Assalamualaikum wbt.
Walau saya penyokong PAS, semua diatas hanya keseronokan pilihanraya, apa nak bantah sangat kalau setakat TPM kata diabetis berpunca dari gula, Tan Sri Azizan kena diabetis, sudah tentulah punca dari gula. gimik semua tu.
Satu penempatan berpusat, rumah disekeliling bukit, bukit dikelilingi sawah padi. Boleh dihubungi melalui jalan Alor Setar/ Kota Sarang Semut ke Pendang, atau jalan kampung melalui Bukit Besar jika melalui jalan Alor Setar/Kota Sarang Semut ke Sg Petani/Guar Cempedak, Gurun Bedong, Sg Lalang. Atau jalan ban sungai tepi Sungai Sala/ Sg Choras
Atau jika anda dari KL melalui lebuh raya PLUS keluar melalui Tol Pendang, kemudian menghala Kota Sarang Semut, dalam perjalanan akan temui Kok Bah (Kobah), kg yang ada nama dalam peta Malaysia kerana disitu ada stesen keretapi, kemuadian akan jumpa SK Bukit Choras, belok kiri untuk masuk ke Kg Bukit Choras yang sebenar, yang tepi jalan adalah Bukit Choras juga tapi dalam Parlimen Pendang,
'Pembangunan" apa yang ada di Bukit Choras Dalam. Tiada balairaya, tiada dewan orang ramai, tiada tadika , tiada taska, tiada PASTI, tiada Pejabat Pos, tiada sekolah. Kini saya tidak boleh berkongsi dengan Bukit Choras Luar daerah Pendang, mereka lebih mudah menerima pembangunan kerana mudah akses, berada tepi jalan utama, tapi saya tidak boleh pisahkan antara dua lokasi ini, kedua-duanya adalah Bukit Choras. Kedua-duanya adalah saudara saya.
Bukit Choras Dalam Hanya ada Infrastruktur asas seperti air, elektrik dan jalan mini tar, Ada sebuah masjid yang dibina atas inisiatif penduduk kampung, yang nampak jelas dari Jalan Sg Petani - Kota Sarang Semut adalah binaan kubur Cina.
Hanya sebuah kampung tradisional , penduduk terdiri dari golongan berumur yang mengerjakan sawah padi, beberapa orang muda kerja dengan kerajaan. Yang ada otak sikit kebanyakan tinggal diluar atau ditempat lain kerana tuntutan kerja.
Hanya seorang yang saya kira berjaya dari segi akademik iaitu Dr Yaacob bin Don, belajar di UPM kemudian menjadi Pegawai Penyelidik di MARDI Serdang, berkahwin dengan orang N. Sembilan, sekarang tinggal di Bandar Baru Bangi. Seorang lagi Dr Ahmad Ismail, Ketua Jabatan Biologi UPM, yang lain-lain biasalah setakat ijazah pertama, bila mendapat pekerjaan, masing-masing meninggalkan Bukit Choras.
Hanya orang tua terus mendidik anak mereka sehingga masuk universiti. Kini telah ramai yang berjaya dalam akademik berbanding 20 - 30 tahun lalu. Seperti yang saya kata tadi bila dapat kerja mereka akan meninggalkan Bukit Choras. Pembangunan dari segi intelektual agak terbatas kerana cerdik pandai telah meninggalkan kg halaman.
Rata-rata anak Bukit Choras akan belajar di SK Bukit Choras (dalam parlimen Pendang) seterusnya menyabung tkt 1 di SMK Muazzam , Kota Sarang Semut, SMK Pendang, Pondok Pak Ya (taufikiah Pdg Lumat), Pondok Pak Man (An Nadzoh). atau sekolah-sekolah terpilih lain.
Di Bukit Choras tiada ulamak dari dulu hingga sekarang, sekadar ada orang alim spt Hj Musa bin Mat. dan anaknya Hj Hussin bin Hj Musa , Hj Jusuh bin Hj Musa.(Hj Musa asal dari Salor, Pasir Mas Kelantan, kawan kepada Tn Guru Hj Aziz Pendang, pernah belajar dengan Tuk Kenali, Hj Musa adalah tok wan saya sebelah emak) Yang lain-lain hanya orang biasa yang patuh kepada ajaran Islam kadang-kadang tergelincir dan naik semula.
