Assalamualaikum wbt.
Selamat menempuh alam persekolahan, suatu masa, ketika yang dinanti- nantikan oleh semua anak di Malaysia. (Sebagai guru saya harap tiada yang keciciran). Tiada ibubapa yang mahu anaknya tidak bersekolah, kerana semua ibu bapa tahu itu satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan akan dipersalahkan seumur hidup jika tidak menyekolahkan anak-anak.
Anak kelima saya, gambar dibawah.
Tahun ini akan memulakan persekolahan tahun satu di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Nerang, Kedah. Malangnya/ terkilannya kerana saya tidak dapat menghantar dan memberi semangat kepadanya pada hari pertama persekolahannya.
Pada mulanya saya rancang menghantarnya kesekolah pada hari pertama iaitu Ahad 2 Januari 2011, tetapi apabila diumumkan cuti kerana bola, Cuti tersebut dibawa kepada hari Ahad di negeri Kedah, maka saya tak dapat melaksanakan apa yang saya rancangkan.
Sebelum masuk tahun satu, Muhammad Amri telah menghadiri ujian penentuan kelas, waktu itu ibunya juga yang menghantar kerana saya tiada bercuti, Isteri saya menceritakan bahawa Muhammad Amri, keluar awal semasa ujian tersebut, boleh jawab ke ?, Tanya isteri saya, “boleh” kata Muhammad Amri.
Hari ini Muhammad Amri ditempatkan di Kelas 1R, kelas ketiga !, Nanti saya akan pesan kepadanya supaya tidak keluar awal dalam peperiksaan, apa-apa jenis peperiksaan sekalipun. Saya tak berapa kisah kelas mana dia ditempatkan, asalkan guru masuk kelas dan mengajar dengan sepatutnya.
Hari pertama sekolah.
Isteri saya menghantar, menunggu sekejab dan meninggalkan kepada kakak Muhammad Amri tahun 3 disekolah yang sama. Isteri saya perlu menghantar seorang lagi anak iaitu Amin Sayuti ke Tadika , inipun hari pertama di Tadika. Kasihan kepada isteri saya yang terpaksa menguruskan 6 orang anak saya, secara sendirian. Tapi saya telah mengajarnya supaya menjadi seorang yang cekap dan berani, sebaik saja dia menjadi isteri saya kerana saya menjangkakan bila-bila masa saya akan berkhidmat jauh darinya atau bila-bila masa saya akan meninggal dunia.
Seorang lagi anak saya, Muhammad Aman, masuk tingkatan satu, di Sekolah Menengah Syed Ahmad, Kuala Nerang, yang ini juga dihantar oleh isteri saya pada hari pertama tersebut, kakak nya masuk tingkatan 2 disekolah yang sama. Anak lelaki ini tak berapa kisah sangat kerana, sudah ada kawan-kawan yang sama-sama masuk sekolah tersebut.
Waktu rehat isteri saya pergi melihat Muhammad Amri, puas mencari, rupanya sudah beli makanan, pandai pula ! , bab makan memang pandai. Tengok badan le. Apa yang dia beli ?, burger…
Jika ada kesempatan hantarlah anak kesekolah, beri sokongan moral, beri nasihat, jangan serahkan kepada guru sahaja. Kerja rumah anak perlu disemak, bag sekolah anak perlu diperiksa, kawan anak perlu dikenali.
Selamat maju jaya buat Amri, Adibah, Aman dan Afiqah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment