Assalamualaikum wbt.
17 Oktober 2010 bertolak dari rumah selepas solat zohor dan sunat safari (sunat musafir) kemudian bertolak, sebaik keluar dari pintu pagar sekolah, terlintas untuk singgah ke SMT Kulim, jadi saya ikut jalan KN – Jeniang – Bkt Selambau – Kulim. Lebih kurang 4.00 ptg sampai di SMT Kulim, ambil masa 2 jam lebih, jarak lebih kurang 120 km.
Sebaik parking dekat depan pejabat, nampak pelajar 5PD, hon sikit, terus mereka berlari kearah kereta saya. Apa lagi, seronok le jumpa cikgu lama, saya pun hulur sikit, suruh mereka pergi kantin, biasalah cikgu dalam bab hulur kepada pelajar.
Sembang sikit-sikit dalam pejabat masuk jumpa kawan lama (pengetua), dekat setengah jam, borak saya minta diri dan teruskan perjalanan, masuk tol Jawi. Dari Alor Setar jimat RM 12.20 tol, Cuma masa lebih sikit.
20 Oktober dapat sms kata Ustaz Fazial bekas PKP SMT Kulim yang jadi pengetua di SMKA Miri, kembali kerahmatullah. (Ini pun kawan lama), masa sama-sama PK dulu.
Hanya Al Fatihah dari kejauhan sahaja yang dapat disampaikan. Jenazah dibawa pulang belum sampai hari itu.
Sedih juga dengar kawan-kawan kembali kerahmatullah, (perkara yang paling hampir dengan kita ialah MATI)
Minggu ini, inilah baru dapat up date sikit blog ni, sekarang ini peperiksaan matrikulasi, kena jaga periksa. Peperiksaan akan berakhir pada 26 Oktober.
Sekian terima kasih, jumpa lagi.
Friday, October 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment