Friday, March 18, 2011
Gaddafi vs rakyat akhirnya, kedua-dua tumbang dan merana.
Assalamualaikum wbt.
Gambar hiasan : Adakah Gaddafi akan dirantai seperti Mujahid ini ?.
Sejak krisis melanda di negara benua Afrika saya terfikir benar atau tidak setiap kenyataan dan gambar yang disiarkan di semua media. Kebayakan blogger pro rakyat yang bangun menentang kerajaan mereka.
Mereka (penyokong luar) menyokong kerana menentang dan tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin berkenaan, tak berkenan kepada pemimpin berkenaan kerana sifat peribadi pemimpin tersebut atau kerana pendirian pemimpin tersebut terhadap Islam.
Hosni mubarak, jelas dibenci oleh ramai Islam Malaysia kerana dia lebih berbaik-baik dengan Israel. Tunisia, sebenarnya kurang publisiti di Negara Malaysia, sesetengah rakyat Malaysia hanya ‘sedar’ ada negara bernama Tunisia walaupun memang tahu ada Negara Islam bernama Tunisia setelah dilaporkan berlaku krisis disana.
Libya, memang dikenali oleh rakyat Malaysia. Kita lebih mengenali Muaamar Gadaffi, sehinggakan anak seorang menteri yang sekarang jadi penyanyi ada menggunakan nama Gaddafi. Malah bekas pelajar saya sejak dahulu ada yang bernama Gadaffi, Ahmad Gaddafi, dan Muammar Gaddafi.
Imej Gadaffi ditonjolkan begitu gah dan seorang yang ‘memperjuangkan Islam’. Pada tanggapan saya apabila seseorang Islam menentang Amerika dia adalah pejuang Islam. !.
Baik PAS atau UMNO menyokong Gaddafi.
Kini sudah berbelah bagi, PAS sudah tidak sokong Gaddafi, saya masih berbelah bagi, haruskah saya menyokong Gaddafi, hanya kerana rakyat Negara itu bangun menentang Gaddafi. Kerana saya amat yakin rakyat yang bangun menentang telah diarah / diatur/ di catur/ oleh tangan yang tersembunyi yang tak lain dan tak bukan untuk menjatuhkan orang tua bernama Muammar Gaddafi, yang menjadi Pemimpin Libya.
Saya samakan Gaddafi dan Saddam yang mengambil jalan ‘Jihad’ sehingga ke akhir hayat. Dan saya sokong jalan mereka kerana pada pendapat saya, rakyat yang bangun menentang adalah mereka yang mahu jatuhkan sebuah kerajaan dengan bersekongkol dengan kafir. Yang akan datang menjajah sebentar lagi.
Tanya pada diri anda dari mana pemberontak mendapat senjata. Buat apa kapal perang Amerika berada berhampiran Libya sekarang ini. Ingat sejarah Temasik, siapa yang belot sehingga Negara ditawan oleh orang lain, ingat sejarah Semenanjung Tanah Melayu, apakah yang sering dijadikan alasan campurtangan Inggeris.
Kebanyakan pemimpin dunia mengambil kesempatan mengkayakan diri sendiri dan keluarga, silapnya dia lupa untuk mengkayakan sedikit kepada rakyatnya, jadi rakyat terpaksa meminta bantuan luar untuk menewaskan pemimpin tersebut. Kesannya Negara akan terjajah.
Negera yang kemunkinan besar dijajah adalah Negara-negara islam, kerana ada factor ‘Perang Agama’ yang dimainkan secara tersembunyi oleh orang bukan Islam dengan berselindung dengan nama memerangi keganasan, menegakkan keadilan, membebaskan rakyat, mendemokrasikan dan berbagai-bagai lagi. Negara-negara Islam yang dipimpin oleh mereka yang tidak ISLAMIK menjadi punca kepada penjajahan tersebut.
Jika dia ISLAMIK, rakyat tidak diabaikan, dan rakyat tidak akan memberontak. Sama-samalah kita nantikan Amerika menyerang Libya dan sebuah lagi Negara Islam dijajah dalam abad ini, Afghanistan, Iraq , Libya …….. dan tidak mustahil Malaysia.
Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah supaya kita berfikir..
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment