Perniagaan dalam Islam.
Kita sering menganggap ibadat hanya berlaku ketika kita besolat, puasa, zakat dan haji serta membuat kebajikan yang lain, ini terjadi kerana sejak dahulu kita disempitkan pemahaman terhadap ilmu Islam.
Setelah ilmu dapat disampaikan kepada masyarakat, barulah bidang perniagaan dan pekerjaan yang lain diterima sebagai ibadat dalam pemahaman masyarakat Islam di Malaysia.
Menurut Al Qurtubi, perniagaan atau jualbeli adalah kegiatan jual beli antara dua pihak iaitu penjual dengan pembeli.
Ia melibatkan pertukaran barang dengan barang atau dengan wang yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
Perniagaan memenuhi fitrah kehidupan manusia dan dianggap Ibadat dalam Islam, melalui perniagaan ekonomi sesebuah negara dapat dikukuhkan.
Perniagaan bukan sahaja diperlukan oleh individu malahan oleh masyarakat dan negara. Ini adalah kerana kemampuan dan tenaga manusia adalah terhad sedangkan keperluan mereka ada berbagai-bagai.
Islam mengiktiraf fitrah manusia yang berkehendakkan mengumpul harta. Antara cara yang terbaik adalah melalui perniagaan.
Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Baginda Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: “Apakah jenis mata pencarian yang paling baik?” Maka baginda menjawab: Hasil usaha sendiri, dan setiap perniagaan yang bersih (dari tipu daya dan khianat).”
Terdapat banyak ayat al Qur’an dan Hadith yang berkait dengannya.
Maksud Sabda R. SAW: “ Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, siddiqin dan para syuhada.” (HR:Tirmizi)
Firman Allah (An Nisa’: 29):,
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu ”
Firman Allah (Al Baqarah : 275):“Dan Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
Firman Allah(Al Baqarah: 198): “Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment