Thursday, March 3, 2011

Bela Rakyat – Masjid Untuk Tarikan Pelancong.

Assalamualaikum wbt.

Saya Petik dari Berita Harian 1/3/2011

KUALA LUMPUR: Sebuah masjid Cina dan Kompleks Kebudayaan Islam dengan kos RM100 juta akan dibina di Jalan Davis dekat sini, serta bakal menjadi lambang syiar Islam yang universal dan mercu tanda baru di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata tapak simpanan masjid Cina Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) itu terletak di tengah kota raya dan lokasinya amat strategik sebagai tarikan utama pelancong.

Walaupun kebanyakan masjid yang ada di negara kita tidak sehebat seperti di negara lain, saya percaya masjid Cina ini berpotensi besar untuk menarik ramai pelancong terutama yang bukan beragama Islam untuk menziarahi masjid yang mempunyai elemen kesenian unik melalui seni bina Cina.

“Bagi sesetengah umat Islam, daya tarikan ini kelihatan seperti biasa, namun bagi masyarakat lain, ia adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam dan sewajarnya umat Islam mengambil peluang ini untuk memperluaskan pengetahuan mengenai Islam dan seni melalui pelancongan,” katanya.

Komen hjlutfi-choras.blogspot.

Sesetengah orang tertarik untuk memeluk Islam apabila merasa tenang ketika kali pertama masuk kedalam Masjid. Hidayah datang dari Allah. Nabi Muhammad merobohkan masjid yang dibina oleh orang munafik kerana masjid tadi akan menjadi markas memecah belahkan ummah.

Kini Masjid Cina, adakah benar-benar hendak dibina hanya untuk tujuan tarikan utama pelancong. Jika itulah niat pembinaan masjid tersebut, maka jadilah masjid itu sebagai masjid pelancong. Pelancong sekadar datang ambil gambar, bergambar, pasangan bercinta pun boleh berpeluk-peluk ambil gambar dalam masjid.

Masjid Kristal di trengganu, adalah contoh masjid perlancongan yang telah ada di Negara kita. Pelancong rasa confuse adakah perlu sembahyang tahiyatul masjid di masjid ini ?.

Dalam hati saya, harap sangat-sangat agar masjid ini dibina bukan untuk tujuan perlancongan seperti diucapkan oelh 1st Lady (FLOM).

Sekian.

No comments:

Post a Comment