Assalamualaikum wbt.
Peringatan :
artikel ini bukan fakta sebenar calon wanita syurga, hanya sekadar usikan sahaja dari sebaris cerita benar
dan berbaris-baris yang ditambah-tambah untuk sedap cerita.
Biodata
Saya.
1. Umur saya 42 tahun
2. Saya tak berbual dengan bukan muhrim
3. Saya berkawan dengan kawan-kawan
perempuan saja.
4. Fb saya dah taubat, dulu ada le
upload foto macam cantik macam comel , bila secret admire ambil foto saya , terus saya blok
admire tadi. Siap saya marah lagi kat secret admire tu bila saya tahu.
5. Ramai lelaki yang suka kat saya tapi
saya tak layan, ada yang menangis lentok
minta nak jadi friend fb je. Kalau minta jadi boyfriend entah entah meraung berguling-guling.
6. Tapi kalau ustaz-ustaz yang selalu
dalam tv, alim - alim gitu saya layan le eg UAI,PU Fakhrul ke, Imam muda ke, Ustaz Hazlin Bollywood ke, Ust Don ke , ust
don’t touch dog ke. Saya layan le..
7.
Sebenarnya kalau dapat ustaz yang hensem macam Shah Rukh Khan ke, Salman
Khan ke, Genghis Khan ke, tak makhan pun tak pe. Mahir Zain Khan pun ok. (awak, mahir zain mana ada khan dihujung
nama, Hj lutfi saja je, tak daftar nama Lutfi Khan masa kecik-kecik dulu)
8. Orang lain jangan dok concern kat
saya, saya ada mak bapa yang boleh jaga saya, lelaki lain apa sibuk-sibuk. Saya
anak yang taat kepada Allah dan ibu bapa.
Kegemaran
saya.
1. Saya suka tengok tv, kalau bukan
muhrim call nak cakap dengan saya, senang cerita nak mengurat le tu, saya beritahu yang saya nak tengok tv.
2. Saya akan blok no telefon lelaki yang
saya tak suka, tak faham-faham lagi ke,
kalau dah kena blok. Saya tak suka diganggu, siapa ganggu saya, saya repot kat
bos saya.
Cita-cita saya.
1. Saya nak jadi isteri solehah, saya
harap dapat suami yang baik sangat, tak tipu tipu, jujur, tak bohong-bohong,
memahami perasaan saya. Caring gitu, sharing is caring, Walau sudah kahwin saya nak duduk dengan mak bapa saya,
sebab saya anak yang taat pada ibu bapa, ye lah nak jadi anak yang solehah.
2. Saya mahu suami yang perfect 100 % ,
bukan jenis yang tak boleh dipercayai spt
blogger hj lutfi, (hj lutfi juga yang kena) itu orang tak
boleh dipercayai, nama saja haji, pandai mengata kat orang, tak ingat dosa. Tak
ingat mati, taubat le sikit, orang tu tak
ada dalam senarai ai, . Tak ada dalam carta hati ai. lagu Najwa Latif gitu.
3. I tak nak komen lagi, nanti mengata
kat orang pula, tak bau syurga you, berdosa.. Astagfirullah hal azim.
Soalan : Adakah awek yang saya cerita diatas calon wanita
syurga ?
Jawapan : Ya memang calon, setiap wanita dan lelaki beriman adalah calon ahli syurga.