Monday, November 8, 2010

Banjir dan dekatkan diri kepada Allah

Assalamualaikum wbt.

Kesan banjir yang melanda Kedah dan Perlis serta negeri-negeri lain masih hangat diperkatakan, baik oleh insan yang terkena banjir atau saudara-mara atau sesiapa sahaja. Yang dipertikaikan kenapa tahun ini banjir bertambah buruk (ketinggian air meningkat), kawasan yang sebelum ini belum pernah ditenggelami air kini turut merasa bencana tersebut.

Ada yang mengaitkan kesan pembangunan menjadi punca kawasan tertentu yang belum pernah merasa banjir dapat merasa pada banjir kali ini. Antaranya ialah, pembinaan landasan berkembar yang menghalang laluan air untuk turun kelaut, pembinaan jalanraya baru ditengah tengah bendang yang turut menghalang laluan air ke sungai untuk terus kelaut, dan dikaitkan dengan pelepasan air dari ampangan di Pedu, Muda, Ah ning dan di Thailand. Berbagai-bagai alasan boleh dicari atau direka sekadar menambah masa bersembang dan menyedapkan hati.

Namun berapa ramaikah yang memikirkan ia sebagai satu peringatan dari Allah, hanya peringatan kecil, bahawa Allah berkuasa membanjirkan sesuatu tempat dengan kuasanya yang Maha. Tahun 1999 banjir tak setara mana, tahun 2005 dikatakan lebih besar, tahun 2010 rupanya lebih besar. Bagaimana jangkaan kita untuk tahun tahun akan datang.

Dalam orang lain dikawasan Padang Terap /Kuala Nerang sedang menanti air surut, saya cari Al Quran surah Nuh, untuk mengetahui apa kandungan yang diterangkan dalam surah tersebut, saya percaya orang-orang kampong selalau baca Quran, bulan puasa dua tiga kali khatam, namun biasalah kita hanya membaca dan betul bacaannya, namun biasalah kita tidak mengetahui maksudnya apatah lagi tafsirnya.

Di ringkaskan , Nabi Nuh mengajak ummatnya kembali kepada Allah dan mengesakan Allah, mengesakan Allah dalam ertikata sebenarnya, membenarkan dalam hati dan mengamalkan dengan perbuatan.

Bila banjir, lalu kita lari ketempat tinggi, syukur Alhamdulillah , masjid dibina ditempat tinggi, namun berapa ramai yang menumpang di masjid menjaga adab-adab di rumah Allah itu, berapa ranmai yang mengotorkan masjid, berapa ramai yang ‘mengata’ kepada Allah, berapa ramai yang sembahyang hajat memohon banjir surut ( buat apa sembahyang hajat, selalunya banjir akan surut), berapa ramai yang sedang memaki kerajaan kerana bantuan tak diterima.

Namun saya percaya masih ada yang berdoa kepada Allah kerana inilah peluang mendekatkan diri kepada Allah, kita diuji dengan bencana, maka kita akan lebih dekat kepada Allah, lebih baik diuji dengan kesusahan berbanding dengan diuji kesenangan.

Sekian,

No comments:

Post a Comment