Tuesday, June 30, 2015

Doa bila umur dah cecah 50 an

1.    Pada waktu umur ini, hutang masih belum selesai,nyawa tinggal pendek saja  maka baca doa ini,




2.    Dosa masih banyak, terpaksalah bertaubat baca doa ini,

3.    Anak dah dapat anak, perlu lah doa untuk kebaikan zuriat dan keberkatan





4.    Kadang berkelahi laki bini, baca lah doa ni mak hang oii.

5.    Dengan kudrat yang tak berapa ada, nak parking kereta jauh, nak tunggu di hospital rasa letih, baca doa ni, bagi Allah permudah segala urusan.









7.    Dalam banyak banyak doa, hak nil ah yang paling utama, nama dia pun penghulu segala istigfar, sihat pun tak guna kalua dosa tak terampun, doa sajalah dan bersangka baik kepada Allah, Allah adalah penerima taubat dan pengampun dosa.





Thursday, June 25, 2015

Parti Baru, ada berani ?


 

 

Image result for gambar PAS

Parti Baru, ada berani ?

Assalamualaikum wbt.

Bakal muncul Parti Baru, seakan akan PAS, lahir dari PAS dicantum dengan mereka yang bukan PAS tapi mahu tumbangkan BN, diadun dengan mereka yang mahukan kepentingan sendiri di gaul dengan mereka yang tumpang kecewa dengan UMNO, PAS , individu tertentu dan lain-lain.

PKR, saya tidak nampak hala tuju perjuangannya, untuk apa ?, bangsa, agama, negara ?. PAS jelas halatujunya sehingga menyingkir mereka yang mempraktikkan suruhan dalam Quran yang tidak terkategori dalam Fardu Ain.

Mempraktikkan Al Quran eg, menjadi pakar matematik, pakar fizik, pakar perniagaan, berusaha jadi kaya, berusaha memegang kuasa.  Hamblum minnanas, Hamblum minnaAllah.

Mempraktikkan Fardu Ain, solat , puasa, zakat, haji dan hokum Allah.

 

Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

 

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.

 

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.

 

"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Kehadiran beberapa NGO yang turut menyokong parti baharu ini seperti PASMA, IKRAM, ABIM dan lain-lain akan menjadikan parti baharu ini seperti parti AKP yang dipimpin oleh Erdogan di Turki.

 

Dan jika dulu Anwar pemimpin gerakan Reformasi 1998 yang buat pertama kali telah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat sehingga sejak itu UMNO BN gagal untuk mencapai majoriti dua pertiganya di parlimen, kini gerakan reformasi kedua bermula, dipimpin oleh tenaga progresif insyaAllah bakal menamatkan rejim pemerintahan kerajaan UMNO BN digantikan dengan "Pakatan Rakyat" yang sebenarnya.

Ada berani ?

Sebenarnya Ahli PAS amat sukar untuk keluar PAS takut dimurkai Allah, Ahli PAS ditarbiah agar bersatu dalam Jemaah, kekal bersama Jemaah, Jemaah yang sentiasa berdakwah untuk dunia dan akhirat. PAS itu Parti Dakwah. Apatah lagi nak keluar PAS dan menyertai UMNO yang jelas dipimpin oleh mereka yang tak beranipun jadi imam solat. Yang rakus mengejar dunia hingga lupa akhirat (tak semua). Tapi yang kejar dunia lebih-lebihan ada dalam UMNO.

Tapi Parti baru akan bekerjasama dengan DAP, yang sememangnya saya tidak setuju dengan DAP, kerana saya curiga dan yakin mereka ada agenda tersendiri, menyahudikan Malaysia. Mengkristiankan Malaysia . Habis bagaimana?. Nak sokong atau tidak.

 

Jika G18 menubuh satu parti seperti yang disebut oleh Khalid Samad, Insya Allah, saya mungkin salah seorang penyokongnya, (tn, macam nak keluar Jemaah je ?!!)

Ya , keluar Jemaah dan masuk Jemaah  baru yang lebih rasional dan berasaskan akidah Islam. Namun jika Parti baru itu nanti macam PKR je, saya akan kekal dalam PAS.

Wednesday, June 17, 2015

Dari blog realiti abadi dari sinar harian

Dasar satu keluarga, satu anak menyebabkan 65 juta bayi kembar dibunuh sejak 1978?
Foto yang dirakam Jeff Abelin.

BEIJING - CHINA. 'Dasar satu anak, satu keluarga' di China sejak 1978 telah menyebabkan hampir 65 juta bayi kembar telah dibunuh dan 1.5 juta bayi perempuan dibuang setiap tahun di negara itu.

Dasar ini diperkenalkan oleh Presiden Deng Xiaoping pada 1978 untuk mengurangkan masalah sosial, ekonomi, dan alam sekitar China. Dasar ini bertentangan dengan dasar Mao Zedong pada 1949 bahawa 'dalam semua benda di dunia, manusia adalah paling utama'. Lebih besar penduduk, bermakna lebih banyak tenaga kerja.

Pada November 2013, kerajaan China mengumumkan yang dasar rasmi itu akan dilonggarkan bagi membenarkan pasangan memiliki dua anak jika salah seorang daripada mereka ialah anak tunggal.


KISAH YANG MENGEJUTKAN

Pada tahun 1997, ketika seorang jurugambar dari Amerika Syarikat, Jeff Abelin bersama-sama beberapa orang rakannya mendaki sebuah gunung di Wilayah Fuyang China, mereka terjumpa suatu bungkusan kain yang agak besar di kawasan lereng gunung tersebut.

Sangkaan awal mereka kain itu adalah peninggalan pendaki terdahulu, namun setelah diteliti, rupa-rupaya bungkusan kain putih itu mengandungi bayi perempuan yang masih bernyawa.

Lantas tanpa berlengah, Jeff serta rakan-rakannya membawa bayi berkenaan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Namun apa yang mengejutkan, pegawai perubatan di hospital itu memaklumkan bahawa bayi itu sepatutnya ditinggalkan di sana dan tidak perlu diberi rawatan.

Keenganan pegawai perubatan berkenaan merawat bayi itu mengecewakan Jeff. Dia kemudian membawa semula bayi itu ke lereng bukit berkenaan kerana tidak tahu ke mana hendak meletakkan bayi tersebut.

Berat hati memikirkan tentang bayi itu, Jeff kembali semula ke lokasi itu beberapa hari kemudian namun kali ini dia dikejutkan dengan lebih ramai bayi diletakkan di tempat sama.


MALANG BAGI SIBAYI

Selang beberapa hari, bayi perempuan yang ditemui Jeff meninggal dunia kerana masalah radang dan komplikasi hati.

Bagi menzahirkan kesedihannya, Jeff telah mengambil sekeping foto bagi menceritakan betapa kejamnya dasar tersebut dan menjadi saksi bisu kes pembuangan bayi oleh pasangan di China kerana dasar 'satu anak satu keluarga'.

Gambar tersebut tidak pernah memenangi sebarang anugerah namun ia tersenarai antara 100 gambar yang mampu menggegarkan dunia.

Selepas tersebarnya gambar itu, para aktivis hak asasi manusia dengan lantangnya mengkritik kerajaan China atas pelaksanaan dasar kejam tersebut.


KESAN DASAR

Kerajaan China menganggap dasar itu sebagai kejayaan besar untuk mengatasi masalah kependudukan seperti kemiskinan, kelaparan, kebuluran, kesihatan, kadar celik huruf dan pelbagai masalah sosial lain.

Presiden AS George W. Bush menggunakan alasan hak asasi manusia untuk menghentikan AS$40 juta bayaran kepada UNFPA (China) pada awal tahun 2002.


NEGARA CHINA

Republik Rakyat China (RRC), China merupakan sebuah negara di Asia Timur yang merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1,300 juta orang, iaitu kira-kira satu perlima manusia di bumi. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti.

Pada keluasan kira-kira 9.6 juta kilometer persegi (3.7 juta batu persegi), RRC ialah negara ketiga atau keempat terluas di dunia dari segi keluasan keseluruhan dan negara kedua terbesar dari segi keluasan daratan.

Ia juga merupakan sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan dan ekonomi.



Sumber: Sinar Harian

Monday, June 15, 2015

Penjenamaan Semula dan Strategi Penjenamaan


Penjenamaan Semula dan Strategi Penjenamaan (Branding Strategy)

Penjenamaan semula bukan satu perkara yang asing terutamanya dalam syarikat-syarikat korporat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Dalam aspek domestik, dapat disaksikan dengan jelas beberapa nama besar yang dulunya kurang dan mungkin tidak dikenali telah mengambil langkah serius dalam strategi penjenamaan. Dalam bidang industri penyiaran, rangkaian Media Prima (TV3, TV9, 8TV, NTV7) dilihat sangat serius dalam aspek ini dan tidak terkecuali juga RTM. Bezanya, hasil terhadap langkah serius ini memerlukan tempoh penilaian. Mudahnya, jangan impikan peningkatan jumlah penonton secara tiba-tiba melonjak jika strategi penjenamaan dibuat secara ’geli-geli’ sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat telah menghuraikan bagaimana beliau telah mengubah haluan syarikat hingga berjaya memulihkannya kembali mencapai keuntungan.

Berucap kepada pelajar pasca ijazah dari Graduate Business School (GBS) Universiti Kebangsan Malaysia (UKM), Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Vita Life Sciences, Eddie Tie menceritakan bagaimana beliau telah mengubah strategi syarikat untuk memulihkannya kembali.

Dari sebuah syarikat yang mengalami banyak kerugian hingga terpaksa dikeluarkan dari senarai syarikat di Bursa Saham Australia pada 1994 ia kini telah berjaya mengembangkan jualannya sebanyak 350 peratus dalam masa empat tahun.

Setelah menyertai syarikat itu pada 1995 beliau melaksanakan strategi tidak berkompromi dengan harga barangan keluarannya kerana berpendapat pengekalan harga yang konsisten adalah kunci untuk menunjukkan kualiti.

Usaha penjenamaan semula ini boleh juga digunapakai untuk untuk individu, menjenama diri dari seorang yang kurang menarik kepada menarik atau dari seorang yang menarik kepada seorang yang tidak menarik. Atau sebelum ini tidak mendapat perhatian kepada untuk mendapat perhatian.

Dalam kes individu jarang digunakan penjenamaan semula, ia lebih kepada perubahan imej diri, namun tak salah jika kita gunakan konsep penjemaan semula.

Banyak cara boleh digunakan, media social spt facebook adalah media yang paling sesuai digunakan oleh individu untuk menjemakan diri sendiri. Memuat naik foto yang agak menarik atau luar biasa pasti akan mendapat perhatian rakan-rakan, dan seharusnya rakan-rakan mencadangkan sesuatu yang bernas bagi menguatkan lagi usaha individu tersebut menjenamakan dirinya. Rakan fb boleh mencadangkan rakannya supaya ‘add’ supaya individu tersebut lebih ‘terkenal’ dan dapat memenuhi maksud tersirat penjenamaan semula . Selamat mencuba.


Gambar Hiasan.

Contoh komen yang biasa ditulis dalam fb.

  1. Kat mana nie ?
  2. Amboi.. macam pinang di belah kapak.
  3. Tak kan shopping kat Pekan Rabu je, pergi lah shoping kat London.

Maksud tersirat.

  1. Mempromosi Pekan Rabu.
  2. Nak bagi tau kawan-kawan dan anak murid cikgu dan cikgu masih hidup.

 

Penjenamaan semua.

  1. Menukar imej orang muda ke orang tua.