'Pembangunan' rohani agak terbatas, sekadar bacaan kitab di Masjid, namun saya bersyukr juga kerana orang yang menubuhkan Maahad Tahfis di Bukit Choras, sebuah institusi yang baik, yang 'tolong' bawa rahmat kepada penduduk Bukit Choras.
Lawatan TPM sempena kempen, tapi bagi saya ia gagal menarik undi kerana pelajar tahfiz bukan pengundi, anak orang Bukit Choras tak berapa ekoq dalam taffiz tersebut, dan orang tahfiz tabligh, silap-silap tak mengundi. Tapi saya turut menghargai TPM kerana bantuan kewajipan yang diberikan.
Dari segi politik, sejak dulu selepas Perikatan, sebahagian besar penduduk Bukit Choras memilih PAS sebagai wadah memperjuangkan Islam. Cuma beberapa 'terpelajar' memilih UMNO dengan harapan UMNO membawa kemajuan pembangunan dan kekayaan.
Abang Zul dan Kak Mahani pengusaha makanan, bukan nak marah mereka memilih UMNO, cuma lihatlah secara jelas hala tuju hidup kita, mengejar dunia tanpa melupakan akhirat, mengejar akhirat melalui Mihaj yang betul, memilih pemimpin yang akan pimpin kita didunia dan akhirat. Pemimpin UMNO akan salahkan penyokongnya di akhirat nanti kerana memilih mereka menjadi pemimpin, saya kata demikian kerana, eg Hey Najib, awat hang tak suruh bebudak hang solat, asyik rempit saja ?, Najib Jawab " saya bagi dah duit kat depa , suruh buat masjid, jalan pi masjid pun saya buh mini tar, cantik, depa tak solat, nak buat lagu mana ?". eh.. Najib cakap Kedah pulak. "Hang tak payah kelentong Najib, duit memang hang bagi, tapi hang anjur K-Pop, bebudak tu pi tengok K Pop la, cuba hang letak Ustaz Azhar Idrus, tentu ramai yang pi masjid, ustaz Kazim tak sah letak le, dia tu khofla sikit, dia tak tau dia sokong sapa".
Pemimpin yang tidak melaksanakan syariat Islam tidak patut disokong, sesiapa yang sokong juga ibarat sokong membawa rebah.
Abang Zul, ada minta ka titi masuk kampung kita, ayah saya minta banyak kali sangat, depa bagi macam-macam alasan, sebab ayah saya PAS, Abang Zul, UMNO, MADA kata, JKR, JKR kata Pembangunan Luar bandar, ni PRK pulak, tak kan depa tak bagi, Dulu masa Anwar UMNO dia mai dah Bukit Choras, dia kata dapat tembusi kubu kuar PAS, terpampang gambar Pak Lang Mat Isa, dikata penyokong UMNO, puas orang tu bertaubat menafikan. Jamil Khir pun dah dua kali mai Tahfiz tu, mai baca Khutbah di Masjid lagi, ni TPM mai, awat TPM mai naik heli ka, atau mai kut jalan ban, supaya dia tak nampak titi masuk kg kita.
Balairaya macam mana?. tak kan abang Zul kata tak dak tanah kut, memang kg kita tak dak tanah, tapi tanah kubur cina, depa boleh pusing sampai jadi kubur cina, asal tanah orang Melayu, tak tau le kalau ada seorang anak murid wong Fei hong yang mai mugar lebih awai dari hj Bali. Jangan buat balai raya depan rumah abang zul pulak, macam mana orang PAS nak guna nanti ?.
Tanah kubur macam mana?, ni Abang Zul, tanah kubur penting, dapatkan peruntukan tolak perata tanah wakaf belakang rumah tok siak, buat tembok keliling buat jalan supaya teratur macam "Taman peringatan tanah kubur cina" jangan meniaga sudah la. jangan duk harap orang PAS saja, depa tu kadang malu alah, tak mau buka sora, jaga keharmonian, orang muda macam Abang Zul le yang kena usaha.
Jalan keliling kampung macam mana ?
Idea saya, Abang Zul kena minta peruntukan, kato ke JCV ke buldozer ke, tolak tanah bukit tepi jalan dalam 6 kaki, tak kan sebab orang balik bukit bukan sokong UMNO, Abang Zul buat-buat lupa.
Abang Zul, minta tolong undi PAS satu kali, boleh, berani hijrah ?.
No comments:
Post a Comment