Tuesday, October 29, 2013

Amaran kepada pengundi DUN Sg Limau,

Assalamualaikum wbt

2 kunca, 2 nalih, 6 gantang 1 cupak 2 kepui

Apa benda tu, rasa macam pernah dengar, familiar sangat dengan kunca dan nalih ni.

Pak Cik Makcik, Tok, Tok Wan, Abang Kakak , Adik..

Ni, check nak peringat, nak buka cerita amaran sikit. Dalam perang, Islam menang kerana dosa musuh. Jangan jadikan musuh menang dengan sebab dosa kita. Sama lah dalam PRK DUN Sg Limau ni, jangan musuh bendera biru menang sebab dosa kita,

Eh.. dosa kut mana, habaq sat .

Ni Check nak habaq bagi.

2 kunca, 2 balih, 6 gantang 1 cupak 2 kepui, dulu hak tu lah sukatan jakat padi yang selalu kita bawak keluaq, setiap kali mukui padi, kita wak keluaq jakat dulu, sebelum wak balik simpan dalam jelapang. La ni padi pun tak dan tengok, drebar lori terus bawa ke kilang LPN, kita terima duit ngan subsidi sekali, bila dapat duit kita lepa, jakat tah kemana, tau-tau duit habis belanja.

Tak wak keluaq jakat itulah dosa kita, 93 % pengundi Sg Limau adalah orang Melayu, depa ni kerja apa kalau tak buat bendang, yang pi kelaut ada le, yang kerja MADA, Pertanian, Pejabat haiwan, post ofis, JKR, kelang la, tak berapa ekoq, yang buat bendang kena keluaq jakat.

Nak kira 2 kunca, dua nalih, 6 gantang, 1 cupak, 2 kepui lagu mana. Memang susah, habaq teruih terang, check sendiri tak tau nak kira, sebab tu zaman pak saya depa main pukui rata, dapat 10 guni jalur hijau, depa bagi jakat 1 guni. makna dia 1 per sepuluh. Jakat padi adalah 1 per 10. Bijak lagi zaman pak saya, senang kira, kalau nak ikutkan lebih belambak dari yang patut wak keluaq. Hak lebih kira sedekah, kerjapun berkat.

Pejabat jakat dah tetap nisab jakat padi adalah seberat 1300.49 kilogram. Lagi senang lani, bila lori bawak ke kilang, timbang depa bagi tuaa, tengok la di tuaa tu berapa berat, darab dengan harga padi, harga padi termasuk subsidi kemudian darab 1 per sepuluh, 10 % dari jumlah harga tu, itulah zakat nya.


jakat = zakat (orang tua kedah dulu dulu sebut jakat)
tuaa = macam invois (tapi invois tauke buat bila jual barang, tuaa = tauke tolong
buat bagi pihak petaniyang jual barang, kena tipu lagi oleh tauke cina)
LPN = lembaga padi dan beras negara, la ni tak dak dah.

Pak Cik Mak Cik , Tok Tok Wan,Abang , kakak , adik. jangan lupa keluarkan zakat, jangan dok berdengki dengan orang yang gaji banyak tapi tak keluar zakat, itu urusan depa dengan Allah, kita tunaikan kewaji[an zakat yang kena atas kepala kita, kita tolong nasihat kawan-kawan sepetani dengan kita, supaya keluaq zakat, insya Allah usaha kita jadi ibadat dan berkat.

Kalau orang PAS yang kuat berjuang demi Parti Islam lupa keluarkan zakat, nanti Allah balas dengan kekalahan.

No comments:

Post a Comment