Tuesday, March 29, 2011

Bela Rakyat - Cakap kena ada bukti

Hishammuddin lantik peguam saman Anwar
Berita Harian.
2011/03/29

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah melantik peguam untuk menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan beliau dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu.

Seorang pegawai menteri itu mengesahkan, Hishammuddin sudah melantik peguam, Tan Sri Cecil Abraham untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana konspirasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk menjatuhkan maruahnya dan nama baik PDRM.

Selepas membuat laporan polis menafikan beliau lelaki dalam video seks itu, baru-baru ini, Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan PDRM sebagai dalang video itu.

Video itu ditayangkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara di sini, Isnin minggu lalu.

Perenggan diatas adalah petikan dari berita harian atau setengah orang kata berita hairan.

Yang cuba dihiglight bukan kes tu sangat tapi berita perlu diulang-ulang baik dalam surat khabar, radio dan tv supaya berita itu melekat dalam fikiran rakyat. Ini akan menyebabkan sokongan berbelah bagi penyokong DSAI dan PAS. Hanya mereka tahu niat sebenar mereka dan niat sebenar hendak menyaman orang yang di fitnahkan.

Perenggan dibawah adalah ulang demi ulang tentang kes tersebut, supaya nampak macam real, walau belum dibuktikan oleh mahkamah.

Rakaman menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai warga asing di sebuah hotel di ibu negara, bulan lalu.

Sementara itu, PDRM dalam kenyataan berasingan berkata, Pasukan Siasatan Khas yang ditubuhkannya masih meneruskan siasatan dan sedang dalam proses mengumpul semua bukti berhubung rakaman video seks berkenaan.

Bahan bukti berbentuk rakaman hitam putih video seks lelaki yang dikatakan mirip Anwar dan jam tangan Omega yang ditemui dalam bilik hotel itu diserahkan sendiri ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada Bukit Aman, Khamis lalu.
Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md Amin menjelaskan polis kini menunggu pengesahan pakar mengenai kesahihan identiti ‘watak utama’ dalam rakaman video seks itu.

Cuma saya nak tanya : Datuk - Datuk T tak rasa malu ke ?. Tak kira le malu sebab tengok filem lucah ke ?, malu pada diri sendiri ke sebab sebab buka aib orang. malu kat anak cucu ke sebab membuat fitnah ?

sekian.

No comments:

Post a Comment