Monday, June 15, 2015

Penjenamaan Semula dan Strategi Penjenamaan


Penjenamaan Semula dan Strategi Penjenamaan (Branding Strategy)

Penjenamaan semula bukan satu perkara yang asing terutamanya dalam syarikat-syarikat korporat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Dalam aspek domestik, dapat disaksikan dengan jelas beberapa nama besar yang dulunya kurang dan mungkin tidak dikenali telah mengambil langkah serius dalam strategi penjenamaan. Dalam bidang industri penyiaran, rangkaian Media Prima (TV3, TV9, 8TV, NTV7) dilihat sangat serius dalam aspek ini dan tidak terkecuali juga RTM. Bezanya, hasil terhadap langkah serius ini memerlukan tempoh penilaian. Mudahnya, jangan impikan peningkatan jumlah penonton secara tiba-tiba melonjak jika strategi penjenamaan dibuat secara ’geli-geli’ sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat telah menghuraikan bagaimana beliau telah mengubah haluan syarikat hingga berjaya memulihkannya kembali mencapai keuntungan.

Berucap kepada pelajar pasca ijazah dari Graduate Business School (GBS) Universiti Kebangsan Malaysia (UKM), Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Vita Life Sciences, Eddie Tie menceritakan bagaimana beliau telah mengubah strategi syarikat untuk memulihkannya kembali.

Dari sebuah syarikat yang mengalami banyak kerugian hingga terpaksa dikeluarkan dari senarai syarikat di Bursa Saham Australia pada 1994 ia kini telah berjaya mengembangkan jualannya sebanyak 350 peratus dalam masa empat tahun.

Setelah menyertai syarikat itu pada 1995 beliau melaksanakan strategi tidak berkompromi dengan harga barangan keluarannya kerana berpendapat pengekalan harga yang konsisten adalah kunci untuk menunjukkan kualiti.

Usaha penjenamaan semula ini boleh juga digunapakai untuk untuk individu, menjenama diri dari seorang yang kurang menarik kepada menarik atau dari seorang yang menarik kepada seorang yang tidak menarik. Atau sebelum ini tidak mendapat perhatian kepada untuk mendapat perhatian.

Dalam kes individu jarang digunakan penjenamaan semula, ia lebih kepada perubahan imej diri, namun tak salah jika kita gunakan konsep penjemaan semula.

Banyak cara boleh digunakan, media social spt facebook adalah media yang paling sesuai digunakan oleh individu untuk menjemakan diri sendiri. Memuat naik foto yang agak menarik atau luar biasa pasti akan mendapat perhatian rakan-rakan, dan seharusnya rakan-rakan mencadangkan sesuatu yang bernas bagi menguatkan lagi usaha individu tersebut menjenamakan dirinya. Rakan fb boleh mencadangkan rakannya supaya ‘add’ supaya individu tersebut lebih ‘terkenal’ dan dapat memenuhi maksud tersirat penjenamaan semula . Selamat mencuba.


Gambar Hiasan.

Contoh komen yang biasa ditulis dalam fb.

  1. Kat mana nie ?
  2. Amboi.. macam pinang di belah kapak.
  3. Tak kan shopping kat Pekan Rabu je, pergi lah shoping kat London.

Maksud tersirat.

  1. Mempromosi Pekan Rabu.
  2. Nak bagi tau kawan-kawan dan anak murid cikgu dan cikgu masih hidup.

 

Penjenamaan semua.

  1. Menukar imej orang muda ke orang tua.