Assalamualaikum wbt.
Kehangatan PRK N20 Sg Limau makin terasa, siang malam jentera kerajaan Malaysia tolong berkempen untuk BN, esh.. tak tau malu ka ?. Duk guna hak kerajaan kemuadian dok klaim kata hak BN hak UMNO, memang spesis tak tau malu.
Tak pa lantak hampa. Satu program TV 1 , Dialog jam 10 mlm bertempat di Dewan Lukman Al Hakim, SMA Yan, Titi Serong, Yan, menampilkan Meja Jendral YB Dato Sri HJ Jamil Khir bin Baharom, orang Sedaka, geng Sedak Sejahtera ni, satu line. Duk satu line tapi geng lain.
Tak pasal-pasal pelajar SMA Yan kena berjaga malam untuk mendengar perkara yang tak sepatutnya didengar, iaitu sembang politik kempen BN.
Pokok perbincangan adalah berani Hijrah, sempena dengan Maal Hijrah yang akan datang. Beberapa soalan dan andaian hendak saya kemukakan disini.
Jika kita ambil contoh Hijrah masa Nabi Muhammad SAW, ada pihak yang musyrik, ada pihak yang beriman. Ada pihak yang jahatsatu pihak lagi baik, ada pihak memerintah, ada pihak diperintah.
kalaulah hijrah zaman Nabi SAW dijadikan rujukan, maka inilah ceritanya.
1. Memakai songkok hitam (songkok adalah pakaian budaya bangsa, zaman 60 - 70 an geng pakai songkok menari, menyanyi sakan, tak caya tengok cerita P. Ramlee. berbanding pakai lebai/ kepiah putih, lebai (orang kg saya kata lebai rujuk kepada kepiah, ketayap) Lebai/kepiah putih dipakai untuk solat, pergi kenduri, orang mati, pemakaian kepiah putih adalah untuk perkara baik-baik belaka, kecualilah kalau UMNO kata menari dan menyanyi juga baik, boleh menenangkan fikiran, wujud silatulrahmi. Saya tanya, kita hendak hijrah dari mana, dari pakai songkok ke pakai lebai, atau dari pakai lebai ke pakai songkok.
2, Dasar PAS adalah Islam, manakala dasar UMNO adalah Bangsa. Islam tidak menggalakan bangsa atau asobiyah, kerana ini akan lebih menimbulkan rasa iri hati cemburu dan perkara yang tidak baik, terpaksa bela bangsa walau ada si celaka dalam bangsa. berbandin Islam , yang baik adalah prang baik amalan dan takwanya. jadi kita nak berhijrah dari mana ? dari UMNO/BN ke PAS atau PAS ke UMNO/BN ?
3. Pembangunan, BN memerintah akan memberi 'pembangunan material' seperti jalan raya, jeti, stesen bas , maksiat, masya Allah , digalakkan dan tak terkawal. PAS memerintah memberi 'pembangunan rohani' - mengajar orang bertakwa, kuat berusaha, berdoa, bantu membantu, mengajar bagi orang faham agama, lebih mirip seperti yang diajar oleh Nabi SAW. jadi kita nak berhijrah dari mana ? dari PAS ke UMNO atau dari UMNO ke PAS.
Penggunaan "BERANI HIJRAH" Nampak tidak tepat sebab orang Sg Limau dok faham dan telah difahamkan Hijrah adalah dari tidak baik ke baik, dari baik ke lebih baik. melainkan mereka yang mementingkan kebendaan akan terus menyokong slogan Berani Hijrah Jamil Khir.
KEKAL, kekal juga tidak berapa sesuai jika hendak dimanipulasikan, kamu akan kekal dengan keadaan sedia ada, tanpa sebarang perubahan, kamu akan dituduh menolak pembangunan. tapi saya yakin, ilmu yang di terapkan dan di tanam dalam jiwa orang PAS akan kekal memangkah PAS dalam PRK ini.
sekian, selamat mengundi, Selamat Tahun Baru Hijrah 1435H, terus kekal bersama PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment