Assalamuaalaikum wbt.
Selamat Tinggal SMT dan Selamat Tinggal BPTV
Saya memilih tarikh 16 Julai 2010 iaitu hari Jumaat bersamaan 4 Syaaban 1431H, walaupun pada mulanya saya bercadang melapor diri pada 19 Julai hari Isnin. Jumaat adalah penghulu segala hari, semoga ada keberkataan perjalanan saya untuk segmen ke dua ini dalam perkhidmatan saya.
Saya telah membuat keputusan untuk keluar dari sistem pendidikan teknik yang saya ’perhambakan diri’ selama 15 tahun. Bukan kerana saya tak sayang lagi namun kerana perkembangan kerjaya, saya mengorak langkah. Semoga saya berjaya meneruskan kerjaya saya dengan lebih baik dan aman.
Kali ini bertukar tanpa perlu membawa fail-fail, serta pekeliling-pekeliling berkaitan pentadbiran kerana saya akan menjadi cikgu sepenuhnya ditempat yang baru dan jauh dari Jelapang Padi Hijau Kuning. Sekarang saya berpegang pada kata-kata orang yang berhijrah pasti akan mendapat kesenangan, dan sentiasa berharap pertolongan Allah untuk selamatkan saya dan selamatkan isteri dan anak-anak yang saya tinggalkan sementara waktu dari sebarang masalah.
Kepada sahabat-sahabat , kawan-kawan, bekas-bekas pelajar saya atau mereka yang sentiasa melayari blog dan facebook saya, mari kita terus berinteraksi dan mengekalkan persahabatan . Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Jumpa lagi. Insya Allah.
Tuesday, July 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment