Monday, January 10, 2011

Bela Rakyat - Kejujuran dalam Perniagaan


Assalamualaikum wbt.

Kejujuran dalam perniagaan.

Minggu lalu, minggu sebelumnya, minggu ini dan minggu akan datang, minyak masak tiada dipasaran, mungkin menteri akan bantah kata saya, katanya minyak ada dipasaran, ini biasa terjadi di Malaysia, menteri mendengar penerangan dari pengusaha, pengeluar dan pengimport. Menteri tak dengar derita rakyat.
Mereka hanya berminat jumpa rakyat waktu pilihanraya. Dan jawapan yang paling mudah kepada rakyat terhadap kenaikan harga barang, sorok dan monopoli ialah mneyuruh rakyat berjimat dan bersabar. Memang kata-kata tersebut amat betul dan saya tidak menentang walau sepatah.

Yang saya menetang ialah; sudah menjadi tren dan dah banyak kali berlaku, bila sesuatu barang tiada dipasaran, maka kemunculan barang tersebut adalah dengan harga baru. Gula, tepung , susu, minyak. Dulu amat sukar saya hendak mengisi diesel dalam kereta saya, dari Kota Sarang Semut hendak Ke KL kerana urusan keluarga, dapat minyak di Tikam Batu, baru berani masuk Lebuh raya. Masa balik dapat diesel di Tapah, itupun duapuluh ringgit sahaja, terpaksa isi tawakkal dalam hati.
Bila saya dan rakyat bangkitkan isu ini mereka kata saya pembangkang. Betul kata mereka, habis adakah perlu saya ikut semuanya ?, walau sampai menyusahkan saya dan rakyat. Semua rakyat perlu membangkang dalam semua isu yang menyusahkan rakyat, apa guna ada kerajaan yang sering menimbulkan masalah kepada rakyat dan suka menipu ?
Tajuk ulasan saya adalah kejujuran dalam perniagaan, bukan politik, tapi penetapan harga adalah dalam kuasa politik, jika ahli politik jujur, maka rakyat akan senang, BN menang Kedah senang ( satu pembohongan yang amat sangat) berbanding Kedah Sejahtera.

Peranan kerajaan dalam menstabilkan harga, menteri dan orang yang berpendapatan tinggi mungkin tidak terasa dengan kenaikan harga, tetapi bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, ia amat terasa. Wang yang sebelum ini cukup sekarang perlu dicatu untuk mendapatkan makanan iaitu keperluan asas manusia.
Harga makanan mahal, harga buku mahal, harga pensel mahal, harga pisau lipat 5 sen dah jadi 30 sen. Jawapan mudah yang jahat.. zaman sudah berubah, nak murah buat sendiri.

Kerajaan boleh memain peranan dalam penguatkuasaan undang, setakat memberi amaran dalam surat khabar “ sila lapor peniaga yang naik kan harga barang” . berapa orang yang tampil buat laporan ?, “kita tak cukup kakitangan” – tak pernah cukup-cukup, oleh kerana tak cukup maka kita naikkan harga minyak supaya tak diseludup ke Thai.
Jalan penyelesaian yang mudah. Sekat penyeludupan, tambah overtime , yang ditangkap sebuah lori, yang diperiksa 5 persen dari lori keluar masuk, 95 persen lagi lepas. Jawapan yang diberi amat memilukan rakyat.
Yang paling sedih, penyeludup adalah dikalangan orang besar dan selalu terlepas, tolong senaraikan kepada saya kata orang besar buat penyeludupan ? .. tak ada bukti jangan fitnah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Apa kaitan dengan orang kerajaan ayat diatas. Nampak tak ada kaitan, ayat tu suruh seolah –olah individu yang diarahkan supaya tak ambil hak orang lain dengan jalan yang salah.
Sepatutnya rakyat boleh hidup dengan sejahtera dan aman, tetapi apabila orang berkuasa mengambil dan melaksanakan tugas dengan cara yang salah, rakyat yang sepatutnya dulu RM 1.00 boleh bergerak 100 km, sekarang RM 1.00 hanya boleh bergerak 80km, 20 km lagi diambil secara salah oleh kerajaan.
Minyak yang disorok oleh pengeluar atau pemborong sepetutnya diambil tindakan segera keatas mereka, tetapi, kerana sebab-sebab tertentu, tindakan tak dikenakan, sekadar amaran, kemudian malam nanti, pergi jamuan bersama.. Sekali lagi hak rakyat diambil secara salah.

Saya tidak berminat untuk mengulas panjang,sekadar memperingati diri saya supaya tidak berbuat sedemikian dan memperingati orang yang telah berbuat sedemikian.

Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’, ayat 9)

Cukup setakat ini.

No comments:

Post a Comment