Wednesday, April 25, 2012

Saya sokong bersih 3.0

Assalamualaikum wbt. hjlutfi-choras sokong bersih 3.
dibawah ini adalah antara contoh kenapa saya sokong bersih, lain-lain pendedahan sila rujuk blog lain.
jadi saya mengambil keputusan dibawah..
saya tidak marah pada individu, tapi mereka... marah individu tertentu (TIBAI) Harapan saya, PRU 13, PAS yang akan menerajui Pakatan Rakyat.

Thursday, April 19, 2012

Pelik , jika ada rakyat yang tidak mahu pendidikan percuma

Assalamualaikum wbt.

Rata-rata blog pro PR menulis (or cut and paste, cilok ) artikel mengenai serangan samseng keatas perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka, dan Menteri penegajian tinggi pula, meletakan diri begitu rendah dengan mengatakan, yang boleh dimaksudkan berani buat terima padah dan tak perlu tagih simpati, manakala blogger pro BN pula secara melulu menuduh , serangan samseng adalah perancangan perlajar sendiri.

Saya menyokong pelajar yang mengadakan perkhemahan protes tersebut, biarpun siapa dibelakang (dalang) kerana hak kita untuk mendapatkan pendidikan secara percuma dari sebuah negara yang kaya ini. Tidak kaya kerana diseleweng oleh pemimpin yang tak bertanggungjawab.

Utusan Malaysia hanya memberi penekanan kepada Hapus PTPTN menyekat peluang Melayu meneruskan pengajian, semua komen berkisar kepada hapus PTPTN bukan kepada pendidikan percuma.

Asas protes adalah pendidikan percuma, manakala penghapusan PTPTN adalah salah satu cara kearah pendidikan percuma, jika minda anda hanya dimasukan dengan hapus ptptn, maka anda akan membenci sesiapa sahaja yang mencadangkan hal tersebut, tapi kalau minda anda telah dimasukkan dengan PENDIDIKAN PERCUMA , maka ada benarnya PTPTN di hapuskan.

Wajarkan mahasiswa/i diserang oleh sekumpulan samseng, adakah PTPTN (along berdaftar, berlesen, bertauliah) yang menghantar samseng untuk menghentam mahasisiwa/i yang memprotes, kerana protes tersebut nampak jelas ditujukan kepada PTPTN.

Atau bapa kepada along yang menghantar samseng kerana ini akan menggugat perolehan yang lebih besar.

Yang amat menghairankan ialah, Polis yang sepatutnya menghalan sesuatu tindakan berunsur jenayah di hadapan mata, malah mereka menunggu laporan (laporan bertulis) dahulu sebelum bertindak. mereka menunggu arahan dahulu sebelum bertindak. Kalaulah ini Polis Malaysia, maka saya tidak hairan dengan segala macam kes jenayah berlaku dalam negara Malaysia yang dikatakan aman ini.

Berbalik kepada pendidikan percuma, saya sokong sepenuhnya pendidikan percuma, kerajaan yang memerintah cari lah duit dimana sekalipun untuk beri pendidikan percuma kepada rakyat. Kerajaan tak akan rugi walau beri pendidikan secara percuma kepada semua rakyat.

Yang memimpin negara, jangan hanya tahu cari duit untuk beri kepada artis, (hari tu, salah seorang Datuk T, tunjuk aib orang, hari ini menantu sendiri dibongkar aibnya, menantu siapa, ...)

Friday, April 13, 2012

Orang Ni tak mahu pendidikan percuma

Assalamualaikum wbt.
Artikel di bawah ini saya ambil dari cursingmalay.blogspot. sebulan dua ni rasa berat kepala nak tulis sendiri,

Saya mulai dahulu dengan kata-kata saya,

Bukan semua orang dalam dunia ni mahu benda percuma, saya pun tengah berlatih tak mahu benda percuma pada perkara yang saya tak patut dapat secara percuma, seperti parking kawasan orang, saya sanggup bayar, masuk tandas orang, saya sanggup bayar, sebab itu hak orang. tapi kalau hak kita (yang diurus oleh kerajaan), saya mahu benda tu percuma walau saya mampu bayar apatah lagi kalau saya tak mapu bayar.

Maka dibawah ini petikan artikel yang saya maksudkan dari cursingmalay.blogspot.com


Sekumpulan penyokong tegar Barisan Nasional hari ini seramai 23 orang berarak ke Putrajaya dengan hasrat ingin memberikan surat sokongan untuk tidak mahu diberikan pendidikan secara percuma.



Menurut jurucakap kumpulan itu Ahmad Jauhari bin Naina Badhu yang berasal dari Pulau Pinang kumpulan ini ingin mendesak kerajaan supaya tidak membincangkan langsung mengenai sebarang kemungkinan pendidikan percuma hingga ke tahap tertiari diberikan kepada rakyat. "Jika pendidikan secara percuma diberikan kepada rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, bagaimana pula dengan nasib kolej dan universiti swasta yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara? Bagaimana masa depan mereka yang banyak membantu memajukan taraf hidup orang ramai?"

Kumpulan itu yang berarak dengan membawa sepanduk seperti "Kami Tidak Suka Pendidikan Percuma" dan "Kalau Dah Miskin Tak Payah Belajar" diberitakan gagal bertemu dengan Perdana Menteri kerana Perdana Menteri diberitakan sedang berada di Ipoh,Perak.

"Ini semua adalah satu salah faham antara pihak penganjur perarakan kerana kami terlupa untuk menyemak jadual Perdana Menteri kita yang sangat gigih bekerja mengakibatkan kami tidak dapat bertemu Datuk Seri Najib hari ini (semalam), " kata salah seorang peserta demo.

"Tapi apa yang kami lakukan hari ini adalah tidak sia-sia. Kami percaya masa depan Malaysia adalah lebih terjamin dari segi ekonomi jika semua rakyat membayar sendiri yuran pengajian mereka tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pendidikan percuma adalah tidak logik diamalkan di negara kita kerana wang tersebut lebih baik disalurkan untuk membina lebih banyak kawasan komersial yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi," kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Rahman.

"Jika pendidikan percuma dilaksanakan dan sistem meritokrasi dilaksanakan, sudah pastilah akan berkurangan pelajar Melayu di IPT tempatan kerana tempat mereka diambil oleh pelajar berbangsa Cina."

Ulasan berlainan pula dikeluarkan oleh salah seorang peserta demo."Saya cukup tak setuju pembangkang ingin memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kalau mereka memerintah. Saya belajar dulu saya bayar sendiri, saya buat pinjaman, ini semua tidak adil. Bagaimana pula dengan nasib kami generasi yang terpaksa membayar sendiri pelajaran kami?"

Apabila wartawan bertanyakan adakah perarakan mereka pada hari itu ada kaitan dengan cadangan pembangkang yang ingin menghapuskan PTPTN, jurucakap menegaskan "tidak ada langsung kaitan antara perarakan kami ini dengan PTPTN. Tapi kalau ditanya juga pandangan kami, kami juga amat tidak bersetuju PTPTN dihapuskan. Ini akan membuatkan ramai pelajar jadi manja dan naik lemak."

Kesimpulan yang wartawan kami dapat daripada perarakan besar-besaran tersebut adalah kumpulan ini tidak mahu pendidikan percuma dan juga tidak mahu sistem PTPTN dihapuskan. Mereka sudah selesa dengan sistem yang sedia ada.

"Tidak ada benda percuma lagi dalam dunia. Masuk tandas pun kena bayar, kerajaan sekarang ini dah terbeban dengan terlalu banyak tanggungan dan hutang," kata Ahmad Jauhari sambil diikuti dengan jeritan 1Malaysia dan Asal Bukan Anwar Ibrahim. (Iniberitapalsu)
....................

Ada 3 benda yang sepatutnya dalam 50 tahun memerintah ni yang sepatutnya dah perfect dan tak payah nak kacau-kacau lagi. Perubatan, pendidikan dan pengangkutan awam. Dah sempurna 3 asas tu kalau nak bina bangunan paling tinggi dalam dunia...binalah. Sayangnya, yang bukan keperluan tu jadi keutamaan.

Selagi Hospital Putrajaya suruh perempuan yang sakit nak beranak balik rumah dulu sebab katil tak cukup, tak payah nak claim kerajaan sekarang cukup bagus dan perlu dipilih untuk kesenangan rakyat.

Tuesday, April 10, 2012

Melayu mana yang terjejas kerana hapus PTPTN


Assalamualaikum wbt.

Dua hari saya memikiu bagaimana hapus PTPTN boleh jejas Melayu. Maka Syeikh Al Makian telah menerangkan atau mentafsir kannya, sila lah baca, saya tak sehebat Al Makian wal Hamuni, kerana belum sampai makam tersebut.
(Layari boleh wasiatpejuang.blogspot.com)

Kalau malas nak ke sana, mari baca petikan dari blog tn al makian wal hamuni

maka berkatalah tuan yang ampunya blog,begini mulanya...

Kah kah kah... apa yang melaon ni dok merepek. Kenapa pulak melayu nak terjejas sekiranya tak ada hutang? Atau yang terjejas itu adalah melayu yang kasi hutang. Kah kah kah.

Bahasa ini tak perlu di perah otak untuk memahaminya. Ianya sudah terjawab bahawasanya pendidikan telah menjadi 1 perniagaan yang amat menguntungkan. Kalau nak belajar mesti ada duit dan kalau tak ada duit sila pergi merempit.

Kalau nak belajar jugak walau tak ada duit maka mesti pinjam sama kerajaan. Bila pinjam mesti mau bayaq sama bunga sekali. Belum masuk U sudah budak2 kita sudah ada banyak hutang. Bila keluaq U mesti cari duit untuk bayaq hutang.

Kalau 1 orang boleh untung RM5ribu dia punya bunga, kira sendirilah berapa banyak pelajar di U yang buat hutang dengan PTPTN. Ini sudah banyak untung.

Inilah pembohongan orang bodoh untuk orang pandai walaupun ramai jugak budak U yang bodoh macam gang Aspirasi. Menteri ini rasa pelajar U bodoh macam dirinya dan gang Aspirasi sebab itu dia keluaq kenyataan bodoh yang macam ni.

Tak perlu budak U untuk mentertawakan dirinya tapi sudah cukup budak tadika ketawa terguling guling bila dengaq ada orang kata tanpa hutang hidup kita merana.

Dan pada tajuk kecil berita ini sudah cukup jelas apa yang amat di risaukan oleh umno tua ini. Kebimbangannya yang amat sangat ialah sekiranya IPTA percuma maka akan tutuplah IPTS. Nah inilah yang sebenarnya.

Melayu yang akan terjejas adalah melayu yang memiliki IPTS atau melayu yang menjadi barua kepada pemilik IPTS dari kalangan kapitalis. Inilah melayu yang di maksudkan oleh menteri ini.

Pendidikan adalah satu bisnes yang cukup menguntungan. Anak anda tak lulus SPM pun boleh masuk U sebab IPTS tak mau tengok berapa A yang ada dalam sijil SPM anak anda tapi IPTS nak tau berapa banyak huruf R dan M yang ada dalam dompet anda.

Keputusan SPM belum keluar lagi tapi anak anda yang ambil SPM sudah dapat tawaran masuk U. maka hebohlah serata kampung mengatakan anak depa dah dapat tawaran masuk U. Ada jugak yg buat kenduri pasai anak depa dah dapat masuk U sedangkan SPM lagi 3 bulan baru nak keluar keputusan.

Inilah Umno yang sejak sekian lama menipu rakyat dengan isu perkaumannya yg bodoh dan bangang macam bodohnya gang Aspirasi bila keluaq kenyataan.

Dan sebagai dekan yang terkenal di Universiti Of Pelaqma Prof Dr Ustaz abu Nawas nak tanya pada umno dan Aspirasi yang menentang PTPTN di hapuskan mengapa melayu yang akan terjejas sekiranya hutang PTPTN di hapuskan sedangakan yang belajar di IPTA itu kebanyakannya semua melayu. Bukankah anda pernah menjerit satu ketika dulu UiTM milik melayu.
Sedangkan IPTS pula kebanyakannya adalah dari kalangan yang bukan melayu. Jadi apa yg masalahnya kamu dengan melayu. Bukankah kamu itu pejuang melayu.. atau sebenaqnya kamu itu wahai umno dan Aspirasi tidak lebih dari mereka2 yang gagal .

Monday, April 9, 2012

Minggu study di kolej saya dan saya yang menurut perintah

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini adalah minggu study di kolej saya, saya merasa gembira kerana pada minggu ini saya tidak perlu mengajar dalam kelas tutoran lagi selama seminggu. Bukan saya tidak suka mengajar, mengajar adalah kerja kegemaran saya dan punca rezeki saya, kalau tak ada pelajar tak adalah rezeki saya. (peringatan: Allah yang tentukan rezeki). Minggu depan adalah minggu peperiksaan yang akan berlangsung selama dua minggu, ini bererti selepas dua minggu saya akan bercuti. Yahooo.. cuti.


ek ele.. faham ke tidak ni..

Tapi kegembiraan untuk tidak mengajar di kelas turoran hanya seketika, bila dimaklumkan hari Khamis lepas bahawa, semua pensayarah perlu ada dalam kelas tutoran mengikut jadual seperti biasa, tunggu pelajar datang bertanya. Tak kisah le saya dapat rezeki kerana ada pelajar, kalau dibuatnya tak ada pelajar, tak bermaknalagh saya jadi pensyarah. Lagipun kami adalah pegawai kerajaan yang ada title “ saya yang menurut perintah”

Al kisah.

Hari ini saya selapas selesai baca Quran, sarapan, makan ubat, solat Israk, Istikharah dan hajat, saya pun segera ke Kolej, 3 minit sahaja dari rumah sewa ke kolej dengan motosikal (naik motor bro, motor cup khai pensyarah kanan naik motor je.. jimat minyak, ), selepas punch kad, saya terus ke bilik tutoran kerana saya yang menurut perintah, lintas di dataran, guru-guru kokurikulum sedang tunggu untuk buat senam robik dengan pelajar yang ‘stress’. (belum study dah stress, hebat budak kolej ni, bayangkan kalau dah study, stress giler..)

Sempat senyum dan salam dengan seorang pensyarah kokurikulum yang meng’handle’ acara senam robik. Acara belum bermula, set belum siap. Apa pensyarah tu kata ?. dia kata “saya yang menurut perintah”.

Kemudian saya ke kelas ada le seorang budak mata sepet duduk tunggu saya dalam kelas, biasa le budak ini setiap kali kelas dia datang awal dari kawan-kawan dia, study apa hari ini, ada apa mau tanya ?,

Dia geleng kepala sahaja, budak ni paham dah, “saya akan ada disini 1 jam, buat soalan pra pspm, kalau tak dapat jawab, sila tanya. “.

Saya duduk di kerusi meja guru, sambil ‘menelaah’ pelajaran saya, kuat kan kipas supaya lebih sejuk. Senam robik telah bermula, dia punya muzik dengan satu kolej, aduh stress…, Selang beberapa minit datang student lain kekelas saya, ayat standard le “ sorry cikgu lambat”.

“Cikgu macam mana mahu study, bunyi bising, study kat asrama lagi baik.” “ tadi penyelia halau kami suruh datang kelas” kata student perempuan itu. (saya faham penyelia asramapun – saya yang menurut perintah)

“tak apalah apa apa yang nak Tanya saya..” Tanya saya. Student jawab “tak ada apa nak tanya”

“Cikgu kenapa kena study kat sini, pada hal ni minggu study, kan senang kalau study kat asrama sahaja”. Soalan bisa dari pelajar.

“lepas pukul dua belas nanti awak study kat asrama” jawab saya. Yang stress terus dengan senam robik. Tadi ada pensyarah kanan (lebih kanan DG 52 ) bergegas ke kelas nya, sambil tengak saya dalam kelas. Maksudnya saya sampai dulu dari dia. Sebab tu dia tengok saya dalam kelas dan saya tengok dia sedang begegas ke kelas.

Selesai satu jam, seperti biasa saya akan rehat-rehat dalam kelas tersebut, kerana mengikut jadual tiada kelas selepas waktu saya, dan saya pun tiada kelas selepas jam sembilan. Saya nampak beberapa pelajar perempuan berlegar-legar dekat blok tutoran tersebut. Waktu ini hanya saya seorang tak ada student .

“Cikgu, boleh kami guna kelas ini, kelas lain dah ada orang”. Masuk le , ada cikgu kamu ke ? Tanya saya. “ tak .. kami sahaja..” balas student tadi.

“Buatlah kerja kamu, anggap saya tiada disini” jawab saya. Saya teruskan rehat saya. (pelajar ini masing-masing mencari privacy untuk mengulangkaji pelajaran di minggu study., alangkah lebih privacy kalau diasrama masing-masing, atau dilibrary)

Lepas setengah jam merehat diri, barulah saya bergerak kesurau, singgah solat duha, ada seorang kawan baru selesai solat duha dan sedang baca Quran. Saya berbual dengan dia, dan dia jawab “saya yang menurut perintah”. Lepas olat duha , pukul sepuluh saya terus ke kelas totoran berikutnya, terpaksa tunggu lama diluar kerana ada seorang guru matematik sedang mengajar, tak mahu saya ganggu pelajar yang belum paham-paham walau sudah satu semester belajar matematik.

Tiga orang pelajar saya gelisah kerana mahu masuk kelas tersebut, mereka suruh saya ‘halau’ pelajar keluar. Saya kata, sabar le sekejab, biar guru tadi selesaikan tugas beliau. 10 minit juga terpaksa menunggu di koridor. Kemudian kami masuk.


“cikgu, dari 8.00 am kami pusing cari kelas, tapi semua ada orang, dah rugi masa study kami” kata student saya. “lepas ni kamu study kat asrama ..” balas saya.

Ada lah dua soalan yang ditanya kepada saya, kemudian ada 3 pelajar lain yang tumpang dalam kelas saya, kerana mereka tiada tempat untuk study.

Selepas satu jam, saya kekelas tutoran terakhir hari ini… tunggu punya tunggu… tak seprang student yang datang, tunggulah saya sedikit masa lagi, dan pasti mereka tidak datang, saya pun ambil keputusan… balik ke bilik guru sahaja.



Bro, mengajar boleh dressing like that ka ?, sorry le bro, ini pensyarah buat kelas tambahan hari Ahad le..
oo.. itu macam...


Selamat maju jaya untuk semua pelajar.

Wednesday, April 4, 2012

Rumah Api

Rumah api

Dipetik
Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Gambar hiasan, ini bukan rumah api, ini pelita cemeni dulu-dulu.

Rumah api ialah menara atau bangunan tinggi bagi membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. Menara ini dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api. Biasanya rumah api dibina di kawasan tebing tinggi yang strategik bagi memudahkan kapal dagang datang berlabuh pada waktu malam hari. Rumah api juga boleh membantu menandakan kawasan berbahaya dan dalam pandu arah udara. Kini sistem pelayaran disokong oleh sistem satelit di angkasa lepas.

Sejarah

Rumah Api Iskandariah di Mesir dianggap rumah api tertua di dunia. Ia dibina oleh raja Firaun zaman Mesir Keyunanian. Rumah Api Iskandariah dibina pada 280 BC di atas pulau Pharos di Iskandariah, Mesir sebagai mercu tanda. Tingginya sekitar 135 meter dibina oleh manusia daripada batu-bata.

Dua rumah api di Dover, England dibina semasa pencerobohan Norman terhadap England.
Penulis China bernama Jia Dan pada zaman Dinasti Tang (785-805 Masihi) mencatatkan bangunan minaret di muara Teluk Parsi berfungsi sebagai rumah api. Penulis Arab seperti Arab al-Mas'udi dan al-Muqaddasi juga ada mencatatkan peranan dan kegunaan rumah api kepada kapal pelayaran dan kapal perdagangan di laut.

Di China, menara masjid di Canton, China turut berfungsi sebagai rumah api. Masjid yang mempunyai menara tinggi ini dibina di kota pelabuhan utama.
[sunting] Rumah api di Malaysia

Rumah Api di Malaysia terletak di beberapa tempat strategi seperti di :
• Rumah Api Pulau Angsa,Pelabuhan Kelang, Selangor
• Rumah Api Kuala Selangor, Selangor
• Rumah Api Fort Cornwallis, Pulau Pinang
• Rumah Api One Fathom Bank, Selangor
• Rumah Api Tanjung Gelang,Kuantan,Pahang
• Rumah Api Muka Head , Pulau Pinang
• Rumah Api Pulau Rimau,Pulau Pinang
• Rumah Api Bukit Jugra, Selangor
• Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka
• Rumah Api Tanjung Piai, Johor
• Rumah Api Bukit Segenting, Johor
• Rumah Api Pulau Undan,Johor
• Rumah Api Bukit Putri,Terengganu
• Rumah Api Tumpat,Kelantan
• Rumah Api Pulau Kuraman,Sabah
• Rumah Api Pulau Papan,Sabah
• Rumah Api Pulau Tiga,Sabah
• Rumah Api Pulau Gaya,Sabah
• Rumah Api Pulau Usukan,Sabah
• Rumah Api Pulau Mantanani,Sabah
• Rumah Api Pulau Kukuban,Sabah
• Rumah Api Pulau Silingan,Sabah
• Rumah Api Pulau Berhala,Sabah
• Rumah Api Driftwood Point,Sabah
• Rumah Api Tanjung Trang,Sabah
• Rumah Api Tanjung Labian,Sabah
• Rumah Api Tanjung Kubong,Sabah
• Rumah Api Pulau Mataking,Sabah
• Rumah Api Tunku Point,Sabah
• Rumah Api Bagahak,Sabah
• Rumah Api Pulau Kalung Kalungan,Sabah
• Rumah Api Pulau Si Kamil,Sabah
• Rumah Api Pulau Sipadan,Sabah
• Rumah Api Pulau Gusungan,Sabah
• Rumah Api Batu Tinagat,Sabah
• Rumah Api Tanjung Po,Sarawak
• Rumah Api Tanjung Jerijeh,Sarawak
• Rumah Api Tanjung Sirik,Sarawak
• Rumah Api Tanjung Kidurong,Sarawak
• Rumah Api Tanjung Lobang,Sarawak
• Rumah Api Tanjung Dato,Sarawak
• Rumah Api Tanjung Baram,Sarawak