Assalamualaikum wbt.
Minggu ini adalah minggu study di kolej saya, saya merasa gembira kerana pada minggu ini saya tidak perlu mengajar dalam kelas tutoran lagi selama seminggu. Bukan saya tidak suka mengajar, mengajar adalah kerja kegemaran saya dan punca rezeki saya, kalau tak ada pelajar tak adalah rezeki saya. (peringatan: Allah yang tentukan rezeki). Minggu depan adalah minggu peperiksaan yang akan berlangsung selama dua minggu, ini bererti selepas dua minggu saya akan bercuti. Yahooo.. cuti.
ek ele.. faham ke tidak ni..
Tapi kegembiraan untuk tidak mengajar di kelas turoran hanya seketika, bila dimaklumkan hari Khamis lepas bahawa, semua pensayarah perlu ada dalam kelas tutoran mengikut jadual seperti biasa, tunggu pelajar datang bertanya. Tak kisah le saya dapat rezeki kerana ada pelajar, kalau dibuatnya tak ada pelajar, tak bermaknalagh saya jadi pensyarah. Lagipun kami adalah pegawai kerajaan yang ada title “ saya yang menurut perintah”
Al kisah.
Hari ini saya selapas selesai baca Quran, sarapan, makan ubat, solat Israk, Istikharah dan hajat, saya pun segera ke Kolej, 3 minit sahaja dari rumah sewa ke kolej dengan motosikal (naik motor bro, motor cup khai pensyarah kanan naik motor je.. jimat minyak, ), selepas punch kad, saya terus ke bilik tutoran kerana saya yang menurut perintah, lintas di dataran, guru-guru kokurikulum sedang tunggu untuk buat senam robik dengan pelajar yang ‘stress’. (belum study dah stress, hebat budak kolej ni, bayangkan kalau dah study, stress giler..)
Sempat senyum dan salam dengan seorang pensyarah kokurikulum yang meng’handle’ acara senam robik. Acara belum bermula, set belum siap. Apa pensyarah tu kata ?. dia kata “saya yang menurut perintah”.
Kemudian saya ke kelas ada le seorang budak mata sepet duduk tunggu saya dalam kelas, biasa le budak ini setiap kali kelas dia datang awal dari kawan-kawan dia, study apa hari ini, ada apa mau tanya ?,
Dia geleng kepala sahaja, budak ni paham dah, “saya akan ada disini 1 jam, buat soalan pra pspm, kalau tak dapat jawab, sila tanya. “.
Saya duduk di kerusi meja guru, sambil ‘menelaah’ pelajaran saya, kuat kan kipas supaya lebih sejuk. Senam robik telah bermula, dia punya muzik dengan satu kolej, aduh stress…, Selang beberapa minit datang student lain kekelas saya, ayat standard le “ sorry cikgu lambat”.
“Cikgu macam mana mahu study, bunyi bising, study kat asrama lagi baik.” “ tadi penyelia halau kami suruh datang kelas” kata student perempuan itu. (saya faham penyelia asramapun – saya yang menurut perintah)
“tak apalah apa apa yang nak Tanya saya..” Tanya saya. Student jawab “tak ada apa nak tanya”
“Cikgu kenapa kena study kat sini, pada hal ni minggu study, kan senang kalau study kat asrama sahaja”. Soalan bisa dari pelajar.
“lepas pukul dua belas nanti awak study kat asrama” jawab saya. Yang stress terus dengan senam robik. Tadi ada pensyarah kanan (lebih kanan DG 52 ) bergegas ke kelas nya, sambil tengak saya dalam kelas. Maksudnya saya sampai dulu dari dia. Sebab tu dia tengok saya dalam kelas dan saya tengok dia sedang begegas ke kelas.
Selesai satu jam, seperti biasa saya akan rehat-rehat dalam kelas tersebut, kerana mengikut jadual tiada kelas selepas waktu saya, dan saya pun tiada kelas selepas jam sembilan. Saya nampak beberapa pelajar perempuan berlegar-legar dekat blok tutoran tersebut. Waktu ini hanya saya seorang tak ada student .
“Cikgu, boleh kami guna kelas ini, kelas lain dah ada orang”. Masuk le , ada cikgu kamu ke ? Tanya saya. “ tak .. kami sahaja..” balas student tadi.
“Buatlah kerja kamu, anggap saya tiada disini” jawab saya. Saya teruskan rehat saya. (pelajar ini masing-masing mencari privacy untuk mengulangkaji pelajaran di minggu study., alangkah lebih privacy kalau diasrama masing-masing, atau dilibrary)
Lepas setengah jam merehat diri, barulah saya bergerak kesurau, singgah solat duha, ada seorang kawan baru selesai solat duha dan sedang baca Quran. Saya berbual dengan dia, dan dia jawab “saya yang menurut perintah”. Lepas olat duha , pukul sepuluh saya terus ke kelas totoran berikutnya, terpaksa tunggu lama diluar kerana ada seorang guru matematik sedang mengajar, tak mahu saya ganggu pelajar yang belum paham-paham walau sudah satu semester belajar matematik.
Tiga orang pelajar saya gelisah kerana mahu masuk kelas tersebut, mereka suruh saya ‘halau’ pelajar keluar. Saya kata, sabar le sekejab, biar guru tadi selesaikan tugas beliau. 10 minit juga terpaksa menunggu di koridor. Kemudian kami masuk.
“cikgu, dari 8.00 am kami pusing cari kelas, tapi semua ada orang, dah rugi masa study kami” kata student saya. “lepas ni kamu study kat asrama ..” balas saya.
Ada lah dua soalan yang ditanya kepada saya, kemudian ada 3 pelajar lain yang tumpang dalam kelas saya, kerana mereka tiada tempat untuk study.
Selepas satu jam, saya kekelas tutoran terakhir hari ini… tunggu punya tunggu… tak seprang student yang datang, tunggulah saya sedikit masa lagi, dan pasti mereka tidak datang, saya pun ambil keputusan… balik ke bilik guru sahaja.
Bro, mengajar boleh dressing like that ka ?, sorry le bro, ini pensyarah buat kelas tambahan hari Ahad le..
oo.. itu macam...
Selamat maju jaya untuk semua pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment