Gambar hiasan dari google.
Mr
Istikharah.
Adakah kita
memaksa Allah mengikut kehendak diri?.
Sekadar
mencetus persoalan dan menilai diri, mengimpikan sesuatu yang terbaik tanpa
menilai kebaikan yang kita telah lakukan. Baik bagi kita tidak semestinya baik
dalam ketentuan Allah.
Objektif
entry kali ini adalah untuk menyedarkan kita supaya berpijak dibumi nyata
sebelum mengapai awan dilangit. Bila pembaca meneliti entry ini mereka akan
bermuhasabah diri dan kembali menyerah diri kepada Allah SWT.
Baca dialog
dibawah; (Hj = penemubual, Cik nenek = orang yang ditemubual)
Di suatu
lokasi yang dirahsiakan, waktu yang dirahsiakan, nama sebenar yang dirahsiakan,
siapa banyak simpan rahsia dialah hebat… (berbanding dengan orang yang tak ada
rahsia)
Hj : Kenapa
nenek sampai sekarang tak kahwin ?
Cik nenek :
Bukan nenek tak mau kahwin, tapi nenek harap Mr istikharah yang datang dalam
mimpi nenek datang meminang.
Hj : Siapa
Mr Istikharah nenek ?
Cik nenek :
Mahir Zain.
Hj : Oo..
begitu, Tak apalah nenek, kalau Mahir
Zain tak datang juga…
Cik nenek :
Nenek akan tunggu sampai mati, Insya Allah di syurga kami mungkin bertemu
jodoh.
Hj : Lagu ni
lah nenek,(lohhat Kedah betoi, bukan loghat orang Kuala Nerang dan Pedu) , Lagu
ni lah nenek, balik ke harapan nenek,
nenek sebenarnya suka lelaki macam mana, masa muda dulu ?
Cik nenek :
ehh.. malulah nak cakap..
Hj : (dlm
hati,.. dah tua-tua macam ni pun ada malu juga, ye lah malu tandanya ada iman..). Alah.. cakap le nenek, saya nak
dengar. Cakap le, lelaki yang macam mana idaman nenek…, alah cakap le..
Cik nenek : Lelaki
tu mestilah jujur , nenek tak suka lelaki yang pandai tipu-tipu, ,mestilah tak pandai nak menyamar jadi orang tu, jadi orang ni, pendek kata
mestilah jujur.
Hj : Lagi
nenek..
Cik nenek :
Lelaki tu mestilah seorang yang bila kali pertama nenek lihat dia, terus nenek
rasa suka, kalau macam blogger
Hjlutfi-choras, tolong sikit, tak berkenan langsung, sekali pandang
terus menyampah. Orang macam tu tak ada dalam senarai nenek, tapi kalau Mahir
Zain, sekali nenek lihat dia terus jatuh cinta, bila nenek buat solat
istikharah, asyik naik muka dia saja, itu lah yang nenek yakin dia adalah my
destiny.
Hj : Eh eh
nenek ..so sweet.., Mahir Zain gitu.
Cik nenek :
(tersenyum.. malu-malu gitu..) ia lah, itu yang nenek sanggup lansia begini.
Hj: Nenek..
Zizan ke, nenek tak suka ?, dia orang sekampung nenek, muda lagi tu, tak pun
Ustaz Azhar Idrus, Salim yang nyanyi lagu Ganu kite, nenek tak suka ke ?
Cik nenek : Sorry..
Zizan tu pendek, rendah muka saja ensem, Salim pula, eh.. faham-faham je lah,
Ustaz Azhar Idrus lagi nenek tak suka, dah ada dua isteri, dari nak bermadu
biar nenek jadi andalansia.
Hj : Apa
salahnya kalau UAI, dia kan baik, alim lagi tu, ramai orang suka kat dia,
tambah-tambah kalau dia kata bodow.. (sleng ganu sikit)
Cik nenek :
Biar dia alim malim ke, nenek tetap dengan pendirian nenek, nenek akan terima
orang yang nenek suka saja.
Hj : Ramai
agaknya yang frust kerana nenek ? dulu-dulu..
Cik nenek :
Biar depa frust, apa nenek peduli..
Hj : Ait..
nenek dah cakap loghat Kedah..
Cik nenek :
Tersasul, ikut hang la… dok kata depa, hang, depa hang, nenek pun dah jadi
orang Kedah pulak.
Hj : Itu
tandanya nenek dah ada hati kat orang Kedah.
Cik nenek:
Sorry.. nenek tetap dengan Mahir Zain.
Hj : Nenek,
orang Kedah ni, Nampak kasaq, sebab bahasa depa lagu tu, tapi baik…, baguih,
bertanggungjawab, boleh buat laki.., tak pa lah , balik ke soalan seterusnya, lelaki lagu mana lagi yang nenek impikan ?
Cik nenek :
Nenek nak lelaki yang bertanggungjawab, lelaki yang nenek tak hilang
kepercayaan kepadanya, kerana sifat ni penting untuk memimpin keluarga nenek,
kalau pandai tipu, ‘bijak sangat’ sudah tentu menyusahkan, tak boleh
dipercayai, biarlah lelaki itu lurus, baik sangat..
Hj : Tinggi
impian nenek, ada ke lelaki macam tu ?. Saya pun dah hilang akai nak Tanya
soalan lagi.
Cik nenek :
Nenek baru saja syok nak cerita, hang dah habis soalan, potong stim.
Hj : Tak pa
, ni soalan cepu mas, Mahir Zain ada ke semua tu, baik, jujur, amanah, tabligh
, fatonah, penyayang, faham loghat Kedah, tak ‘bijak le sangat’, boleh memimpin
rumahtangga. Nenek dah kaji ke?
Cik nenek :
Tak pe. Asalkang itulah Mr Istikharah nenek. Nenek boleh ajar dia makang dalam
pinggang, minum dalang cawang. Gi kedai payang, ada jau budu dan belacang.batik
tembaga macang –macang, Dak seda hari
dah malan. Na, na nanan na, ganu kite..
Kesimpulan
Hjlutfi-choras; rezeki, jodoh dan ajal semuanya adalah ketentuan Allah swt,
pandai-pandailah kita menilai dengan ilmu, rezeki kalau diusaha akan mendapat
lebih tapi pastikan berkat, jodoh kalau diusaha pasti dapat, pastikan kita
tidak memaksa Allah swt menurut kehendak kita, berpada-pada membuat penilaian
dengan garis panduan yang ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah. Ajal , suatu yang pasti Cuma kita tidak tahu, bila,
dimana dan penyebabnya.