Monday, January 31, 2011

Bela Rakyat - DUN Tenang



Assalamualaikum wbt.

Pada 29 Jan 2011 sempat juga saya membuat pemerhatian di DUN Tenang, dalam keadaan hujan yang renyai-renyai dan sesekali lebat. Melawat kawasan pilihanraya.

Hari ini keputusan sudah diketahui seperti yang saya jangkakan. No komen.

Berjumpa kawan lama coursemate di Chaah, sekarang ini dia pengurus Ladang di Chaah. lama tak jumpa sejak 1992. Kawan yang susah payah bersama semasa belajar dahulu. Pergi balik kampus dengan keretapi kelas 3, sudahlah kelas 3, diskaun pula 50 %. Pernah kami balik naik lori bersama. Namun idealogi politik berbeza. Ini bukan penghalang persahabatan.

sekian.

Sunday, January 30, 2011

Nasihat Guru - 5 (Terlajak Perahu boleh diundur terlajak kata terguris jua)

Assalamualaikum wbt.

Sesetengah orang cakap ikut sedap mulut, ada insurans ke mulut tu ?. kononnya cakap lepas adalah baik, puas hatinya, tidak memendam rasa, kerana kalau tak dilepaskan nanti rasa sesak dada.

Boleh ke cakap ikut sedap mulut saja ?. bagaimana pula dengan pantun dua kerat ini, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Fikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, inilah yang sepatutnya, kerana dibimbangi kata-kata yang dikeluarkan dari mulut kita akan menyebabkan perasaan orang lain tersinggung, jangan kita hendak puaskan hati kita sahaja, sedangkan hati orang lain akan tersinggung.

Menyinggung perasaan orang lain, lebih berat dosanya, nak kena minta maaf pula daripada kita sendiri yang rasa sesak dada kerana tak keluarkan kata-kata. Namun begitu jika perlu keluarkan kata-kata yang gerenti akan menyinggung perasaan penerimanya, maka katakan ketika tiada orang lain, dan terus mohon maaf selepas kata-kata tersebut.

Kalau hari ini dia tidak boleh terima kata-kata kita, akan datang, jika kata-kata kita benar dia akan menerimanya dan mengingatinya.

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata terguris jua / padah jadinya / buruk akibatnya/ merana jiwanya / dan lain-lain.

Boleh ke perahu diundur ?. memang boleh. Ada satu kenderaan sahaja yang tak boleh diundur iaitu ‘anok’. Cikgu, anok tu apa ?.


Sekian.

Thursday, January 27, 2011

Bela Rakyat - Kalau Tiada Cikgu Tiada ADO

Assalamualaikum wbt.



Saya marah dengan orang yang creat poster ini. Marah kerana kata Cikgu Cabuk. Sebagai seorang guru, saya rasa dihina oleh pembikin poster tersebut. Malah pembikin poster tersebut adalah orang yang menghina gurunya sendiri, tidak mengiktiraf kebolehan guru, tidak mengiktiraf sijil perguruan.

Tuesday, January 25, 2011

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 1

PERNIAGAAN DALAM ISLAM - 1

Agama Islam adalah agama yang cukup lengkap yang menyuruh umatnya supaya beramal, berusaha dan bekerja untuk sara hidup sama ada untuk kepentingan dunia ataupun akhirat. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang tafsirnya:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebaikan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia".

Islam menggalakkan umatnya berniaga, 9/10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan. Perniagaan sangat menguntungkan serta memberi kemuliaan di dunia dan di akhirat. Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai kelebihan yang diperolehi oleh ahli-ahli perniagaan yang antaranya mereka itu boleh duduk dalam satu peringkat di Hari Akhirat dengan Nabi-nabi, para siddiqin dan para pejuang Islam yang mati syahid sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Dari Abi Syaid Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Peniaga yang benar lagi amanah itu tempatnya bersama Nabi-nabi, para siddiqin dan pejuang agama yang mati syahid".(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Namun, dapatkah kita memenuhi kreteria untuk duduk bersama para siddiqin dan syuhada. Peniaga yang bagaimanakan akan dapat memenuhi kreteria tersebut. Adakah mereka yang melanggar amanah, tidak jujur dalam timbangan akan termasuk dalam golongan tersebut.
Peniaga yang inginkan kemuliaan didunia dan diakhirat seharusnya mempelajari dan mengetahui hukum-hakam jual beli dalam Islam. Langkah ini adalah wajib tidak boleh diabaikan oleh setiap peniaga Islam kerana dengan mengetahui hukum- hakam perniagaan sahajalah yang akan dapat menghindarkan daripada berlakunya jual beli yang tidak betul dan tidak sah mengikut hukum Islam.

Bersambung…

5 – Minutes Islamic Executive Talk – 4 (Price)

5- Minutes Islamic Executive Talk 4 (Price)

Assalamualaikum wbt.

Jika tuan/puan perasan yang saya bincangkan adalah konsep 4 P yang terdapat dalam buku-buku pengurusan, Product, Promotion, Price and Place. Ini adalah asas dalam perniagaan. Hari ini kita berbincang mengenai Price atau harga.

Anda boleh meletak kan harga sesuka hati anda, kalau anda mahu. Tetapi mahukan pembeli membeli produk anda dengan harga sedemikian ?.

Mereka akan membeli, jika kualiti produk memang ok, jenama memang ada kelas, tetapi kalau sebaliknya, berabuk atas rak le jawabnya.

Secara mudah anda boleh letak harga ikut harga ‘pendahulu Industri’ atau ikut jenama syarikat yang memang top, contoh sos cili, anda boleh ikut harga sos cili Maggi, tapi kena ingat adakah kualiti produk anda setara atau hampir setara atau hamper-hampir setara dengan sos cili maggi.

Sebagai jenama yang hendak bersaing dan hendak menembusi pasaran atau nak menguasai syer pasaran, anda selalunya kena mengalah sedikit dengan meletakan harga rendah sedikit dari harga produk yang top. Anda boleh guna kaedah ‘raih simpati’ pada harga yang anda letakkan. Adakah harga yang anda letak kepada produk anda dapat pulang modal, atau dapat untung yang boleh cover asset-aset anda dalam masa 3 tahun.

Kalau tidak, anda kena check kembali kos pengeluaran, dan kos overhead.

Kembali kepada harga. Dalam Islam harga yang diletakkan hendaklah tidak menindas pembeli, atau tidak meletak harga terlalu tinggi sehingga tidak logic dan margin untung terlalu tinggi walaupun dalam perniagaan ada persetujuan baru beli, tak suka jangan beli.

Sebagai pengeluar boleh meletakkan harga dengan mengambil kira kos per unit, dan harga tadi juga dapat cover asset sekurang-kurangnya 3 tahun. Kalau anda nak cover asset dalam 1 tahun, pasti harga yang diletakkan adalah menjadi tinggi. Ingat perniagaan adalah tolong-menolong. Dan peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi dan shuhada di akhirat nanti.

Soalan : Kenapa nak letak harga tiru harga produk syarikat lain.
Jawapan : Meniru adalah kaedah mudah untuk letakkan harga, jika anda letak harga melebihi harga jenama yang sudah popular, pengguna akan menilai, walaupun kualiti produk anda ok, tetapi anda akan kalah dari segi saingan jenama dan gahnya jenama popular, tunggulah hingga produk anda juga popular (tidak cukup dengan popular sahaja) dan diyakini, stabil, maka itu adalah giliran anda menentukan harga produk anda. Kaedah menetukan harga dan cara kira. sila rujuk buku.

Sunday, January 23, 2011

Nasihat Guru - 4 (Dont stop a the top, touch the sky before you drop)

Nasihat Guru – 4 (Don’t stop at the top, touch the sky before you drop)

Assalamualaikum wbt.

This, what kind of advice. May be suitable to someone, who want to be a politician. To someone who are an objective oriented, high ambition.

When you are at the top, another person will ‘jolok-jolok’ you like chempedak or nangka, they want you drop ‘ kedebuk’ like nangka or chempedak on the floor or on the ground.

That is why I give this advice, when you are at the top, don’t wasting time because you have no time at the top. Hunt what you want, catch what you want.

Among us may Tun X, Tan Y or someone else already practice this advise, catch what you want, what you like, or what you ‘brahi (Kuala Nerang dialect) – not means for sex.

You can get everything at the top, but please remember I never teach you illegal or haram way.

Thank you.

Thursday, January 20, 2011

Anak yang ditangan-tangankan

Dedikasi buat Aminah Syukriyah bt Lutfi

Assalamualaikum wbt.

Anak adalah anugerah Allah, ia adalah amanah Allah , Ada yang kaitkan dengan rezeki dan ia adalah cahaya mata. Anak perlu dididik dengan sempurna.


Lahir pada 20 Ogos 2009.






Cukur kepala



Pijak Tanah










Empat bulan pertama , hari-hari saya lihat dan saya jaga dia, bawa pergi klinik kadang bawa bersama ibunya, kadang saya bawa sendiri sahaja, masukkan dalam bakul letak atas kusyen. Tapi yang banyak jaga malam adalah ibunya.


Enam bulan kedua.

Seminggu 2 hari saya bermanja-manja dengannya. Kerana saya pergi kerja jauh, namun kalau dia tidak sihat, saya bekejar pulang, walaupun malam.

















Enam bulan ketiga

Dua Minggu 2 hari saya bermanja-manja dengannya. Kerana saya pergi kerja lagi jauh, kalau dia tak sihatpun saya mungkin tak dapat balik segera.






\

Sudah setahun lebih Aminah Syukriyah di tinggal-tinggalkan , kini dia sudah boleh memanggil ‘ayah’. Dan mengecam suara ayahnya dalam telefon. Sampai bila birokrasi akan membuat anak ditinggal-tinggalkan.

Tuesday, January 18, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk – 3 (Promotion)

Assalamualaikum wbt.

Promotion

Kita perlu mempamerkan barangan keluaran syarikat, atau barangan yang dijual oleh perniagaan kita. Bagaimana orang nak beli kalau mereka tak tahu apa yang kita jual. Jadi kita kena secara ‘agresif’ memaklumkan kepada bakal pengguna atau bakal pembeli supaya kenal dengan produk kita.

Mungkin kita tidak mampu untuk mengiklankan di TV, kerana kosnya yang tinggi, tapi kita boleh iklankan dengan membuat cetakan pamphlet,ia lebih murah.



Dimana ada, apa saja aktiviti kita hadirkan diri untuk memperkenalkan produk kita. Sekurang-kurangnya telah ada orang tahu tentang produk kita. Usaha awal hendaklah dibuat dengan agresif jika anda ingin maju dalam perniagaan. Atau kalau anda mahu mendapat pulangan modal dengan cepat.

Iklan di Radio lebih murah, kerana ada pakej tertentu untuk peniaga kecil buat promosi. Ambillah peluang ini untuk keudara, pengguna lebih yakin bila anda berani mengiklankan perniagaan anda di radio. Mungkin jika anda secara live di radio, mereka boleh bertanya tentang produk secara terus.

Anda harus berkeyakinan dalam menerangkan produk anda, kalau anda sendiri tidak yakin tentang produk anda, bagaimana orang lain akan yakin.

Mengambil peluang semasa sesuatu ekspo atau pameran atau ketika sesuatu majlis adalah antara tempat yang baik untuk memperkenalkan produk anda, testimony dari mereka yang telah menggunakan produk anda amat perlu.

Pengiklanan yang kita laksanakan jangan ada unsur-unsur penipuan, menyembunyikan fakta, menyembunyikan kesan-kesan tidak baik akibat penggunaan produk kita dan satu lagi jangan kita 'haramkan' pengiklanan kita dengan menggunakan model-model yang mendedahkan aurat, jangan kita eksploitasikan wanita dalam mengiklankan produk kita.

Soalan : Bagaimana nak keudara di radio ?

Jawapan : Kita kena berani buka mulut untuk bertanya dan berani masuk kemana-mana tempat berpagar dan berpengawal. Jika kita nampak kawasan berpagar, kita terus kata ini kawasan tak boleh masuk, kita belum Tanya pengawal, boleh masuk atau tidak. Balik nanti, singgah di RTM, Tanya pengawal, minta kebenaran masuk, kata nak buat iklan,

Buat-buat Tanya, sebagai orang yang ramah, dengan siapa nak jumpa, Tanya saja setiap orang yang anda jumpa, anda akan dapat lebih maklumat dari yang anda jangka kan, hulur le sample produk, mereka ini akan mengiklankan untuk anda tanpa disuruh.

Sunday, January 16, 2011

Nasihat Guru - 3 (Jangan Menganggu Ketika Guru Mengajar)

Ilmu disampaikan secara terus dari guru kepada murid, memang betul murid boleh membaca dari buku dan boleh skor cemerlang dalam peperiksaan walau hanya baca buku. Tapi kita tetap percaya mengenai keberkatan ilmu yang diperolehi dari guru.

Yang dibaca tidak sama dengan yang diterangkan, guru menerangkan dengan penuh emosi dan reaksi, berbanding anda membaca sendiri dan syok sendiri. Gambar hiasan



Jadi semasa guru sedang mengajar atau menyampaikan ilmu, jangan anda menganggu majlis/kuliah/ kelas.

Bagaimana yang dikatakan menganggu ?

1. anda lewat
2. anda bertanya soalan tanpa kebenaran
3. anda berbual dengan kawan semasa guru mengajar
4. anda tiada hati disini, hati anda ditempat lain.

Ingat !, memberi salam ketika majlis ilmu berjalan adalah menganggu majlis ilmu tersebut. Walaupun salam adalah dituntut dalam Islam.

Wednesday, January 12, 2011

Bela Rakyat - Monopoli dan sorok barang

Assalamualaikum wbt.

Kerajaan boleh ‘menjalankan perniagaan monopoli’ iaitu kerajaan sendiri yang berniaga secara monopoli dengan syarat, monopoli tersebut adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, dari segi ; 1. bekalan tak putus 2, Harga berpatutan dan logik 3. Bukan untuk kepentingan individu dalam kerajaan. 4. Adil.

Empat syarat ini cukup dan melayakkan kerajaan membuat perniagaan. Tapi anda yakin ke ‘kerajaan’ boleh laksanakan semua syarat tu. Ada masa ke kerajaan nak berniaga. Jujur ke kakitangan kerajaan yang digajikan untuk berniaga.

Persoalan-persoalan tersebut cukup membuat diri saya kata kerajaan tak akan mampu buat benda itu. LLN diswastakan, Pos di swastakan, macam-macam lagi di swastakan, syarikat kerajaan dibuat macam syarikat sendiri. Itu dasar penswastaan , tak boleh komen.

Begitu juga dengan koperasi, asal penubuhan adalah untuk kepentingan dan kebajikan ahlinya, tetapi akhirnya koperasi bermotifkan keuntungan, maka semua barang diniagakan secara ‘komersial’ dan kepentingan ahli tak dijaga lagi.

Sekaran kerajaan tak berniaga, tetapi kerajaan adalah penguatkuasa undang-undang dan peraturan, Harga boleh dikawal , untuk menentukan pematuhan harga, kerajaan ada penguatkuasa untuk mengenakan saman terhadap mereka yang melanggal peraturan, kerajaan ada polis, ada kastam, ada unit pencegehan penyeludupan, ada askar, ada askar sempadan, ada maritime , ada lembaga perikanan dan macam-macam badan yang ada peruntukan kuasa bagi mengawal semua jenis keperluan rakyatnya.

Cantik dah.. orang dulu-dulu reka jawatan dan kerja dalam kerajaan untuk jaga kepentingan rakyat. Secara logiknya, cukup cantik.. tapi jadi tak logic, penegeluar minyak sawit terutama dunia, rakyat tak dapat beli minyak masak, pengeluar minyak petrol terbaik dunia, rakyat terpaksa beli minyak harga mahal.

Semua ini berkait dengan 4 syarat yang saya kata diatas tadi.
Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim).
Hadis tersebut mungkin tak dapat dilaksanakan di Negara masyarakat majmuk (bukan kata saya, kerana saya berkeyakinan Al Quran dan Sunnah dapat dilaksanakan diseluruh dunia termasuk planet lain.)

Kita sering jumpa barang kawalan Negara kita dijual di Thailand. Dijual di Singapura atau di Indonesia. Dijual kerana ada sipat tamak mereka yang menjual dan mereka yang mengawal.

Sifat tamak disokong oleh mereka/ rakyat yang tak kisah. Rakyat boleh sabar kerana kita sering dikatakan “kita merdeka tanpa tumpah darah” , kita masyarakat yang toleransi dan macam- macam lagi yang telah melembutkan khursani dalam jiwa Melayu.


Sekian.

Tuesday, January 11, 2011

5 – Minutes Islamic Executive Talk 2 ( Products)


Assalamualaikum wbt.

Products

Kebiasaannya produk baru lambat ‘mesra’ dipasaran. Mungkin kerana, produk itu sendiri atau kerana gerak promosi.

Produk yang kita keluarkan adalah produk syok sendiri tanpa sebarang kajian pasaran. Kita keluarkan kerana kita ‘rasa’ orang akan suka produk tersebut, hanya bersandarkan kepada firasat ‘kita rasa’. Tapi hakikatnya orang lain ridak rasa seperti yang kita rasa kerana mungkin tempat berbeza, masa berbeza, citarasa berbeza, kekukuhan ekonomi berbeza, barang pengganti banyak, menyebabkan produk kita lambar mesra dipasaran.

Sebagai satu contoh, kita rasa minuman air asam boleh dijual dipasaran, maka kita tin kan air asam, tetapi hampir setahun dipasaran masih belum mendapat sambutan. Kenapa?

Lihat kepada Produk.

Kesesuai produk, khasiat produk, citarasa masyarakat, adakah produk kita telah memenuhi keperluan sesuatu produk, seperti yang saya kata kan tadi. Atau dijual ditempat yang betul pada masa yang betul.

Adakah produk kita dikeluarkan berdasarkan produk atau berdasarkan pengguna. Kalau berdasarkan produk, bermakna kita tetap dan nekad dengan produk tersebut, tanpa sebarang perubahan ,

Jikalau berdasarkan pengguna, bermakna produk kita mesra pengguna, kita akan mengikut kehendak pengguna.

Selalunya kita kena keluarkan produk yang disukai oleh pengguna, bukan disukai oleh kita, jadi kajian pasaran perlu dilakukan supaya ia menepati keperluan, kehendak dan citarasa pengguna.

Tetapi kita tidak akan mampu mengeluarkan produk yang betul-betul menepati kehendak semua pengguna, kita kena kategorikan pasaran, atau golongan sasar, demografi – orang kampong , orang Bandar, remaja, dewasa. Secara kategori pasaran , produk kita ‘hampir’ memenuhi citarasa pengguna.

Satu perkara yang saya nak ingatkan bahawa produk yang kita keluarkan mestilah produk yang halal pada syarak, bukan halal pada pandangan mata kita, halal pada syarak meliputi, dari bahan, dari modal, cara penyediaan, pembayaran gaji, upah dan mematuhi peraturan negara.

Soalan : Bagaimana dengan pelanggan adalah raja
Jawapan : Kita cuba memenuhi segala keperluan dan kehendaknya dengan harapan mereka akan setia kepada produk kita, kita tak boleh lari dari mengeluarkan produk sebagaimana dikehendaki oleh mereka, kajian dan maklumbalas daro pelanggan melalui peniaga atau borang soal selidik boleh dilakukan, atau kita mengupah consultant membuat kajian untuk kita, upahnya jangan tanya le !!

Monday, January 10, 2011

Bela Rakyat - Kejujuran dalam Perniagaan


Assalamualaikum wbt.

Kejujuran dalam perniagaan.

Minggu lalu, minggu sebelumnya, minggu ini dan minggu akan datang, minyak masak tiada dipasaran, mungkin menteri akan bantah kata saya, katanya minyak ada dipasaran, ini biasa terjadi di Malaysia, menteri mendengar penerangan dari pengusaha, pengeluar dan pengimport. Menteri tak dengar derita rakyat.
Mereka hanya berminat jumpa rakyat waktu pilihanraya. Dan jawapan yang paling mudah kepada rakyat terhadap kenaikan harga barang, sorok dan monopoli ialah mneyuruh rakyat berjimat dan bersabar. Memang kata-kata tersebut amat betul dan saya tidak menentang walau sepatah.

Yang saya menetang ialah; sudah menjadi tren dan dah banyak kali berlaku, bila sesuatu barang tiada dipasaran, maka kemunculan barang tersebut adalah dengan harga baru. Gula, tepung , susu, minyak. Dulu amat sukar saya hendak mengisi diesel dalam kereta saya, dari Kota Sarang Semut hendak Ke KL kerana urusan keluarga, dapat minyak di Tikam Batu, baru berani masuk Lebuh raya. Masa balik dapat diesel di Tapah, itupun duapuluh ringgit sahaja, terpaksa isi tawakkal dalam hati.
Bila saya dan rakyat bangkitkan isu ini mereka kata saya pembangkang. Betul kata mereka, habis adakah perlu saya ikut semuanya ?, walau sampai menyusahkan saya dan rakyat. Semua rakyat perlu membangkang dalam semua isu yang menyusahkan rakyat, apa guna ada kerajaan yang sering menimbulkan masalah kepada rakyat dan suka menipu ?
Tajuk ulasan saya adalah kejujuran dalam perniagaan, bukan politik, tapi penetapan harga adalah dalam kuasa politik, jika ahli politik jujur, maka rakyat akan senang, BN menang Kedah senang ( satu pembohongan yang amat sangat) berbanding Kedah Sejahtera.

Peranan kerajaan dalam menstabilkan harga, menteri dan orang yang berpendapatan tinggi mungkin tidak terasa dengan kenaikan harga, tetapi bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, ia amat terasa. Wang yang sebelum ini cukup sekarang perlu dicatu untuk mendapatkan makanan iaitu keperluan asas manusia.
Harga makanan mahal, harga buku mahal, harga pensel mahal, harga pisau lipat 5 sen dah jadi 30 sen. Jawapan mudah yang jahat.. zaman sudah berubah, nak murah buat sendiri.

Kerajaan boleh memain peranan dalam penguatkuasaan undang, setakat memberi amaran dalam surat khabar “ sila lapor peniaga yang naik kan harga barang” . berapa orang yang tampil buat laporan ?, “kita tak cukup kakitangan” – tak pernah cukup-cukup, oleh kerana tak cukup maka kita naikkan harga minyak supaya tak diseludup ke Thai.
Jalan penyelesaian yang mudah. Sekat penyeludupan, tambah overtime , yang ditangkap sebuah lori, yang diperiksa 5 persen dari lori keluar masuk, 95 persen lagi lepas. Jawapan yang diberi amat memilukan rakyat.
Yang paling sedih, penyeludup adalah dikalangan orang besar dan selalu terlepas, tolong senaraikan kepada saya kata orang besar buat penyeludupan ? .. tak ada bukti jangan fitnah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
Apa kaitan dengan orang kerajaan ayat diatas. Nampak tak ada kaitan, ayat tu suruh seolah –olah individu yang diarahkan supaya tak ambil hak orang lain dengan jalan yang salah.
Sepatutnya rakyat boleh hidup dengan sejahtera dan aman, tetapi apabila orang berkuasa mengambil dan melaksanakan tugas dengan cara yang salah, rakyat yang sepatutnya dulu RM 1.00 boleh bergerak 100 km, sekarang RM 1.00 hanya boleh bergerak 80km, 20 km lagi diambil secara salah oleh kerajaan.
Minyak yang disorok oleh pengeluar atau pemborong sepetutnya diambil tindakan segera keatas mereka, tetapi, kerana sebab-sebab tertentu, tindakan tak dikenakan, sekadar amaran, kemudian malam nanti, pergi jamuan bersama.. Sekali lagi hak rakyat diambil secara salah.

Saya tidak berminat untuk mengulas panjang,sekadar memperingati diri saya supaya tidak berbuat sedemikian dan memperingati orang yang telah berbuat sedemikian.

Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’, ayat 9)

Cukup setakat ini.

Sunday, January 9, 2011

Nasihat Guru - 2 (Practice makes perfect)



Assalamualaikum wbt.

Let’s do it again, ask my silat teacher (jurulatih not Guru). Many times you practice, it’ll move automatically.

Ye, it’s move automatically. My hand automatically move to prevent my body, my chest, my face and my anu from attacked. (but not faster like before).

How about mathematic , physics or account. Isn’t it become familiar or easier if you try to solve the problem again and again.

Sorry, my English is still poor, because I seldom practice, sometimes reading short article and I never practice in speaking for 2 – 3 years.

Practice make perfect. (knowledge or just know practice makes perfect is nothing if you do not apply in real situation or apply in your daily activities. It means, you know practice can make everything perfect, but if you only know the sentence , it means nothing. You know practice English language and try to speak everyday and every situation can improve you English, but you just know the sentence “practice makes perfect” , actually you are not practice, isn’t it true ?.

Thank you.

Tuesday, January 4, 2011

5 - Minutes Islamic Executive Talk - 1 (May I introduce my self)



Assalamualaikum wbt.

Saya akan menerangkan kepada anda, bahawa memperkenalkan diri kepada orang lain amat penting dalam perniagaan atau dalam kehidupan seharian kita. Namun dalam budaya Melayu Malaysia kita tidak suka memperkenalkan diri sendiri, sebab itu adalah budaya kita, tak boleh tersorong-sorong memperkenalkan diri, kalau orang lain perkenalkan tak mengapa.

