Tuesday, January 4, 2011
5 - Minutes Islamic Executive Talk - 1 (May I introduce my self)
Assalamualaikum wbt.
Saya akan menerangkan kepada anda, bahawa memperkenalkan diri kepada orang lain amat penting dalam perniagaan atau dalam kehidupan seharian kita. Namun dalam budaya Melayu Malaysia kita tidak suka memperkenalkan diri sendiri, sebab itu adalah budaya kita, tak boleh tersorong-sorong memperkenalkan diri, kalau orang lain perkenalkan tak mengapa.
Kita perlu dan mula mengubah budaya tersebut, perkenalkan diri supaya anda mendapat ramai kenalan. Kenalan adalah amat penting dalam perniagaan dan kehidupan seharian. Kenalan boleh dijadikan rangkaian ‘networking’ dalam perniagaan kita.
Hari ini mungkin kita tidak memerlukan kenalan baru tadi, esok lusa mungkin dia akan menjadi pembekal kepada perniagaan kita , rakan kongsi atau pelanggan tetap perniagaan kita atau rakan kongsi hidup kita.
Bagaimana nak memperkenalkan diri. Senang saja, buang sifat malu dan jadikan diri ‘muka tak malu’ (hanya dalam kes ini sahaja, lain kes bukan ajaran saya). Lama-lama akan jadi kebiasaan kita untuk memperkenalkan diri. Memang sukar untuk memperkenalkan diri, tapi sekarang ini mudah saja, walaupun kaedah ini sudah lama.
“This is my card” – boleh dijadikan bahan permulaan komunikasi. Assalamualaikum adalah paling baik. Tempahlah kad nama yang sesuai dengan perniagaan kita, hatta jawatan kita bagi penjawat awam (penjawat awam tidak berapa sesuai dibimbangi akan dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan, kecuali diberikan dikalangan penjawat awam yang lain).
Semasa menghulur kad, ambil kesempatan menerangkan kad nama tadi, seperti nama anda, syarikat anda, produk anda, dan nombor kontak, berikan sahaja kad tersebut tanpa rasa segan silu.
Sebagai seorang muslim anda perlulah mempraktikkan batasan antara lelaki dan wanita , anda boleh berkenalan dengan wanita-wanita sekadar urusan perniagaan, semasa berkenalan jangan berjabat tangan dengan bukan muhrim kerana itu bukan ajaran Islam.
Eksekutif- Eksekutif wanita, walaupun dengan penampilan yang hebat, tetapi jangan lupa bahawa ada batasan dalam pergaulan, walaupun perniagaan tadi akan mendapat untung yang banyak.
Soalan : Sesuaikah guna fb untuk memperkenalkan diri ?
Jawapan : fb sesuai digunakan sebagai media pengiklanan percuma, atau kita boleh guna laman web yang berbayar, kalau perniagaan belum cukup wang untuk tujuan tersebut, guna tapak yang percuma seperti blogspot , Jimdo atau lain-lain.
Sekian. …2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment