Friday, April 13, 2012

Orang Ni tak mahu pendidikan percuma

Assalamualaikum wbt.
Artikel di bawah ini saya ambil dari cursingmalay.blogspot. sebulan dua ni rasa berat kepala nak tulis sendiri,

Saya mulai dahulu dengan kata-kata saya,

Bukan semua orang dalam dunia ni mahu benda percuma, saya pun tengah berlatih tak mahu benda percuma pada perkara yang saya tak patut dapat secara percuma, seperti parking kawasan orang, saya sanggup bayar, masuk tandas orang, saya sanggup bayar, sebab itu hak orang. tapi kalau hak kita (yang diurus oleh kerajaan), saya mahu benda tu percuma walau saya mampu bayar apatah lagi kalau saya tak mapu bayar.

Maka dibawah ini petikan artikel yang saya maksudkan dari cursingmalay.blogspot.com


Sekumpulan penyokong tegar Barisan Nasional hari ini seramai 23 orang berarak ke Putrajaya dengan hasrat ingin memberikan surat sokongan untuk tidak mahu diberikan pendidikan secara percuma.



Menurut jurucakap kumpulan itu Ahmad Jauhari bin Naina Badhu yang berasal dari Pulau Pinang kumpulan ini ingin mendesak kerajaan supaya tidak membincangkan langsung mengenai sebarang kemungkinan pendidikan percuma hingga ke tahap tertiari diberikan kepada rakyat. "Jika pendidikan secara percuma diberikan kepada rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, bagaimana pula dengan nasib kolej dan universiti swasta yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara? Bagaimana masa depan mereka yang banyak membantu memajukan taraf hidup orang ramai?"

Kumpulan itu yang berarak dengan membawa sepanduk seperti "Kami Tidak Suka Pendidikan Percuma" dan "Kalau Dah Miskin Tak Payah Belajar" diberitakan gagal bertemu dengan Perdana Menteri kerana Perdana Menteri diberitakan sedang berada di Ipoh,Perak.

"Ini semua adalah satu salah faham antara pihak penganjur perarakan kerana kami terlupa untuk menyemak jadual Perdana Menteri kita yang sangat gigih bekerja mengakibatkan kami tidak dapat bertemu Datuk Seri Najib hari ini (semalam), " kata salah seorang peserta demo.

"Tapi apa yang kami lakukan hari ini adalah tidak sia-sia. Kami percaya masa depan Malaysia adalah lebih terjamin dari segi ekonomi jika semua rakyat membayar sendiri yuran pengajian mereka tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pendidikan percuma adalah tidak logik diamalkan di negara kita kerana wang tersebut lebih baik disalurkan untuk membina lebih banyak kawasan komersial yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi," kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Rahman.

"Jika pendidikan percuma dilaksanakan dan sistem meritokrasi dilaksanakan, sudah pastilah akan berkurangan pelajar Melayu di IPT tempatan kerana tempat mereka diambil oleh pelajar berbangsa Cina."

Ulasan berlainan pula dikeluarkan oleh salah seorang peserta demo."Saya cukup tak setuju pembangkang ingin memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kalau mereka memerintah. Saya belajar dulu saya bayar sendiri, saya buat pinjaman, ini semua tidak adil. Bagaimana pula dengan nasib kami generasi yang terpaksa membayar sendiri pelajaran kami?"

Apabila wartawan bertanyakan adakah perarakan mereka pada hari itu ada kaitan dengan cadangan pembangkang yang ingin menghapuskan PTPTN, jurucakap menegaskan "tidak ada langsung kaitan antara perarakan kami ini dengan PTPTN. Tapi kalau ditanya juga pandangan kami, kami juga amat tidak bersetuju PTPTN dihapuskan. Ini akan membuatkan ramai pelajar jadi manja dan naik lemak."

Kesimpulan yang wartawan kami dapat daripada perarakan besar-besaran tersebut adalah kumpulan ini tidak mahu pendidikan percuma dan juga tidak mahu sistem PTPTN dihapuskan. Mereka sudah selesa dengan sistem yang sedia ada.

"Tidak ada benda percuma lagi dalam dunia. Masuk tandas pun kena bayar, kerajaan sekarang ini dah terbeban dengan terlalu banyak tanggungan dan hutang," kata Ahmad Jauhari sambil diikuti dengan jeritan 1Malaysia dan Asal Bukan Anwar Ibrahim. (Iniberitapalsu)
....................

Ada 3 benda yang sepatutnya dalam 50 tahun memerintah ni yang sepatutnya dah perfect dan tak payah nak kacau-kacau lagi. Perubatan, pendidikan dan pengangkutan awam. Dah sempurna 3 asas tu kalau nak bina bangunan paling tinggi dalam dunia...binalah. Sayangnya, yang bukan keperluan tu jadi keutamaan.

Selagi Hospital Putrajaya suruh perempuan yang sakit nak beranak balik rumah dulu sebab katil tak cukup, tak payah nak claim kerajaan sekarang cukup bagus dan perlu dipilih untuk kesenangan rakyat.

No comments:

Post a Comment