Kita perlu dan mula mengubah budaya tersebut, perkenalkan diri supaya anda mendapat ramai kenalan. Kenalan adalah amat penting dalam perniagaan dan kehidupan seharian. Kenalan boleh dijadikan rangkaian ‘networking’ dalam perniagaan kita.

Hari ini mungkin kita tidak memerlukan kenalan baru tadi, esok lusa mungkin dia akan menjadi pembekal kepada perniagaan kita , rakan kongsi atau pelanggan tetap perniagaan kita atau rakan kongsi hidup kita.

Bagaimana nak memperkenalkan diri. Senang saja, buang sifat malu dan jadikan diri ‘muka tak malu’ (hanya dalam kes ini sahaja, lain kes bukan ajaran saya). Lama-lama akan jadi kebiasaan kita untuk memperkenalkan diri. Memang sukar untuk memperkenalkan diri, tapi sekarang ini mudah saja, walaupun kaedah ini sudah lama.

“This is my card” – boleh dijadikan bahan permulaan komunikasi. Assalamualaikum adalah paling baik. Tempahlah kad nama yang sesuai dengan perniagaan kita, hatta jawatan kita bagi penjawat awam (penjawat awam tidak berapa sesuai dibimbangi akan dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan, kecuali diberikan dikalangan penjawat awam yang lain).

Semasa menghulur kad, ambil kesempatan menerangkan kad nama tadi, seperti nama anda, syarikat anda, produk anda, dan nombor kontak, berikan sahaja kad tersebut tanpa rasa segan silu.

Sebagai seorang muslim anda perlulah mempraktikkan batasan antara lelaki dan wanita , anda boleh berkenalan dengan wanita-wanita sekadar urusan perniagaan, semasa berkenalan jangan berjabat tangan dengan bukan muhrim kerana itu bukan ajaran Islam.

Eksekutif- Eksekutif wanita, walaupun dengan penampilan yang hebat, tetapi jangan lupa bahawa ada batasan dalam pergaulan, walaupun perniagaan tadi akan mendapat untung yang banyak.

Soalan : Sesuaikah guna fb untuk memperkenalkan diri ?

Jawapan : fb sesuai digunakan sebagai media pengiklanan percuma, atau kita boleh guna laman web yang berbayar, kalau perniagaan belum cukup wang untuk tujuan tersebut, guna tapak yang percuma seperti blogspot , Jimdo atau lain-lain.





Sekian. …2

Selamat menempuh alam persekolahan.

Assalamualaikum wbt.

Selamat menempuh alam persekolahan, suatu masa, ketika yang dinanti- nantikan oleh semua anak di Malaysia. (Sebagai guru saya harap tiada yang keciciran). Tiada ibubapa yang mahu anaknya tidak bersekolah, kerana semua ibu bapa tahu itu satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan akan dipersalahkan seumur hidup jika tidak menyekolahkan anak-anak.

Anak kelima saya, gambar dibawah.


Tahun ini akan memulakan persekolahan tahun satu di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Nerang, Kedah. Malangnya/ terkilannya kerana saya tidak dapat menghantar dan memberi semangat kepadanya pada hari pertama persekolahannya.

Pada mulanya saya rancang menghantarnya kesekolah pada hari pertama iaitu Ahad 2 Januari 2011, tetapi apabila diumumkan cuti kerana bola, Cuti tersebut dibawa kepada hari Ahad di negeri Kedah, maka saya tak dapat melaksanakan apa yang saya rancangkan.

Sebelum masuk tahun satu, Muhammad Amri telah menghadiri ujian penentuan kelas, waktu itu ibunya juga yang menghantar kerana saya tiada bercuti, Isteri saya menceritakan bahawa Muhammad Amri, keluar awal semasa ujian tersebut, boleh jawab ke ?, Tanya isteri saya, “boleh” kata Muhammad Amri.


Hari ini Muhammad Amri ditempatkan di Kelas 1R, kelas ketiga !, Nanti saya akan pesan kepadanya supaya tidak keluar awal dalam peperiksaan, apa-apa jenis peperiksaan sekalipun. Saya tak berapa kisah kelas mana dia ditempatkan, asalkan guru masuk kelas dan mengajar dengan sepatutnya.

Hari pertama sekolah.

Isteri saya menghantar, menunggu sekejab dan meninggalkan kepada kakak Muhammad Amri tahun 3 disekolah yang sama. Isteri saya perlu menghantar seorang lagi anak iaitu Amin Sayuti ke Tadika , inipun hari pertama di Tadika. Kasihan kepada isteri saya yang terpaksa menguruskan 6 orang anak saya, secara sendirian. Tapi saya telah mengajarnya supaya menjadi seorang yang cekap dan berani, sebaik saja dia menjadi isteri saya kerana saya menjangkakan bila-bila masa saya akan berkhidmat jauh darinya atau bila-bila masa saya akan meninggal dunia.

Seorang lagi anak saya, Muhammad Aman, masuk tingkatan satu, di Sekolah Menengah Syed Ahmad, Kuala Nerang, yang ini juga dihantar oleh isteri saya pada hari pertama tersebut, kakak nya masuk tingkatan 2 disekolah yang sama. Anak lelaki ini tak berapa kisah sangat kerana, sudah ada kawan-kawan yang sama-sama masuk sekolah tersebut.

Waktu rehat isteri saya pergi melihat Muhammad Amri, puas mencari, rupanya sudah beli makanan, pandai pula ! , bab makan memang pandai. Tengok badan le. Apa yang dia beli ?, burger…

Jika ada kesempatan hantarlah anak kesekolah, beri sokongan moral, beri nasihat, jangan serahkan kepada guru sahaja. Kerja rumah anak perlu disemak, bag sekolah anak perlu diperiksa, kawan anak perlu dikenali.

Selamat maju jaya buat Amri, Adibah, Aman dan Afiqah.

Sunday, January 2, 2011

Nasihat Guru - 1 (Hadirlah umpama gelas yang kosong)


Assalamualaikum wbt.

Medan menuntut ilmu di zaman sekarang sudah berbagai-bagai, boleh menghadiri bacaan kitab oleh guru di surau/masjid, menghadiri seminar, menghadiri forum, diskusi dan ceramah.

Kadang-kadang apabila kita berada dalam majlis ilmu, kita rasa kita sudah tahu ilmu yang disampaikan, timbulah ego kita dan kita tidak memberi perhatian, atau lebih teruk kita menganggu majlis tersebut dengan berbual atau bertanyakan soalan dengan niat ‘mengena’.

Ingatlah,

jika kita sudah tahu ilmu tersebut, anggaplah itu sebagai peringatan atau ulang kaji, kalau kita belum tahu anggaplah itu sebagai ilmu baru, janganlah kita memperlekehkan orang yang menyampaikan ilmu tersebut.

Jadi pesan saya,

jika kita hendak menghadiri majlis ilmu atau apa saja ucapan, kosongkan minda seperti gelas yang kosong, supaya ilmu dapat masuk kedalam diri kita, umpama gelas yang kosong dapat diisi dengan air.

Kalau kita datang seumpama gelas yang penuh, air yang dimasukkan akan mengalir keluar begitu sahaja.

Mengingatkan kata Pengetua Maktab Perguruan Teknik , Jln Tenteram, Kuala Lumpur semasa diskusi bersama Guru Pelatih KPLI Perdagangan dan Ekonomi tahun 1995.

Sekian.

Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun Baru Masihi 2011

Assalamualaikum wbt.

Tahun baru memang selamat, harinya cukup 356 hari, Bulannya cukup 12 bulan, seminggunya cukup 7 hari, seharinya cukup 24 jam.

Cuma kita sahaja yang selalu kata tak cukup masa.

Satu lagi…

Kita ni selamat ke di tahun 2011 ?.

Tahun ini, hari ini .. 01/01/2011 = 1/1/11 = 1.1.11 atau = 1111, nombor cantik, susun macam tiang pagar kebun. Tapi tak cantik 1 + 1 + 1 + 1 = 4.

(sesiapa yang percaya pada nombor, taubatlah .. berdosa ., kalau sekadar syok-syok tengok nombor tersusun.. tak de pe..)

Ramailah yang mengabadikan 1111, abadikan sebagai hari berkahwin, atau apa-apa saja yang grand untuk dikenang. Nak mula masuk sekolah, sekolah cuti pada tarikh ini, di Kedah pun cuti sebab hari Sabtu, kalau tidak, mesti ok. 1111 tarikh mula masuk darjah/tahun 1, sekolah rendah. Satu-satu-satu-satu, hanya Allah yang satu.

Azam apa le tahun ni ?.

Macam tahun lalu juga ke ?.

Apa-apa hal pun , selamat maju jaya untuk tahun 2011