Wednesday, July 21, 2010

Tempat kerja baru

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali. Hari ini baru ada kesempatan untuk publish post sejak bertugas ditempat baru mulai 16 Julai 2010 (ulang tahun hari jadi isteri saya yang ke 4X) Sebenarnya fikiran pun tak tenteram dalam minggu ini kerana belum dapat suaikan diri ditempat baru, tambahan jauh dari anak-anak dan isteri serta keluarga. Kerja pula kena balik lewat, bukan 2.40 ptg macam kerja disekolah dulu, dan sekarang pula belum diberi apa-apa tugas, bertambahlah tak tau nak buat apa.

Apa-apapun saya bertekad dan berazam akan bekerja bersungguh-sungguh ditempat baru, nak sepadankan dengan gaji yang diberikan. Ada hikmah disebalik pertukaran ke sini dan tak lama saya disini, esok lusa balik lah saya.

Jumpa lagi. Assalamuaalikum

Tuesday, July 13, 2010

Selamat Tinggal SMT dan BPTV

Assalamuaalaikum wbt.

Selamat Tinggal SMT dan Selamat Tinggal BPTV

Saya memilih tarikh 16 Julai 2010 iaitu hari Jumaat bersamaan 4 Syaaban 1431H, walaupun pada mulanya saya bercadang melapor diri pada 19 Julai hari Isnin. Jumaat adalah penghulu segala hari, semoga ada keberkataan perjalanan saya untuk segmen ke dua ini dalam perkhidmatan saya.

Saya telah membuat keputusan untuk keluar dari sistem pendidikan teknik yang saya ’perhambakan diri’ selama 15 tahun. Bukan kerana saya tak sayang lagi namun kerana perkembangan kerjaya, saya mengorak langkah. Semoga saya berjaya meneruskan kerjaya saya dengan lebih baik dan aman.

Kali ini bertukar tanpa perlu membawa fail-fail, serta pekeliling-pekeliling berkaitan pentadbiran kerana saya akan menjadi cikgu sepenuhnya ditempat yang baru dan jauh dari Jelapang Padi Hijau Kuning. Sekarang saya berpegang pada kata-kata orang yang berhijrah pasti akan mendapat kesenangan, dan sentiasa berharap pertolongan Allah untuk selamatkan saya dan selamatkan isteri dan anak-anak yang saya tinggalkan sementara waktu dari sebarang masalah.

Kepada sahabat-sahabat , kawan-kawan, bekas-bekas pelajar saya atau mereka yang sentiasa melayari blog dan facebook saya, mari kita terus berinteraksi dan mengekalkan persahabatan . Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Jumpa lagi. Insya Allah.

PRS - Mencari Qari Senja - 37

Assalamualaikum wbt.

PRS - MQS amsuk hari ketiga puluh tujuh, minggu ke tiga belas 12/7/2010.

HL : Dukacita malam ini merupakan malam penangguhan PRS, ana memaklumkan kepada Ustaz bahawa ana terpaksa menangguhkan aktiviti ini kerana ana telah diarahkan bertukar. Ana memohon maaf dari ustaz dan rakan-rakan. namun begitu malam ini ana meneruskan bacaan dan bacaan ana betul.

Insya Allah di tempat baru ana akan teruskan PRS ini dan berterusan dalam mempelajari Al Quran. Semoga Allah memudahkan semua urusan ana di dunia ini dan di akhirat.

Sehingga jumpa lagi .

Thursday, July 8, 2010

Sekolah keempat (hanya satu persinggahan) - 3

Sekolah keempat (hanya satu persinggahan) – 3

Assalamualaikum wbt.

Sehingga hari ini tak banyak yang dapat saya sumbangkan kepada SMT Kulim, sukan pada 25 Jun yang lalu saya terpaksa ambil cuti kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan (melibatkan pihak lain- jika tidak saya tak akan cuti). Kemudian pada 25 Jun hingga 27 Jun ada perkhemahan perdana unit beruniform, saya datang sekejap, hari Jumaat, kemudian petang itu terus saya balik ke KN. Petang Jumaat datang bawa isteri dan anak-anak. Sejak kerja di Kulim, tak pernah ada masa untuk bawa anak-anak berkelah atau putar-putar.

Masa tinggal di SMT Pendang, petang-petang bawa anak pergi putar-putar jalan Yan, pergi laut, pergi Gunung Jerai, balik kampung, masa banyak. Tak ada masa sebab hari Jumaat jadi letih kerana bekerja di kebun. Ini saja lah peluang saya untuk berpeluh dalam satu minggu, dengan berkebun, kalau nak balik kampung saya terpaksa balik malam.


Mesyuarat PIBG bulan Mac 2010 dulu saya pun tiada disekolah kerana diarah urus keputusan SPM pelajar SMT Pendang.

Kejohanan Antara Teknik masa cuti penggal, tak dapat saya sumbang apa-apa,

29 Julai 2010 akan diadakan hari Anugerah Teknokrat Cemerlang (Hatec). Majlis ini pun saya tak sempat. Kerana saya akan......

Sekolah keempat saya ini, tak banyak yang saya dapat sumbangkan bakti, sama seperti sekolah kedua saya iaitu, SMT Sungai Petani 2. Walaupun setahun saya menerima gaji disana, tapi 6 bulan sahaja saya bekerja disana, manakala 6 bulan lagi saya ulang alik ke Pusat Bandar Damansara, buat kerja untuk SMT Pendang.

Namun saya amat berpuas hati betugas di SMT Lahad Datu- sekolah pertama saya dan SMT Pendang sekolah ke tiga saya. Di kedua-dua sekolah ini saya raya puas bekerja, walaupun di Pendang lebih mencabar dan tercabar. Banyak sumbangan bakti saya buat dikedua-dua sekolah ini, Di SMT Lahad Datu Julai 1995 – Jan 2003 (7 ½ tahun), Di SMT Pendang Jan 2004 – Dis 2009 (6 tahun).

Sumbangan bakti saya mungkin tak nampak kerana kebanyakannya bukan berbentuk fizikal.

Di Sekolah Keempat , saya tak banyak memberi ucapan, dan kalau beri ucapan sekadar ucapan ringkas, tak seperti di Lahad Datu dan Pendang. Di Technic LeaDs (SMT Lahad Datu), guru-guru homat saya, di STEP (SMT Pendang) bilangan yang ‘kurang ajar’ pun ramai juga. Biasalah asam garam hidup, Cuma satu sahaja yang tiada maaf bagi mu – yang lain boleh cincai. Nak jadi pengurus kena sedia terima semua yang pahit. Manakala yang manis pula bukan untuk kita. Nak jadi pemimpin lagi kena tabah.

Di Sekolah Keempat Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka, cikgu rajin-rajin dan tahu kerja yang nak buat, tak perlu suruh banyak-banyak, macam di SP2 juga.

Kepada semua Guru SMT Kulim saya minta maaf atas segala salah silap saya, halalkan makan minum, halalkan yang termelawak lebih kurang, teruskan usaha , Allah akan balas semua kebajikan yang kita lakukan. Saya pergi kerana menyahut panggilan JIHAD. Allah Hu Akbar !!!! (bukan saya nak ke Gaza)

Jumpa lagi.... Assalamualaikum.

PRS - Mencari Qari Senja - 36

PRS – MQS – 36

Program realiti Sendiri diteruskan lagi, masuk hari ke 36, minggu ke duabelas, Rabu 7 Julai 2010,

PRS : Assalamualaikum wbt, nampaknya peserta malam ini amat berkurangan, hanya ada tiga peserta, ustaz di bantu oleh seorang pembantu. Tn Hj memulakan bacaan dihadapan ustaz, Tn Hj terpaksa mengenakan cermin mata kerana beliau sudah rabun dekat, kalau Tn Hj tak bawa cermin beliau terpaksa mengangkat Al Quran dan diletakan di posisi menegak supaya lebih jelas. Nampaknya tn Hj seperti memeberi sesuatu kepada Ustaz dan kemudian beralih kepada pembantu ustaz dan memebri sesuatu, mari kita tanya tn Hj apa yang diberikan kepada mereka.

PRS : Tadi saya nampak Tn Hj berikan sesuatu kepada Ustaz dan pembantu ustaz, apa yang diberikan ?
HJ : Sebenarnya ana hendak merahsiakan pemberian ini, namun untuk mengelak salah sangka, sebenarnya ana berikan sedikit zakat wang simpanan ana kepada mereka berdua, mereka ini adalah guru kita, dan mereka adalah penerus generasi Al Quran, jadi saya berikan kepada mereka sebahagian kecil wang zakat. Mereka tidak menerima upah atau apa apa yuran.

PRS : Bukan kah Tn Hj buat potongan zakat setiap bulan, melalui potongan gaji.
HJ : Benar, itu adalah zakat pendapatan, tapi yang saya berikan adalah zakat wang simpanan, iaitu sebanyak 2.5 peratus dari wang simpanan, baru ini ana ke pejabat zakat berbincang dnegan pegawai disana, lalu ana buat keputusan memberi sebahagian kepada guru ana.

PRS : Tidak kah zakat itu mesti dibayar kepada pemerintah.
HJ : Benar, pemerintah ada hak untuk pungut zakat dari orang Islam yang layak mengeluarkan zakat. Dan pemerintah akan menegluarkan zakat kepada asnaf yang telah mereka tetapkan, tapi adakah guru saya akan dapat zakat dari pemerintah ?.
Saya yakin dengan apa yang saya lakukan.

PRS - Mencari Qari Senja - 35

PRS – MQS – 35

Program realiti Sendiri diteruskan lagi, masuk hari ke 35, minggu ke duabelas, Selasa 6 Julai 2010,

PRS : Assalamualaikum wbt, malam ini saya nampak Tn Hj minta Ustaz menegur bacaan surah Lazim bermula dari Al Ha .. , kenapa ?
HL : Ana beritahu ustaz yang bulan Ramaddan tak lama lagi, jadi surah-surah tersebut yang akan dibaca dalam sembahyang terawih, jadi ustaz pun sudi mendengar bacaan ana. Maklum sajalah kadang saya menjadi imam kepada Isteri dan anak-anak, biarlah bacaan ana betul walaupun salah.

PRS : macam mana pula betul walaupun salah.
HL : maksudnya kesalahan-kesalahan kecil yang boleh diterima, yang tak merubah makna ayat.
PRS : Kenapa tak terawih di Masjid sahaja.
HL : Isteri kita bukan boleh selalu ke masjid, petang buat kuih, lepas berbuka, cuci pinggan mangkuk, anak kecil dan sebagainya yang boleh jadi alasan tak pergi solat terawih jemaah, kalau sembahyang terawih seorang diri mungkin tak bersemangat, jadi sekali sekala saya jemaah dirumah,

PRS - Mencari Qari Senja - 34

PRS – MQS – 34

Program realiti Sendiri diteruskan lagi, masuk hari ke 34, minggu ke duabelas, Isnin 5 Julai 2010,

PRS : Assalamualaikum wbt, minggu ini pencarian diteruskan, nampaknya para peserta macam dah habis mood, kecuali Tn Hj Lutfi seorang sahaja yang masih bersemangat dan sentiasa awal, syabas PRS ucapkan kepa Tn Hj Lutfi, namun bacaan Tn Hj masih lagi belum mantap sepenuhnya, sebagai contoh minggu sebelum cuti , bacaan amat baik, namun selepas cuti, bacaan kembali tidak stabil, panjang pendek mad, masih menjadi kesalahan walaupun kesalahan kecil, sebutan ain, khain, masih belum mantap, walaupun Tn Hj orang Kedah yang tak jadi masalah sebut huruf Ain, dan Khain.

Wednesday, July 7, 2010

Mike Tyson

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

(Gambar:TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.)

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

komen Hjlutfi-choras.blogspot

1. Kuat tara manapun kita, dihadapan Allah, jatuh kelepuk juga.
2. Syukur kerana dapat menitiskan air mata keinsafan
3. Pemimpin kita pergi juga haj dan umrah namun, kepentingan dunia tetap diutamakan,
(biarkan mereka dengan labu labanya) dan kita dengan labu laba kita

Sunday, July 4, 2010

15 tahun jadi guru 3 Julai 2010

Guru oh Guru

Assalamualaikum wbt.

Hari ini sudah /baru 15 tahun saya menjadi guru, sesekali rasa macam biasa sahaja jadi guru, dua kali rasa lelah juga dengan pekara-perkara lain selain dari mengajar. Hendak atau tidak saya akan teruskan kerjaya saya dalam bidang perguruan ini.

Kalau nak berkira dengan naik Gred (sebut naik pangkat, rasa macam, tak ada kerja lain, asyik nak naik pangkat sahaja, namun keperluan kewangan hari ini memerlukan saya naik gred). 10 tahun 41 ke 44 (KUP), 10 tahun lagi 48 (KUP), pencen nanti dikira gaji akhir DG41 sebab itu adalah gred hakiki seseorang guru, kecuali mereka yang dapat gred 44/ 48/52/ 54 hakiki.

Orang/ Jabatan lain naik gaji, kita rasa terliur nak gaji, tapi Ceupec berjuang untuk gred 29 sahaja. Masa naik gaji dulu gred PPPS naik sikit sahaja, itu yang membuat gaji guru celaru dan terpaksa ubahsuai sampai tak untungkan PPPS. Apa boleh buat rezeki masing-masing.

Mood tahap mana ?.

Walaupun dah 15 tahun jadi guru, mengajar macam biasa/ belum luar biasa, perkataan halal haram sahaja yang membuatkan saya boleh masuk kelas dan buat kerja-kerja guru yang lain. Kalau bukan sebab itu, tak tahulah. Tusyen luar pun tak buat, tahun 98 dulu ada ajar tusyen anak jiran, 3 orang sahaja, lepas tu tak pernah ajar tusyen.

Namun begitu selepas 15 tahun mengajar ada berita baik punya, tawaran baik, namun saya kena membuat analisis dan istiqarah .

PRS - Mencari Qari Senja - 33

Assalamualaikum wbt.

PRS - MQS masuk hari ke 33 minggu ke sebelas, 30 Jun 2010.

PRS : Assalamualaikum wbt.
HL : Waalaikummussalam wbt.
PRS : Bagaimana dengan bacaan malam ini?
HL : Alhamdulillah, tak ada kesalahan.