paling demokrasi) telah di batalkan. Jadi kembalilah kepada cara angkat tangan. Pilihlah waktu lepas subuh buat mesyuarat supaya yang betul-betul datang Mesjid saja terpilih jadi AJK Masjid.

Al maklumlah waktu subuh berapa sangat orang yang sempat pergi Masjid (termasuk le penulis blog ini)

Pemilihan yang tak sistematik, tidak menyeluruh, dihadiri oleh beberapa kerat sahaja, tak taupun kata mereka juga layak mengundi dalam pemilihan tersebut anta factor pemilihan ini tak glemer. Pengerusi Mesjidpun orang tak kenal,

Bailklah satu pengalaman dalam pemilihan ini. Pasukan Songkok tinggi dan gerombolan (pinjam istilah beberapa bloger) apabila ada pilihanraya ini cepet-cepat datang, sebab mereka nak naikan kawan mereka yang sama geng dengan mereka, pada hal si kawan pun bukan alim saangat, dicadangkan sebagai ajk tertentu kerana itu orang mereka.

Jawatan walau AJK amat penting bagi gerombolan dan songkok tinggi, apa tidaknya, nampak macam kecil, tapi dalam politik kampong ini adalah besar. Mereka akan hantar seseorang yang berani bedal cakap walau depan tok imam tanpa rasa hormat kepada imam dengan cadangan yang bangang-bangang (logic akal saja)

Maklumlah waktu Ustaz baca kitab bukan nak datang, waktu pemilihan baru nak datang. Dan akahirnya mereka berjaya menguasai masjid. Maka masjid kembali kosong, tak diimarahkan.

Mereka ini macam dah diajar oleh seseorang supaya cakap macam tu, dan seolah-olah “jihad’ pada hari itu jika dapat tawan masjid tertentu. Orang lebai putih pun mengalah demi keamanan dan kesejahteraan kampong, yang dok mai masjidpun orang lebai putih ni le. Orang songkok tingggi dan gerombolan, waktu maghrib dok main futsal lagi.

Pun begitu, orang lebai putih tak berapa kisah, sebab bersangka baik. Ana tak kisah siapa jadi Imam dan AJK, buat lah sesuatu untuk mengimarakkan masjid, jangan jadikan masjid untuk iklan aktiviti politik, jaga hati kawan lain supaya tak tersinggung.

Sekian, jom pi masjid. Susah sangat, maghrib dan Isyak pun jadilah.

Friday, June 17, 2011

Perkasa tegakkan benang yang basah

Assalamualaikum wbt.

Saya petik dari surat khabar Utusan

Utusan tidak hina hukum Islam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut.

“Perkasa bukan mahu membela Utusan Malaysia sebaliknya, kami menyokong tindakan tersebut kerana ia bertujuan menyedarkan rakyat. Kenapa karikatur ini yang dipersoalkan, kenapa tidak bertindak terhadap pemimpin pembangkang yang melakukan seks,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak pembangkang terutamanya Pemuda Pas yang menuduh karikatur tersebut yang disiarkan Utusan, sebagai menghina hukum Islam.

Syed Hassan berkata, Pas tidak sepatutnya menyalahkan Utusan kerana karikatur itu cuma medium untuk menyatakan kepada pihak pembangkang, bahawa rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan ‘pengampunan’ begitu sahaja oleh pemimpin parti itu terhadap pelaku zina dan liwat.

Sementara itu, blog, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com juga mempertahankan karikatur itu sebagai tidak menghina hukum Islam kerana ia hanya bertujuan menjelaskan kekeliruan berhubung kejadian rogol dan zina antara penghulu dengan polis.

Ulasan hjlutfi-choras

Perkasa hanya tegakkan benang yang basah dan cuba kona pula ayat-ayat supaya nampakkan orang yang kata utusan menghina jadi salah dan tak dak akai. Saya tetap kata Utusan dalam banyak hal menghina Islam dan Melayu sendiri.

Tuesday, June 14, 2011

Himpunan Bersih


Assalamualaikum wbt.

Orang mempertikai macam-macam. Ada kata jahiliah, ada kata tak bermoral, ada kata merugikan dan macam-macam. Jika benar akan merugikan pihak-pihak tertentu, beri kebenaran mereka berhimpun 'bersih' lagi terkawal.

Beri kebenaran mereka berhimpun di stadium dan melaung sepuas-puas hati perasaan mereka, saya percaya bilangan yang akan hadir lebih ramai.

Sekarang ini jika perhimpunan tersebut dilarang, kemudian ada pula pihak yang merancang mengadakan kekacauan supaya himpunan bersih nampak tidak bersih, maka dapatlah digunakan 'point' tersebut untuk memaklumkan kepada pengundi bahawa kumpulan itu adalah kumpulan yang suka keganasan dan mereka tidak layak memerintah di Putrajaya.

Monday, June 13, 2011

Selamat Hari Guru - 15

Assalamualaikum wbt.

Saya pernah komen semasa suatu sambutan hari guru peringkat daerah di suatu negeri, kenapa guru tiada jati diri sendiri. Semasa sambutan hari guru, kita hendak beberapa guru atau pelajar mengenakan uniform polis, kadet dan sebagainya.
Tuan ini sambutan hari guru bukan sambutan hari pengakap, hari polis hari askar, jadi kita jangan tonjolkan imej polis, askar yang memang sudah ada hari mereka dan disambut dengan lebih gah dari kira,

Maka jawapan tuan, sudah tentu mematahkan bantahan saya, kerana tuan hendak mempertahankan ideanya. Jadi mana jati diri guru, apakah identity guru yang boleh dipamerkan supaya dikenali sebagai Guru Malaysia,( maka saya tambah Guru 1 Malaysia).

Adakah guru perlu uniform tertentu untuk menunjukan bahawan itu adalah guru, dapatlah dibezakan dengan posmen, askar, doctor dan sebagainya. Adakah guru Malaysia perlukan satu uniform yang seragam untuk satu Malaysia.

Guru ingin membentuk jati diri dan identity masing-masing, maka dengan itu guru pun mereka baju korperat yang macam-macam fesyen. Tak ubah seperti uniform-uniform pemandu bas. Lalu menunjukkan ketidak seragaman hati.

Tapi diberi juga alas an oleh mereka yang member idea, bahawa itu adalah perbezaan dan lambang identity sekolah masing-masing. Menang juga mereka yang beri idea.
Guru sukar untuk bersatu kerana pendapatan kini membuat mereka boleh ‘hidup’ tanpa perlu bersatu.

Siapa yang harus ambil tanggungjawab menyatukan guru, adakah NUTP atau mana-mana persatuan, atau KPM yang mengarakan bahawa pada hari tertentu guru pakai uniform yang seragam. Ambil satu hari iaitu hari Isnin, guru seluruh Malaysia pakai uniform Guru. Hari lain tak payah. Saya tak suka beruniform, bia budak sekolah je yang beruniform.

Bukan uniform unit beruniform, jika itu maka nampaklah, disekolah ada Polis, ada askar, ada bomba , ada briget peladang, dan macam-macam lagi. He..


bersambung..

Wednesday, June 8, 2011

Memperkasa Kepimpinan Pelajar (Melayu/lelaki ) ?!!!



Gambar hiasan sahaja.



Assalamualaikum wbt.

Dakwaan saya

1. Pelajar Melayu lemah dari segi kepimpinan (melalui pemerhatian dan pengalaman)
2. Mencadangkan kawan-kawan bukan Melayu menjadi wakil/ketua walau bukan Melayu 1 % - 10 % dalam kumpulan/kelompok / kelas.
3. Jawatan bendahari selalu diberikan kepada Keturunan Cina.

Persoalannya Kenapa ?.

Soalan saya;

1. Adakah tidak berani ambil tanggungjawab ?
2. Tidak ada kepandaian lantas tiada keyakinan diri ?
3. Atau menganggap jawatan kecil seperti ketua kelas, ketua platun, ketua kumpulan tidak penting
4. Atau anggap sesiapa sahaja boleh jadi ketua tanpa sebarang syak wasangka.

Apakah kesan kepada

1. “Ketuanan Melayu”

Jika benar dakwaan saya, siapa yang harus ambil tanggungjawab memperkasa kepimpinan Pelajar.

1. BTN
2. Parti Politik
3. JKKK
4. Ibu bapa
5. Guru.

Sekian.

Tuesday, June 7, 2011

Selamat Hari Guru - 14

Assalamualaikum wbt.

Adalah lebih baik idea kita tidak diterima , dari diterima tetapi gagal dilaksanakan , atau perlaksanaan membebankan guru dan semua orang. Saya suka member idea yang ringkas untuk dilaksanakan supaya guru-guru yang hendak laksanakan rasa senang hati, pun begitu ada juga guru yang akan kata sukar dilaksanakan, atau membebankan.

Guru , kalau boleh nak mengajar sahaja, saya amat sakit hati, jika guru muda yang menolak itu-ini kerja yang diberikan, dengan alas an tak tahu, tak pernah buat dan lain-lain alas an seperti anak-anak. Sakit hati tadi tak le sampai tahap pantang.
Tugas guru memang mencabar, kalau takut cabaran jangan jadi cikgu, tapi dah terjadi cikgu, kenalah buat kerjaa-kerja yang beban. Kalau nak mengajar sahaja, jadilah guru tusyen, mengajar sahaja, dan terima yuran pelajar.

Kadang tu macam sudah ada orang yang mengajar kepada guru-guru supaya menolak kerja-kerja tertentu. Kadang guru baru rasa macam dibuli, lalu sebagai tindakbalas, menolak itu dan ini.

Tiada kerja yang senang didunia ini, hatta nak makan pun kena usaha angkat tangan dan suapkan kemulut. Yakinlah wahai guru baru dan lama, seminit dua yang diberikan dengan ikhlas akan lebih berkat dari berjam-jam kerja dengan emosi yang tak ikhlas.


bersambung...

Monday, June 6, 2011

Negara Berkebajikan

Assalamualaikum wbt.

Apabila mendengar perkataan “Negara berkebajikan” , kita mungkin akan bertanya sendiri, apakah selama ini Negara kita tidak berkebajikan, atau tak cukup kebajikannya. Jadi ramai yang memberi ulasan ‘ ikut dan’ sahaja kerana tidak memahami konsep Negara kebajikan yang diutarakan atau kerana ancaman kepada hegemoni kuasa menyebabkan mereka tidak dapat menerima sebagai mana orang Yahudi amat mengenali Nabi Muhammad, akhirnya menolak Nabi Muhammad SAW kerana bukan dari bangsa mereka.

Membangun Negara Berkebajikan adalah tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tn Guru HJ Abdul Hadi Awang . Ianya bukanlah kali pertama diucapkan atau baru disebutkan dalam PAS, namun apabila dijadikan dasar ucapan, ia mengundang berbagai reaksi, samaada spontan, direka dan sebagainya.

Datuk Seri Mohad Ali Rustam, memberitahu bahawa mereka telah lama buat Negara Kebajikan, jadi tidak hairanlah kalau Negera Berkebajikan baru hendak disebut oleh PAS.

Kebetulan dalam entry lepas saya menulis tentang kebajikan di organisasi, antaranya yang saya setuju untuk dikatakan kebajikan ialah, majikan menyediakan tempat letak kereta. Negeri Kebajikan Melaka mengenakan bayaran letak kereta Bandaraya Melaka 60 sen sejam, dari hari Isnin hingga hari Ahad. Bermakna semua hari kena bayar termasuk cuti umum. Dari jam 8.00 am hingga 6.00 pm . Alor Gajah 40 sen sejam dari jam 8.00 am hingga 6.00 pm, Tampin (N. sembilan) 40 sen sejam dari 8.00 am hingga 5.00 pm.
Nampaknya Tampin NS memberi kebajikan sejam kepada pengguna untuk meletakkan kereta dalam kawasan Majlis Bandaran mereka.

Kita sudah tertekan dengan kenaikan harga minyak, harga tol, harga barangan keperluan harian ditambah pula dengan bayaran parking. Semua itu akan membebankan rakyat, jika anda membebankan rakyat, ini bukannya kebajikan.

Adakah perlu lagi dikenakan caj parking, sedangkan caj tersebut telah dikutip dari lessen peniaga-peniaga yang berniaga ?. (soalan ini untuk semua negeri, bukan Melaka sahaja)

Atau adakah perlu dikutip caj parking dikawasan pelancongan, sedangkan pelancong akan dikenakan lagi bayaran apabila masuk tengok Kota Portugis, contoh..
Ini adalah mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong, bayangkan kan jika pelancong tidak mahu datang, apa kesannya. Tapi orang akan kata pelancong akan tetap datang walau kena bayar.

Saya tidak bersetuju jika Negara berkebajikan memberi kebajikan kepada rakyatnya sehingga rakyat tidak mahu bekerja keras. Contohnya ada Negara yang memberi kopun makan kepada penganggur, ini bukanlah satu langkah yang bijak.
Katakanlah kopun makan di Malaysia RM 4.00 untuk sekali makan, penganggur disuruh sapu sampah sekurang-kurangnya 1 jam bagi melayakkan dia mendapat kupon tersebut , ini lebih baik dari terus dapat kupon tanpa buat apa-apa. Cari lah istilah lain yang lebih sedap supaya penganggur tidak rasa seolah –olah dihina pula. Contoh khidmat kenegaraan, khidmat masyarakat. Ini hanya satu unit kecil kebajikan yang boleh dibuat oleh Negara Berkebajikan. Ikut kemapuan dan bidang kuasa masing-masing le.

Saya menuntut Negara Berkebajikan agar memberi biasiswa kepada pelajar bukannya pinjaman PTPPN.



“penghayatan pemerintahan Islam itu adalah bertujuan untuk memakmurkan atau mengisti’markan mukabumi ini dengan kebajikan dan makruf serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan terhadap seluruh makhluk di atas mukabumi ini termasuk alam sekitar,” ucapan Almarhum Ust Fadil Noor


sekian.

Friday, June 3, 2011

Jaga Kebajikan.

Assalamualaikum wbt.

Tidak Jaga Kebajikan !

Saya sering mendengar rungutan dari sahabat-sahabat bahawa organisasi tempatnya bekerja tidak menjaga kebajikan. Saya pun bertanya, bolehkah awak senaraikan kebajikan yang awak kehendaki ?.

Rupa-rupanya dia sendiri tak dapat menyenaraikan kebajikan yang selalu dirungut olehnya.

Atau rungutan tersebut sekadar hendak merungut kerana nak cari juga kelemahan pengurusan organisasinya ?.

Baiklah, dalam konteks sebuah sekolah apakah kebajikan yang boleh diberikan oleh kerajaan kepada guru ?.

Brainstorming dahulu.

1. Bonus
2. tempat parking
3. lawatan semasa sakit
4. cuti
5. tak kerja hari sabtu dan ahad
6. hadiah bersalin atau berkahwin
7. Anugerah APC kepada ramai orang
8. Naik gaji
9. Naik pangkat
10. boleh bawa anak kesekolah
11. Boleh balik awal hari kerja
12. jamuan hari raya
13. bilik kerja yang kondusif
14. kerja yang tak membebankan.
15. surat penghargaan dan hadiah kejayaan.

Dari 15 yang disenaraikan terus terang saya kata , organisasi saya telah jaga kebajikan saya.

Bonus - adakah bonus itu satu kebajikan oleh majikan kepada pekerja ?. Tidakkah ia satu pemberian kerana produktiviti. Bagimana dengan produktiviti diri anda.

Tempat parking - yang ini boleh saya terima, bahawa majikan kena sediakan tempat parking kepada pekerja, keselamatan kenderaan semasa pekerja sedang bekerja.

Lawatan semasa sakit - Siapalah kita yang nak minta bos datang melawat kita semasa sakit, kecualilah kita sendiri selalu melawat orang sakit, sering ambil berat hal kawan-kawan, jadi kalau kita sakit ada le orang melawat, tapi kalau kita jenis tak melawat orang, takkan orang dengan suci hati nak melawat kita. Apa-apa pun, saya setuju kalau bos melawat pekerja yang sakit atau hantar wakil saja. Pun begitu saya tak kelaskan ini sebagai satu kebajikan yang boleh dituntut oleh pekerja.

Cuti - termaktub, no komen.

Tak kerja hari sabtu dan ahad - Ini kena ada timbal balik, kamu datang kerja, majikan bagi sesuatu, kadang-kadang tuntutan kepada pekerjaan itu sendiri, nak buat kerja hari Isnin kena buat persediaan hari Ahad le. Bagi sesuatu bukan dalam bentuk gaji dan cuti, bagi le dalam bentuk, jamuan ke , hadiah ke sebagai penghargaan khidmat hari cuti. (dalam kes guru kerajaan sahaja), swasta tak timbul kena kerja waktu cuti.

Hadiah bersalin atau berkahwin - adakah ini kebajikan ?, saya rasa tidak, ia cara nak ambil hati sahaja.

APC kepada ramai, Naik gaji, naik pangkat . - ini pun tak akan dianggap sebagai kebajikan. sebab sahabat-sahabat tak dapat define makna kebajikan.

Boleh bawa anak kesekolah, boleh balik awal - ini mungkin akan dianggap sebagai kebajikan.

Jamuan hari raya - saya tidak anggap ini sebagai kebajikan, hanya seronok-seronok saja.

Bilik kerja yang kondusif - ini adalah hak yang perlu dituntut oleh pekerja sesuai dengan kelayakan dan gred kakitangan awam yang lain. Saya tak kelaskan ini sebagai kebajikan, kerajaan sepatutnya menyediakan tempat kerja yang kondusif.

Kerja yang tak membebankan - ini kena kaji dulu, apa yang dikatakan membebankan atau tidak membebankan. sesuai dengan gaji dan tanggungjawab.

Surat penghargaan dan hadia kejayaan - ini pun bukan kebajikan.

Tuan ini, semuanya bukan kebajikan, habis yang mana satu kebajikan ?
Manalah saya tahu, sebab tu saya tak pernah bising dalama hal-hal menuntut kebajikan konon !.

Sekian,