Thursday, October 30, 2014

Calon Wanita Syurga !!! ?



Assalamualaikum wbt.

Peringatan : artikel ini bukan fakta sebenar calon wanita syurga, hanya sekadar usikan sahaja dari sebaris cerita benar dan berbaris-baris yang ditambah-tambah untuk sedap cerita.

Biodata Saya.

1.     Umur saya  42 tahun

2.     Saya tak berbual dengan bukan muhrim

3.     Saya berkawan dengan kawan-kawan perempuan saja.

4.     Fb saya dah taubat, dulu ada le upload foto macam cantik macam comel , bila secret admire ambil foto saya , terus saya blok admire tadi. Siap saya marah lagi kat secret admire tu bila saya tahu.

5.     Ramai lelaki yang suka kat saya tapi saya tak layan, ada yang menangis lentok  minta nak jadi friend fb je. Kalau minta jadi boyfriend  entah entah meraung berguling-guling.

6.     Tapi kalau ustaz-ustaz yang selalu dalam tv, alim - alim gitu saya layan le eg UAI,PU Fakhrul ke, Imam muda ke,  Ustaz Hazlin Bollywood ke, Ust Don ke , ust don’t touch dog ke. Saya layan le..

7.     Sebenarnya kalau dapat ustaz yang hensem macam Shah Rukh Khan ke, Salman Khan ke, Genghis Khan ke, tak makhan pun tak pe. Mahir Zain Khan pun ok. (awak, mahir zain mana ada khan dihujung nama, Hj lutfi saja je, tak daftar nama Lutfi Khan masa kecik-kecik dulu)

8.     Orang lain jangan dok concern kat saya, saya ada mak bapa yang boleh jaga saya, lelaki lain apa sibuk-sibuk. Saya anak yang taat kepada Allah dan ibu bapa.

 

Kegemaran saya.

1.     Saya suka tengok tv, kalau bukan muhrim call nak cakap dengan saya, senang cerita nak mengurat le tu,  saya beritahu yang saya nak tengok tv.

2.     Saya akan blok no telefon lelaki yang saya tak suka, tak  faham-faham lagi ke, kalau dah kena blok. Saya tak suka diganggu, siapa ganggu saya, saya repot kat bos saya.

 

Cita-cita saya.

1.     Saya nak jadi isteri solehah, saya harap dapat suami yang baik sangat, tak tipu tipu, jujur, tak bohong-bohong, memahami perasaan saya. Caring gitu, sharing is caring, Walau sudah kahwin saya nak duduk dengan mak bapa saya, sebab saya anak yang taat pada ibu bapa, ye lah nak jadi anak yang solehah.

2.     Saya mahu suami yang perfect 100 % , bukan jenis yang tak boleh dipercayai spt  blogger  hj lutfi, (hj lutfi juga yang kena) itu orang tak boleh dipercayai, nama saja haji, pandai mengata kat orang, tak ingat dosa. Tak ingat mati, taubat le sikit,  orang tu tak ada dalam senarai  ai, .  Tak ada dalam carta hati  ai. lagu Najwa Latif gitu.

3.     I tak nak komen lagi, nanti mengata kat orang pula, tak bau syurga you, berdosa.. Astagfirullah hal azim.

 

Soalan : Adakah awek yang saya cerita diatas calon wanita syurga ?

Jawapan : Ya memang calon, setiap wanita dan lelaki beriman  adalah calon ahli syurga.
 
Hjlutfi-choras: kita diberi akal untuk pilih syurga ke neraka, kalu pilih syurga buatlah kebaikan, kalau pilih neraka buatlah maksiat. Taubat-taubat lah. Minta ampun dan maaf dari semua.

Tuesday, October 28, 2014

Mr Istikharah - adakah kita memaksa Allah mengikut kehendak diri ?

Gambar hiasan dari google.
 
 

Mr Istikharah.

Adakah kita memaksa Allah mengikut kehendak diri?.

Sekadar mencetus persoalan dan menilai diri, mengimpikan sesuatu yang terbaik tanpa menilai kebaikan yang kita telah lakukan. Baik bagi kita tidak semestinya baik dalam ketentuan Allah.

Objektif entry kali ini adalah untuk menyedarkan kita supaya berpijak dibumi nyata sebelum mengapai awan dilangit. Bila pembaca meneliti entry ini mereka akan bermuhasabah diri dan kembali menyerah diri kepada Allah SWT.

Baca dialog dibawah; (Hj = penemubual, Cik nenek = orang yang ditemubual)

Di suatu lokasi yang dirahsiakan, waktu yang dirahsiakan, nama sebenar yang dirahsiakan, siapa banyak simpan rahsia dialah hebat… (berbanding dengan orang yang tak ada rahsia)

Hj : Kenapa nenek sampai sekarang tak kahwin ?

Cik nenek : Bukan nenek tak mau kahwin, tapi nenek harap Mr istikharah yang datang dalam mimpi nenek datang meminang.

Hj : Siapa Mr Istikharah nenek ?

Cik nenek : Mahir Zain.
Hj : Oo.. begitu,  Tak apalah nenek, kalau Mahir Zain tak datang juga…

Cik nenek : Nenek akan tunggu sampai mati, Insya Allah di syurga kami mungkin bertemu jodoh.

Hj : Lagu ni lah nenek,(lohhat Kedah betoi, bukan loghat orang Kuala Nerang dan Pedu) , Lagu ni lah nenek,  balik ke harapan nenek, nenek sebenarnya suka lelaki macam mana, masa muda dulu ?

Cik nenek : ehh.. malulah nak cakap..

Hj : (dlm hati,.. dah tua-tua macam ni pun ada malu juga, ye lah malu tandanya ada  iman..). Alah.. cakap le nenek, saya nak dengar. Cakap le, lelaki yang macam mana idaman nenek…, alah cakap le..

Cik nenek : Lelaki tu mestilah jujur , nenek tak suka lelaki yang pandai tipu-tipu, ,mestilah  tak pandai nak menyamar  jadi orang tu, jadi orang ni, pendek kata mestilah jujur.

Hj : Lagi nenek..

Cik nenek : Lelaki tu mestilah seorang yang bila kali pertama nenek lihat dia, terus nenek rasa suka, kalau macam blogger  Hjlutfi-choras, tolong sikit, tak berkenan langsung, sekali pandang terus menyampah. Orang macam tu tak ada dalam senarai nenek, tapi kalau Mahir Zain, sekali nenek lihat dia terus jatuh cinta, bila nenek buat solat istikharah, asyik naik muka dia saja, itu lah yang nenek yakin dia adalah my destiny.
Hj : Eh eh nenek ..so sweet.., Mahir Zain gitu.

Cik nenek : (tersenyum.. malu-malu gitu..) ia lah, itu yang nenek sanggup lansia begini.

Hj: Nenek.. Zizan ke, nenek tak suka ?, dia orang sekampung nenek, muda lagi tu, tak pun Ustaz Azhar Idrus, Salim yang nyanyi lagu Ganu kite, nenek tak suka ke ?
Cik nenek : Sorry.. Zizan tu pendek, rendah muka saja ensem, Salim pula, eh.. faham-faham je lah, Ustaz Azhar Idrus lagi nenek tak suka, dah ada dua isteri, dari nak bermadu biar nenek  jadi andalansia.



Hj : Apa salahnya kalau UAI, dia kan baik, alim lagi tu, ramai orang suka kat dia, tambah-tambah kalau dia kata bodow.. (sleng ganu sikit)

Cik nenek : Biar dia alim malim ke, nenek tetap dengan pendirian nenek, nenek akan terima orang yang nenek suka saja.

Hj : Ramai agaknya yang frust kerana nenek ? dulu-dulu..

Cik nenek : Biar depa frust, apa nenek peduli..

Hj : Ait.. nenek dah cakap loghat Kedah..

Cik nenek : Tersasul, ikut hang la… dok kata depa, hang, depa hang, nenek pun dah jadi orang Kedah pulak.

Hj : Itu tandanya nenek dah ada hati kat orang Kedah.

Cik nenek: Sorry.. nenek tetap dengan Mahir Zain.

Hj : Nenek, orang Kedah ni, Nampak kasaq, sebab bahasa depa lagu tu, tapi baik…, baguih, bertanggungjawab, boleh buat laki.., tak pa lah ,  balik ke soalan seterusnya, lelaki  lagu mana lagi yang nenek impikan ?

Cik nenek : Nenek nak lelaki yang bertanggungjawab, lelaki yang nenek tak hilang kepercayaan kepadanya, kerana sifat ni penting untuk memimpin keluarga nenek, kalau pandai tipu, ‘bijak sangat’ sudah tentu menyusahkan, tak boleh dipercayai, biarlah lelaki itu lurus, baik sangat..

Hj : Tinggi impian nenek, ada ke lelaki macam tu ?. Saya pun dah hilang akai nak Tanya soalan lagi.

Cik nenek : Nenek baru saja syok nak cerita, hang dah habis soalan, potong stim.

Hj : Tak pa , ni soalan cepu mas, Mahir Zain ada ke semua tu, baik, jujur, amanah, tabligh , fatonah, penyayang, faham loghat Kedah, tak ‘bijak le sangat’, boleh memimpin rumahtangga. Nenek dah kaji ke?

Cik nenek : Tak pe. Asalkang itulah Mr Istikharah nenek. Nenek boleh ajar dia makang dalam pinggang, minum dalang cawang. Gi kedai payang, ada jau budu dan belacang.batik tembaga macang –macang,  Dak seda hari dah malan. Na, na nanan na, ganu kite..


 
Kesimpulan Hjlutfi-choras; rezeki, jodoh dan ajal semuanya adalah ketentuan Allah swt, pandai-pandailah kita menilai dengan ilmu, rezeki kalau diusaha akan mendapat lebih tapi pastikan berkat, jodoh kalau diusaha pasti dapat, pastikan kita tidak memaksa Allah swt menurut kehendak kita, berpada-pada membuat penilaian dengan garis panduan yang ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah. Ajal ,  suatu yang pasti Cuma kita tidak tahu, bila, dimana dan penyebabnya.
 
 

 








Monday, October 27, 2014

Sila adili, tipu atau muslihat ?


Assalamualaikum wbt.

Hjlutfi:  saya ingin menarik perhatian pembaca, untuk menilai kisah Akasyah, ini kisah benar dari sirah Nabi. Sekadar melontar persoalan agar kita dapat bezakan antara tipu dan muslihat (untuk kebaikan). Di akhir kisah ini saya mahu para pembaca menentukan samada cerita yang saya tulis ini sebagai tipu atau muslihat, teruskan membaca.

Seorang kawan, selepas ini disebut En. X  memberitahu bahawa dia banyak kali menghantar sms dan menelefon seorang  gadis yang dia suka, selepas ni di sebut Cik J. Malangnya tiada balasan dari Cik J, untuk memastikan bahawa nombor yang didail tadi betul-betul wujud dan pemiliknya masih lagi wujud, maka En X menggunakan nombor lain lalu mendail nombor  Cik J. Ada nada dering, berbanding semasa En X menggunakan nombor biasanya, rupanya nombor En X telah di blok oleh Cik J.  Tak pasti samada SMS masuk atau tidak. Tiada kepastian hingga hari ini.

Walaupun ada nada dering, tetapi tidak dijawab oleh Cik J. En X menggunaka akal dengan menghantar satu sms dengan bertanya “adakah ini  no tel. Kak J (ganti nama Cik J, untuk tujuan mendapat respon dari Cik J). Rupa-rupanya ada respon apabila Cik J membalas bertanyakan siapa yang hantar masej  Tanya no tel Kak J.

En X. memberitahu Cik J bahawa itu adalah no nya yang lain, dia berbuat demikian kerana untuk pastikan no yang didail masih wujud atau tidak?. Malangnya  Cik J marah sakan dan menuduh En X, seorang penipu, menyamar dengan memanggilnya Kak J dan memberitahu dia sudah tidak mempercayai En X. kerana insiden yang dianggap ‘tipu’ oleh Cik J. diringkas cerita Cik J dan En X, putus hubungan walau belum berhubung.

Jadi saya ingin bertanya, walaupun tak dapat baiki hubungan mereka berdua, adakah anda bersetuju untuk mengatakan En X adalah penipu kerana menyamar dengan menghantar masej dengan nombor lain untuk dapat respon dari Cik J atau itu hanya satu muslihat untuk kebaikan seperti kisah Akasyah. (yg sudah pasti bermuslihat untuk memeluk Nabi SAW, tiada cara lain nak peluk Nabi SAW hanya dengan sedikit muslihat, dan saya percaya Nabi SAW sudah tahu akan muslihat Akasyah).

 

Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.
Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya.
Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid.
Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke
masjid.
Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat.
Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.


Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata :
"Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan
suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak di
sembah".
Rasulullah S.A.W. berkata :
"Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka".
Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa
yang baginda perkatakan , akan dibenarkan oleh semua para sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata :
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan
segala urusan dengan manusia.
Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut.
Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan manusia".
Ketika itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada
Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang
dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata :
"Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".
Rasulullah S.A.W. berkata :
"Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita :
"Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti
tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku
kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".
Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata :
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku
akan terima hal yang sama".
Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata :
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian.
Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah....
"Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"
Akasyah tidak menghiraukan semua itu.
Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.
Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya :
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada sedih :
"cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata :
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak
pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab :
" Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.
Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata :
"Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku.......aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W :
"Duduklah kamu wahai Abu bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata :
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad.
Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W :
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan.......tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata :
"Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W :
"Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah" .
Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.
Mereka berdua merayu dan
meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit........pukullah kami
wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".
Lalu Rasulullah S.A.W berkata :
"Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata :
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah.
Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini".
Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik.
Baginda meminta beberapa orang sahabat
memapahnya ke bawah.
Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi :
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".
Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka baju.
Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata :
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan.
Nanti Tuhan akan murka pada kamu".
Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang
memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.
Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata :
"Ya Rasulullah, ampunkanlah aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku
ya Rasulullah".
Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata :
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada
Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing.
Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.
Posted on Sunday, October 26 @ 10:38:53 MYT by ahmadi  selatanonline.net.

Tuesday, October 21, 2014

Kepulangan Haji dan Hajjah

 
 
Assalamualaikum wbt
 
Semoga membawa pulang haji yang mabrur,
 

 

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.[2:200]
 
 
 

 
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. [2: 201]
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya[2:202]
hjlutfi: kepada sahabat-sahabat dan semua yang membaca entry ini, (Nabi Ibrahim AS telah menyeru supaya mengerjakan ibadat haji)
Saya mengajak, segeralah mendaftar untuk mengerjakan haji,(buka akaun TH dan daftar haji, jangan salah faham antara buka akaun dan daftar haji, daftar haji sekurang-kurangnya ada RM 1300 dalam akaun, kalau dah daftar dan giliran lambat lagi, segeralah buat surat rayuan supaya dapat pergi mengerjakan haji dalam usia sekarang.

Wednesday, October 15, 2014

Sebutan "Insya Allah" adalah amalan yang baik

 

Assalamualaikum wbt.

Perkataan atau sebutan Isnya Allah yang sering anda dengar dari kawan-kawan Islam, adalah sebutan yang menerangkan bahawa kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan izin dari  Allah.

Setiap masa, kita akan bergantung kepada Allah, setiap kejayaan kita adalah dengan izin dari Allah, kita hanya mampu berusaha bersungguh-sungguh, jika gagal , itu telah ditetapkan oleh Allah.

Kita kena yakin bahawa  Allah tak akan menghampakan usaha bersungguh-sungguh.

 

Insya Allah adalah amalan akhlak yang mulia, ucapannya kan memberi erti bahawa kita hanya bergantung harap kepada Allah setiap masa, hati kita bergantung kepada Allah, perbuatan kita bergantung kepada Allah,  Ucapan Inysa Allah hendaklah seiring dengan niat dan tekad kita untuk melaksanakan apa yang di “Insya Allah”kan. Bukan menjadikan Insya Allah sebagai mainan lafaz untuk tidak melakukannya terutama janji yang di menterai.

Kerja bertangguh tidak menjadi, jangan tangguhkan kerja, sebaliknya berusaha menyiapkan kerja, dan kerja yang tidak siap barulah kita letakkan “Insya Allah” sebagai ‘janji’  untuk disiapkan di waktu lain. Janji tadi akan terlaksana hanya dengan Izin dari Allah.
 
 
18:23 Jangan sekali-kali engkau katakan, “Ini akan kukerjakan besok”
 
18:24 Tapi katakanlah, “Insya Allah”
Dan Ingatlah kepada Tuhanmu jika engkau lupa, dan katakanlah, “semoga Tuhanku memberiku petunjuk menemukan jalan yang lebih dekat kepada kebenaran.”
Sila rujuk Al Quran,  surah Al Kahfi 18: 23 -24
Surah yang boleh dijadikan amalan bacaannya setiap hari Jumaat, 110 ayat, panjang…,
cara mudah nak habiskannya, (cadangan saja, kepada yang kurang mampu menghabis sekaligus, cadangan ini bukan kafiat amalan surah Al Kahfi, sekadar cara penyelesaian untuk habiskan 110 ayat surah tersebut,)
selepas maghrib, 16 ayat (1-16),
selepas Isyak 15 ayat (17 -31),
selepas subuh 19 ayat (32 -50),
Sebelum Zuhur  24 ayat (51 – 74),
Selepas Zuhur  24 ayat (75 -98)
Dan
Selepas Asar  12 ayat. (99 – 110)
 
Atau peruntukan sedikit waktu untuk bacaan sekaligus, itu adalah lebih baik.
Banyak khasiat dan mujarabnya surah Kahfi ini, jadikan amalan selalu, antara khasiatnya adalah bebas dari fitnah Dajjal. Insya Allah.

 
 


Thursday, October 9, 2014

UtusanDaily: Suami Isteri...Kena Baca Nie.. (Sorry..ada unsur2 ...

Assalamualaikum wbt.
Saya petik satu entry dari UtusanDaily untuk tuan/puan yang membaca blog ini.
Klik tajuk  dibawah
UtusanDaily: Suami Isteri...Kena Baca Nie.. (Sorry..ada unsur2 ...: Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga   Assalamualaikum wbt..

gambar hiasan (Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasi...

Tuesday, October 7, 2014

Marah

 
Assalamualaikum wbt.
 
 
 
 
 
Gambar hiasan dari google: ini marah terlampau.
 
 

Mengikut ahli psikologi marah merujuk kepada situasi bergelojaknya darah dalam hati untuk menolak gangguan yang dibimbangi terjadi atau kerana ingin membalas dendam kepada orang yang menimpakan gangguan terhadapnya.

 

Menurut kajian psikologi lagi, kemampuan mengawal marah termasuk dalam kecerdasan emosi yang sangat penting dalam kehidupan. Marah adalah antara perasaan yang paling sukar dikawal.

 

Biasanya orang yang gagal mengawal marah tidak akan dapat mengawal akal fikirannya. Dia menjadi tidak rasional, bertindak kasar, ganas dan adakalanya sangat kejam. Apabila marah reda, barulah si pemarah menyesali tindakannya.

 

Cara mudah lupa marah, 1. Ambil tasbih mulakan zikir SubhanAllah, Alhamdulillah, Lai Illah…, Allah huakbar.

 

Firman Allah;



Terjemahan,

“Dan segeralah kamu kepada ampunan tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumiyang disediakan untuk orang bertakwa.
 Orang yang menafkahkan hartanya, baik pada waktu lapang dan sempit dan orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah mengasihi orang yang berbuat kebajikan”

(Ali ‘Imran 3: 133 – 134)
 
1. Hakikatnya; manusia biasa akan terus marah, malah berdendam
2. Allah suruh segera taubat kerana ganjarannya adalah syurga.
3. Sebagai individu muslim. saya mohon maaf dari semua orang yang mana saya telah timbulkan kemarahan mereka secara sedar atau tidak.