Assalamualaikum wbt
Disini saya ingin menarik perhatian semua mengenai dua situasi , fokusnya adalah kepada bilangan yang hadir. Situasi pertama. PM 1M membuat majlis pertemuan dengan guru-guru 1M. Adakah guru-guru seluruh Malaysia akan hadir ke Majlis tersebut, jika tiada surat arahan dari ketua Jabatan masing- masing supaya hadir ke majlis tersebut.
Situasi kedua, Tok guru (mana-mana yang bertaraf tok guru Islam/ bukan tok guru silat) membuat satu program pendidikan (baca kitab) di sesebuah tempat eg kompleks apa-apa. Adakah jemaah akan hadir.
Dalam kedua-dua situasi tersebut, orang akan hadir tetapi dengan niat dan matlamat berbeza-beza.
Dalam situasi pertama, orang akan hadir kerana itu adalah arahan dari ketua jabatan, ‘saya yang menurut perintah’, adakah hadirnya ikhlas kerana “sahaja aku hadir kerana Allah” atau “sahaja aku hadir kerana bos suruh hadir”
Dalam situasi kedua, orang akan hadir kerana ia berkaitan dengan dirinya sendiri, untuk bekal akhirat nanti. Betulkah mereka hadir “sahaja aku hadir kerana Allah” atau “sahaja aku hadir kerana tok guru”.
Baiklah. Kalau dianalog kan dengan teori X, manusia kalau boleh nak duduk saja, mana pun tak mau pi. Tapi oleh kerana ada paksaan dalam bentuk arahan ketua Jabatan, arahan perdana menteri 1M, maka orang akan hadir. Kalau tiada arahan sudah tentu tiada siapa yang akan hadir kecuali mereka yang berkepentingan yang mengharapkan sesuatu dari PM 1M, bukan kerana semangatnya Guru 1Malaysia.
Berbanding dengan situasi kedua, tiada imbuhan, tiada paksaan, tiada arahan sekadar dimaklumkan lisan, atau dengar orang cerita, namun mereka akan dating juga, kenapa ?
Mereka ini juga ada mempunyai kepentingan tersendiri, namun kepentingan ini lain sikit, bukan kepentingan duniawi, tetapi sebaliknya adalah pelaburan ukhrowi yang tak nampak hasil sekarang.
Itulah bezanya duniawi dan ukhrowi. Duniawi adalah kepuraan semata-mata, ada kepentingan yang tak dinyatakan atau tak dizahirkan, tapi kepentingan itu tetap ada, ukhrowi pun begitu juga, kalau hadir kerana bukan “kerana Allah”, tiada markah diakhirat.
Dari segi matlamat orang yang menjemput. PM1M mungkin merasa gah kerana ramai sambutan, sepatutnya beliau kena Tanya diri sendiri, betulkan disambut, kerana beliau menggunakan unsure-unsur ‘paksaan’- saya yang menurut perintah, atau juak-juak beliau menggunakan paksaan dan ugutan, maka sebab itu ramai yang dating, adakah itu sokongan sebenar. Bagaimana kalau tak dipaksa orang dating, tak ada surat arahan, sekadar iklankan dalam TV, adakah Guru 1M akan dating, Iklan sureheboh bolehlah orang dating.
Kalau betul guru bersemangat 1M, mereka akan dating sendiri.
Berbalik kepada situasi kedua, adakah Tok Guru merasa gah kerana ramainya orang dating mendengar bacaan kitabnya. Atau adakah tok guru berpendapat, orang disini sudah ada kesedaran Agama. Beliau boleh beranggapan sedemikian kerana, mereka yang dating tak dipaksa dating, bukan guna bas kerajaan untuk bawa mereka dating, bukan ada surat arahan dari Mufti suruh dating, bukan akan dapat badge Tok Guru., silap-silap kena keluar duit derma kilat, derma anak yatim, derma bangun sekolah agama.
Yang dating baik dalam situasi pertama atau kedua, masing-masing ada kepentingan sendiri seperti yang saya katakan namun kepentingan untuk Ukhrowi nampak lebih ikhlas, berbanding dengan Duniawi yang lebih bersifat kepura-puraan. Mari lah kita berharap agar 1M mempraktikkan Islam sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment