Parti Baru, ada berani ?
Assalamualaikum wbt.
Bakal muncul Parti Baru, seakan akan PAS, lahir dari PAS
dicantum dengan mereka yang bukan PAS tapi mahu tumbangkan BN, diadun dengan
mereka yang mahukan kepentingan sendiri di gaul dengan mereka yang tumpang kecewa
dengan UMNO, PAS , individu tertentu dan lain-lain.
PKR, saya tidak nampak hala tuju perjuangannya, untuk apa ?,
bangsa, agama, negara ?. PAS jelas halatujunya sehingga menyingkir mereka yang
mempraktikkan suruhan dalam Quran yang tidak terkategori dalam Fardu Ain.
Mempraktikkan Al Quran eg, menjadi pakar matematik, pakar
fizik, pakar perniagaan, berusaha jadi kaya, berusaha memegang kuasa. Hamblum minnanas, Hamblum minnaAllah.
Mempraktikkan Fardu Ain, solat , puasa, zakat, haji dan hokum
Allah.
Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru
itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli
jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip
Islam.
"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua
kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah.
Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.
"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip
Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka
tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.
Kehadiran beberapa NGO yang turut menyokong parti baharu ini
seperti PASMA, IKRAM, ABIM dan lain-lain akan menjadikan parti baharu ini
seperti parti AKP yang dipimpin oleh Erdogan di Turki.
Dan jika dulu Anwar pemimpin gerakan Reformasi 1998 yang
buat pertama kali telah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat sehingga sejak
itu UMNO BN gagal untuk mencapai majoriti dua pertiganya di parlimen, kini
gerakan reformasi kedua bermula, dipimpin oleh tenaga progresif insyaAllah
bakal menamatkan rejim pemerintahan kerajaan UMNO BN digantikan dengan
"Pakatan Rakyat" yang sebenarnya.
Ada berani ?
Sebenarnya Ahli PAS amat sukar untuk keluar PAS takut dimurkai
Allah, Ahli PAS ditarbiah agar bersatu dalam Jemaah, kekal bersama Jemaah, Jemaah
yang sentiasa berdakwah untuk dunia dan akhirat. PAS itu Parti Dakwah. Apatah
lagi nak keluar PAS dan menyertai UMNO yang jelas dipimpin oleh mereka yang tak
beranipun jadi imam solat. Yang rakus mengejar dunia hingga lupa akhirat (tak
semua). Tapi yang kejar dunia lebih-lebihan ada dalam UMNO.
Tapi Parti baru akan bekerjasama dengan DAP, yang
sememangnya saya tidak setuju dengan DAP, kerana saya curiga dan yakin mereka
ada agenda tersendiri, menyahudikan
Malaysia. Mengkristiankan Malaysia . Habis bagaimana?. Nak sokong atau
tidak.
Jika G18 menubuh satu parti seperti yang disebut oleh Khalid
Samad, Insya Allah, saya mungkin salah seorang penyokongnya, (tn, macam nak keluar Jemaah je ?!!)
Ya , keluar Jemaah dan
masuk Jemaah baru yang lebih rasional
dan berasaskan akidah Islam. Namun jika Parti baru itu nanti macam PKR je, saya
akan kekal dalam PAS.
No comments:
Post a Comment