Assalamualaikum
wbt.
Perkataan
atau sebutan Isnya Allah yang sering anda dengar dari kawan-kawan Islam, adalah
sebutan yang menerangkan bahawa kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan
dengan izin dari Allah.
Setiap masa,
kita akan bergantung kepada Allah, setiap kejayaan kita adalah dengan izin dari
Allah, kita hanya mampu berusaha bersungguh-sungguh, jika gagal , itu telah
ditetapkan oleh Allah.
Kita kena
yakin bahawa Allah tak akan menghampakan
usaha bersungguh-sungguh.
Insya Allah
adalah amalan akhlak yang mulia, ucapannya kan memberi erti bahawa kita hanya
bergantung harap kepada Allah setiap masa, hati kita bergantung kepada Allah, perbuatan
kita bergantung kepada Allah, Ucapan
Inysa Allah hendaklah seiring dengan niat dan tekad kita untuk melaksanakan apa
yang di “Insya Allah”kan. Bukan menjadikan Insya Allah sebagai mainan lafaz
untuk tidak melakukannya terutama janji yang di menterai.
Kerja
bertangguh tidak menjadi, jangan tangguhkan kerja, sebaliknya berusaha
menyiapkan kerja, dan kerja yang tidak siap barulah kita letakkan “Insya Allah”
sebagai ‘janji’ untuk disiapkan di waktu
lain. Janji tadi akan terlaksana hanya dengan Izin dari Allah.
18:23 Jangan
sekali-kali engkau katakan, “Ini akan kukerjakan besok”
18:24 Tapi
katakanlah, “Insya Allah”
Dan Ingatlah
kepada Tuhanmu jika engkau lupa, dan katakanlah, “semoga Tuhanku memberiku
petunjuk menemukan jalan yang lebih dekat kepada kebenaran.”
Sila rujuk
Al Quran, surah Al Kahfi 18: 23 -24
Surah yang
boleh dijadikan amalan bacaannya setiap hari Jumaat, 110 ayat, panjang…,
cara mudah
nak habiskannya, (cadangan saja, kepada yang kurang mampu menghabis sekaligus, cadangan ini bukan kafiat amalan surah Al Kahfi, sekadar cara penyelesaian untuk habiskan 110 ayat surah tersebut,)
selepas maghrib, 16 ayat (1-16),
selepas Isyak
15 ayat (17 -31),
selepas
subuh 19 ayat (32 -50),
Sebelum Zuhur 24 ayat (51 – 74),
Selepas Zuhur 24 ayat (75 -98)
Dan
Selepas Asar 12 ayat. (99 – 110)
Atau
peruntukan sedikit waktu untuk bacaan sekaligus, itu adalah lebih baik.
Banyak
khasiat dan mujarabnya surah Kahfi ini, jadikan amalan selalu, antara
khasiatnya adalah bebas dari fitnah Dajjal. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment