Tuesday, March 15, 2011

Bela Rakyat - Kolej Komuniti.


Assalamualaikum wbt.

Saya berkesempatan ke Kolej Komuniti Masjid Tanah untuk berbincang dengan pegawai kursus disana untuk tujuan jalinkan hubungan baik seterusnya untuk tujuan ‘win-win situation’.

Bukan win-win situation yang nak saya highlightkan Cuma saya hendak komen tentang ‘pembelajaran sepanjang hayat’ rakyat Malaysia. Umur 4-6 tadika/ PASTI , umur 7 – 12 sekolah rendah, umur 13 – 17 sekolah menengah, umur 18 – 20 Pra U, matrik, Diploma. Umur 20 – 24/25 Ijazah.

Kebanyakan rakyat Malaysia berhenti belajar bermula umur 18 tahun jika tidak masuk kolej atau universiti. Gagal meneruskan pelajaran akademik seolah-olah berhentinya proses menuntut ilmu, tumpuan diberikan untuk mencari rezeki.

Bagi sesetengah rakyat Malaysia yang masuk U dan menyambung peringkat Sarjana Muda akan berhenti belajar bermula umur 24 atau 25 tahun.

Menuntut ilmu tak semestinya secara formal, apa saja ilmu tuntutlah, ilmu memancing, jebak burung, tanam getah, tanam sawit, dan yang paling penting sekali ilmu fardu ain dan fardu kifayah tujuan membaiki amalan ibadat kita.

Menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah kena pergi masjid sebab dimasjid saja ada ilmu tersebut untuk pembelajaran tidak formal, pembelajaran yang tak ada peperiksaan, kadang-kandang ustaz Tanya juga, ramai yang tak mahu jawab dan ustaz jawab sendiri, kalau ustaz dok buat Tanya begitu selalu, minggu depan tak ada pelajar tua lah jawabnya, baik ustaz jangan Tanya.

Kolej komuniti, satu institusi yang menawarkan kursus/ ilmu baru kepada mereka yang memerlukan berbagai ilmu, walaupun pada awal penubuhanya Kolej ini seolah-olah tiada hala tuju, tetapi akhir-akhir ini setelah berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pengurusannya lebih teratur, walaupun penubuhan kolej ini atas dasar kepentingan politik tertentu, tak perlulah dipertikaikan, orang politik memang ‘bela rakyat’ jadi setiap kawasan parlimen ada kolej Komuniti, sehinggakan bilangan tiang bangunan lebih ramai dari bilangan pelajarnya.

Pergilah tanyakan kursus-kursus jangka pendek, 3 hari untuk tambah ilmu, korbankan sedikit masa untuk dapatkan ilmu baru, bayarlah sedikit untuk tunjukkan komitmen pembelajaran. Bukan ada peperiksaan apa nak takut. Tolong promosi sikit untuk kolej komuniti. Ada kursus, buat kuih, buat kek, kursus jahit menjahit, muzik, computer, pendawaian, seni kecantikan, refleksiologi , urus jenazah dan lain-lain lagi. Nak bagi mudah kumpulkan sekurang-kurangnya 15 orang boleh buat kursus segera. Pergilah tambah ilmu, ilmu boleh datangkan duit. Biar orang lain cari duit dengan ‘ibu’ duit, kita cari duit dengan ilmu.

Dan jangan lupa datanglah ke masjid, dengan kuliah agama, duduk belakang-belakang pun tak apa, tak pakai baju Melayu boleh datang masjid, tak pakai kopiah pun tak apa, boleh datang masjid,

Tuntutlah ilmu sehingga ke Liang Lahad, hanya dengan ilmu dapat kita bezakan antara Haq dan Batil.

Sekian.

No comments:

Post a Comment