Tuesday, October 12, 2010

BINGKISAN BUAT RAKAN SEPERGURUAN / SEPERCIKGUAN

Assalamualaikum wbt.

Semoga rakan-rakan sekelian sihat sejahtera. Apakan daya kita telah masuk kedalam bidang ini, nak tak nak kita kena teruskan perjuangan ini. (berpantang undur)

Ada satu cerita yang diceritakan oleh seorang pencerita, katanya cerita ini diperolehi dari seorang pencerita. (siapa sebenar yang karang cerita ini tak taulah)

Al kisah, seorang tukang rumah yang telah lama berkhidmat membina rumah, beliau berkhidmat dengan seorang raja/ kerajaan, dan beliau akan menamatkan perkhidmatannya kerana sudah bosan dengan tugasnya.

Suatu hari raja menitahkan supaya dia membina sebuah rumah buat kali terakhirnya. Lalu beliau pun memulakan kerja membina rumah yang diarahkan, oleh kerana beliau sudah nak hampir kepenghujung perkhidmatan, lalu beliau membina rumah secara 'cincai' sahaja.

Maka setelah rumah tersebut siap, dipersembahkan kepada raja tersebut.
Lalu raja berkata rumah ini adalah hadiah kepada kamu...

Jadi....

apa rasa tukang rumah tersbut ?

Buat rakan rakan seperguruan KPLI 2, tahun 1994/95 Maktab Perguruan Teknik, Jalan Tenteram, Kuala Lumpur, dan rakan-rakan KPLI 1, 3,4,5 dan 6 Makatab yang sama, tahun yang sama, selamat menjalankan tugas, buat sehabis baik.

sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment