PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 1
Agama Islam adalah agama yang cukup lengkap yang menyuruh umatnya supaya beramal, berusaha dan bekerja untuk sara hidup sama ada untuk kepentingan dunia ataupun akhirat. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang tafsirnya:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebaikan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia".
Islam menggalakkan umatnya berniaga, 9/10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan. Perniagaan sangat menguntungkan serta memberi kemuliaan di dunia dan di akhirat. Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai kelebihan yang diperolehi oleh ahli-ahli perniagaan yang antaranya mereka itu boleh duduk dalam satu peringkat di Hari Akhirat dengan Nabi-nabi, para siddiqin dan para pejuang Islam yang mati syahid sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Dari Abi Syaid Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Peniaga yang benar lagi amanah itu tempatnya bersama Nabi-nabi, para siddiqin dan pejuang agama yang mati syahid".(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Namun, dapatkah kita memenuhi kreteria untuk duduk bersama para siddiqin dan syuhada. Peniaga yang bagaimanakan akan dapat memenuhi kreteria tersebut. Adakah mereka yang melanggar amanah, tidak jujur dalam timbangan akan termasuk dalam golongan tersebut.
Peniaga yang inginkan kemuliaan didunia dan diakhirat seharusnya mempelajari dan mengetahui hukum-hakam jual beli dalam Islam. Langkah ini adalah wajib tidak boleh diabaikan oleh setiap peniaga Islam kerana dengan mengetahui hukum- hakam perniagaan sahajalah yang akan dapat menghindarkan daripada berlakunya jual beli yang tidak betul dan tidak sah mengikut hukum Islam.
Bersambung…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment