Monday, October 4, 2010

Networking / Rangkaian niaga

Networking (rangkaian niaga/ rakan niaga, pembekal – pemborong/ pengedar)

Assalamualaikum wbt.

Terlintas dihati saya hendak menulis artikal ini semasa dalam perjalanan dari KN ke KMM pada hari Ahad 3 Okt 2010.
Lintasan adalah berikutan saya terpandang banyaknya bulu itik berterbangan di Lebuhraya. Pada mulanya saya menyangka bulu ayam, tetapi apabila memotong lori berkenaan barulah saya tahu itu adalah bulu itik.

Persoalan yang timbul;
1. Kemana destinasi ?
2. Siapa punya itik tersebut ?

Dalam artikel lepas saya tulis tentang pertanian adalah perniagaan, lantaran itu Melayu akan menjadi bangsa peniaga. Penternakan juga akan masuk dalam kategori perniagaan. Suatu ketika dahulu, atau masih ada masa sekarang Cuma saya yang tidak tahu, selepas musim ambil padi, penternak cina akan membela itik dan dilepaskan dikawasan sawah, seperti mengembala lembu ala-ala cowboy, bergerak dari satu kawasan kekawasan lain, bukan sedikit, mungkin mencerah puluh ribu ekor, makanan percuma, tanah percuma. Dan sudah tentu penternak tersebut bukan Melayu.

Menternak adalah perkara biasa bagi masayarakat Melayu Peniaga di kampong, tetapi menternak sekadar untuk makan dan tak cukup makan, ternakan ayam itik sekadar untuk tolong habiskan lebihan makanan, bukan tidak boleh ternak secara besar-besaran tetapi siapa yang nak beli ?.

Berbalik kepada soalan kemana destinasi ?

Lori yang membawa itik tadi masuk highway menuju selatan tanahair sebab saya memotongnya dekat-dekat Seremban. Lalu saya menjawab dengan yakin (belum tentu betul), tentn destinasinya adalah Singapura, disana ramai Cina, Cina suka makan itik. Bolehkah penternak itik Melayu menjual itik Ke Singapura, kenapa tidak boleh ?, perniagaan tanpa sempadan, siapa yang akan beli itik penternak Melayu, di Singapura ?.
Tentu orang Cina, … Betulkah orang Cina akan beli itik penternak Melayu dari Malaysia. ? ini yang musykil bagi saya.

Dalam perniagaan kita perlu mempunyai networking, iaitu rankaian niaga, kita perlu ada “kaki” yang akan membeli itik kita disana, bagaimana nak ada “kaki”. Inilah yang melemahkan Melayu bangsa Peniaga. Susah nak ada “kaki” ditempat lain berbanding dengan Cina, Cina ada kaki di China, Taiwan, Singapura, Hong Kong, Amerika, malah seluruh dunia, jadi tidak susah bagi mereka untuk ‘berjanji’ dengan kaki ditempat lain, apabila dihantar itik ke Singapura, kaki disana sedia membeli sehinggalah dijual kepada pengguna.
Bagaimana nak ada “kaki”, di Singapura ada Melayu, di Indonesia ada Melayu, Melayu Singapura lain sikit kelasnya, ex-nya (tanggapan saya). Melayu Indonesia asyik nak Ganyang Malaysia, jadi sukar bagi Melayu Bangsa Peniaga untuk ada networking.

“Kaki” boleh dicari dengan mengikuti rombongan Niaga, Dewan Perniagaan Melayu yang buat lawatan ke Negara lain, baru-baru ini Kerajaan Negeri Kedah pergi cari “kaki” di China..

Dengan adanya Kaki = networking, perniagaan akan lebih menjadi. Inilah yang sukar bagi Melayu bangsa peniaga.

Siapa punya itik ini ?

Saya tidak nafikan bahawa kini talah ramai Melayu yang membesarkan perniagaan penternakan mereka, merekapun dah mula ada “kaki”, walaupun secara kecil-kecilan, ini adalah perkembangan yang baik.

Namun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki, dibuat penambahbaikan, dan di ‘mandirikan’ bukan disubsidikan. Namun jika ada peruntukan tertentu untuk penternak Melayu, silalah kerajaan berikan, kerana apa salahnya, Bangsa Melayu ini diberi sedekah oleh kerajaan kerana jika bangsa Melayu ini jika kaya sekalipun, dia tak kemana, dia akan ke masjid jua, dia akan zakat juga, dia akan taja orang ke Haji.
Harap-harap begitu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment