Monday, August 25, 2014

Banjir atas jalan

Assalamualaikum wbt.
23 Ogos 2014 Pukul 3.00 pm, Taman perumahan Kulim Hi Tech,
Saya menghadiri majlis kenduri kesyukuran / kenduri nak pi Haji rumah kakak dan abang ipar di Tmn Kulim Hi Tech berhadapan dengan Hospital Kulim. Hujan lebat mulai turun sejak pukul 2.00pm, ketika saya baru sampai, akhirnya jadilah seperti dalam gambar dibawah. Walau bagaimanapun selepas waktu Asar, air yang penuh atas jalan tadi mulai surut.
Punca kejadian adalah kerana saluran air dari jalan nak masuk ke longkang tersumbat. Beberapa penduduk taman telah membuka saluran air dengan menjolok semua saluran yang tersumbat.




 
Doa untuk Abang Ipar dan Kakak; semoga semua amal ibadat diterima Alla swt dan mendapat haji mabrur.

Thursday, August 21, 2014

Ya Allah, so sweets.

 
Ait.. pasaipa padam mata pulak .. gambar hiasan


Assalamualaikum wbt.

Tidak pernah terfikir ada gadis yang sanggup menawar diri untuk diperisterikan hanya dengan 3 syarat. Syaratnya amat mudah. Namun  jika gagal memenuhi syarat tersebut perkahwinan akan terbatal dan bakal menerima hukuman.

Maka ramailah lelaki baik muda dan tua , handsome dan biasa,  alim dan jahil datang untuk mendengar syarat-syaratnya.

Diumumkan syarat-syaratnya seperti berikut;

Calon suaminya mestilah seorang yang mampu melakukan ,

1.       Berpuasa sepanjang tahun

2.       Bersolat sepanjang malam

3.       Mengkhatam  Al Quran setiap malam.

Mendengar syarat-syarat tadi, maka putus harapanlah sijahil. Lembut lututlah si abid muda dan tua.

Si abid yang sudah tua sudah tentu tidak mampu berpuasa sepanjang tahun, situa sudah tentu tak mampu solat sepanjang malam. Si muda yang kuat pun tak mampu untuk khatam Quran setiap hari.

Bila masa nak bersama dengan bini

Siang kena puasa, malam kena tahajud kena baca Quran, waktu mana nak tidur bersama. Maka semua calon-calon yang awal tadi datang bersemangat, pulang degan rasa kecewa.

Namun ada seorang lelaki handsome sanggup derita sepanjang hayat demi untuk mendapatkan cinta gadis tersebut. Siapa lelaki tersebut ?, sudah tentu bukan Hj Lutfi, sebab hj Lutfi tiada semasa tawaran tersebut diumumkan, kalau  tidak mahu juga HjLutfi terima tawaran tersebut.

Apa nak heran setakat nak Khatam Quran setiap hari , apa nak heran kalau setakat nak puasa sepanjang tahun, apa nak heran kalau setakat nak solat sepanjang malam. Biar betul  hjlutfi.

Setelah berkahwin dengan pemuda handsome tadi, baru dua tiga  malam agaknya  gadis (masih gadis agaknya)  itu terus mengadu kepada kadi bahawa suaminya tidak memenuhi syarat-syarat solat sepanjang malam, dan khatam Quran setiap hari, maka dia tuntut bubar perkahwinan mereka.

Diringkaskan cerita Si handsome mengemukakan hujah bela diri.

Sememangnya saya pengamal solat sepanjang malam . Buktikan kata kadi .

Hadis Nabi SAW Siapa yang Solat  Isyak dan solat  Subuh secara jemaah, seolah-olah ia solat sepanjang malam. Terkedu kadi.

Sememangnya saya khatam Quran setiap hari, kata pemuda hansome tadi. Buktikan kata kadi.

Hadis Nabi SAW. Sebelum tidur khatamlah Quran, iaitu dengan membaca 3 Khul. Surah  Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas. Betul tak Tn kadi. Memang betul jawab kadi.

Macam mana dengan puasa pula, ini mesti hang kantoi, kata kadi, sejak  menikah hang tak puasapun.

Tn Kadi jangan silap percaturan, saya ini pemuda handsome le, bukan muka saja handsome, akaipun hansome juga. Refer hadis, saya sebut ringkas saja,  kata si handsome tadi kepada kadi .

Saya puasa penuh bulan Ramadhan kemudian saya tambah enam hari puasa bulan syawal. Tn kadi recall balik, hadis yang mana satu.

Astagfirullah.. tepuk dahi si Tn kadi, kalau aku ingat semua ini, tentu aku yang booking awal gadis ini. Memang benar Nabi SAW bersabda, sesiapa yang puasa penuh bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari bulan syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.

Moralnya, apa saja amal ibadat kena ada ilmu, orang berilmu sentiasa untung dunia dan akhirat. ada untung ka ?.
 

Sunday, August 17, 2014

Jalan-jalan Kuala Sg Linggi, Melaka.

Assalamualaikum wbt.

Catatan harian.

Sabtu 16 Ogos 2014. Hari ini cuaca agak cerah, setelah dua hari hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di Melaka. Saya ambil peluang ronda-ronda. Minggu lepas cadang nak bermusafir ke Pahang pada hari ini, oleh kerana cuaca kurang mesra untuk bermusafir, ronda dekat-dekat ni sajalah.

Satu pesan saya untuk sesiapa yang baca blog ini, keluarlah bermusafir, lihat keindahan alam ciptaan Allah, Insya Allah dapat banyak pahala, berbanding terperap dirumah dan lepak di kedai makan, atau dok main game dengan komputer.

Ukir senyuman kepada orang lain, tambah kenalan, beri nasihat, singgah solat di Masjid, berbelanja sedikit, sedekah sedikit , banyak berdoa dan berharap kepada Allah, ini adalah ruang-ruang pahala yang boleh dipungut, ketika bermusafir. Waktu musafir kita jelas harap kepada Allah sahaja, eg. Ya Allah jangan bagi kereta aku rosak..

Tempatnya tak jauh, Kuala Sungai Linggi.

 
Ronda-ronda dengan motor cup saja lah.
 
Kuala Sungai Linggi - disitu terdapat dermaga membaiki kapal, RTC , satu pelantar terapung (bukan terapung cuma atas air) dan Kawasan bersejarah Kota Supai. Dari PD ke Pengkalan Balak, lintas saja sungai Linggi , sempadan Melaka/ NS , belok kanan, sebelum stesen bas, susuri jalan tepi sungai tersebut dan akan bawa anda ke Pelantar tersebut, melalui pelantar tersebut boleh akses ke Kota Supai.
 
Tak ada orang, seorang dua saja pelancong dan penduduk tempatan, beberapa orang kampung tengok pukat dan penjual di restoran terapung. Disini tak ada tempat mandi pantai, kalau nak mandi kena terus ke Pengkalan Balak atau Tg. Bidara.
 
Ada sepasang couple remaja, budak dekat situ juga. sedang dok cerekarama konon. Saya datang beri nasihat ringkas saja. "Bang.., kakak.. jangan pegang-pegang tau ".  yang lelaki jawab " ia.. pak cik ".
Habis le pahala aku sebab cerita disini. Tak da habisnya, niat awal bagus untuk cegah kemungkaran, maka pahala ditulis berdasarkan niat tadi, Insya Allah.
 
Eh.. ko dulu tak couple ke ?.  ada le sekali dua dengan bakal tunang, bincang-bincang nak bina rumahtangga. Memang berat untuk cegah kemungkaran, tambahan kita yang tiada kuasa, ditambah lagi kalau kita biasa lakukan kesalahan yang sama. 
 
Dua budak dalam gambar sedang bermain-main basikal dengan seorang lagi kawan mereka dia atas pelantar tersebut, saya ajak sembang dan ambil gambar. Tanya sekolah mana dan satu lagi soalan yang saya tanya...
 
Antara Kung Fu dan Silat, mana yang kamu suka ?.
 
Ketiga-tiga mereka jawab.. Tae Kwan Do.
 
Jadi, Apa tanggapan anda tentang jati diri, pemahaman dan pendidikan budaya, masa depan bangsa ?
 
Semua ini terletak kepada pendedahan dari kecil.
 
Mereka suka Tae Kwon Do kerana  disekolah banyak kelab itu, dengan uniform yang kemas, ada tali pinggang ikut 'status', bila menyukai tae kwon do atau mentyertainya akan ada kebanggaan dalam diri mereka.
 
Tea Kwondo di pasarkan dengan effektif, struktur organisasi peringkat antara bangsa yang kukuh dan berjaya menarik minat ramai orang diseluruh dunia. Kalau mereka tahu kelemahan dan cara menumpaskan serangan Tae Kwon do ( kalau setakat black belt 1st dan) , para pesilat senang saja kalahkan mereka.
 
Silat - agak tertutup, kalau disekolahpun, macam sembunyi-sembunyi saja. pelajar malu nak sarungkan baju silat selepas latihan, berbanding pelajar Tae Kwondo. Kurang pendedahan, dalam filem dan drama jarang tonjol aksi silat yang sebenar, hanya pukulan yang sama macam kick boxing saja, last sekali mirip tae kwondo. Karate lain sikit, gaya tendang pun lain.
 
Silat pun sampai peringkat antara bangsa, cuma jati diri pelajar kita, anak-anak kita yang dibiasakan dengan 'barangan import' lebih baik menyebabkan silat terpinggir ( bukan terpinggir sepenuhnya, masih ada yang mencintainya).
 
Kung Fu - sebenarnya budak-budak Melayu kurang terdedah dengan kung fu, sekadar dari filem jackie chan, bruce lee dan jet li saja. Di sekolah jarang ada kelab kung fu. Saya sendiri sekadar dapat maklumat dari majalah pendekar saja, kemudian diskusi, cara-cara menewaskan kung fu semasa belajar silat dahulu. Kung Fu dan silat, siapa hebat ?. Yang hebat terletak kepada individu. bila berlawan (sama standard ilmu)  kemungkinan silat akan menang, kalau berperang, Insya Allah Silat Akan menang.
 
Silat dan Tai Chi, itu yang saya kata kemenangan terletak pada individu.
 
Aitt.. komen bab silat pula..
 
Assalaamualaikum wbt.
 

Wednesday, August 6, 2014

Apa boikot-boikot ?


Assalamualaikum wbt.

Setahu kita telah lama Negara haram Israel ditubuhkan, bukan sekali mereka membunuh rakyat Palestin, serangan demi serangan dibuat kepada rakyat Palestin (Umat Islam), mereka memperleceh Islam dengan melakukan serangan pada Hari Raya, pada awal muharam dan lain-lain hari kebesaran Islam. Mereka meyerang ketika umat Islam menunaikan haji, ketika umat Islam menyambut puasa.

Kenapa mereka memilih waktu tersebut ?

Sebenarnya kalau mereka pilih masa-masa lain tak jadi masalah, umat Islam pada masa ini, tidak akan bersatu untuk menentang mereka, jadi mereka memilih untuk memperlecehkan Islam pada hari-hari kebesaran Islam. Apa hendak dihairankan dalam Al Quran telah disebut, mereka bangsa yang membunuh oara nabi dan rasul, kalau setakat nak bunuh umat Islam apa yang dihairankan.

 

Sudah 66 tahun Israel membina Negara, membina ekonomi, membina empayar perbankkan, membina jenama, membina New World Order.  Dan sudah tentu 66 tahun umat Islam memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Negara Yahudi tersebut.

Hari ini mari kita persiapkan diri, jangan boikot, sebaliknya kita kuasai, tak kiralah kuasai dalam bentuk rampas ,nasionalisasi’, ambil alih (kuasai saham),  kita beli jenama-jenama mereka, kita beli perniagaan mereka.

Kenapa ? , mustahil !

Kerana beranggapan mustahil lah, maka sehingga 66 tahun kita gagal Mem’boikot’ Israel. Setiap kali Palestin diserang, kita boikot McD, kita boikot Coca cola, kita boikot itu ini, bila perang reda, kita kembali memaafkan dan kembali makan ayam yahudi (halal !).

Cuba dari sekarang jenama ayam Islam Mc D,  diambil alih sepenuhnya dan dijadikan jenama baru Muhammad bin Abdullah. Coca cola dijadikan Cuba rasa. Tiada usaha bersungguh-sungguh atau kekalahan dari segi strategi pemasaran, atau main kotor yahudi menyebabkan produk Islam gagal menguasai dunia, nak tak nak, makan juga di Mc D.

 

Islam telah mengajar supaya umatnya menguasai bidang perniagaan, ekonomi, persenjataan, menguasai segala macam Ilmu.

Hanya dengan perniagaan, Islam akan kembali menguasai  urusan dunia, hanya melalui ekonomi , tekanan- tekanan boleh  dikenakan terhadap Negara-negara yang memusuhi Islam. Hanya melalui persenjataan, musuh akan mengeruni.

Tidakkah semua itu telah ditunjukkan jalan oleh Nabi Muhammad SAW ?. Habis kenapa tidak mengambil langkah seperti itu sejak 66 tahun lalu ?.

Berbalik kepada iman dan sikap umat Islam sendiri, banyak hadis yang menerangkan keadaan umat Islam akhir zaman spt. Umat Islam dihurungi bagai semut menghurung makanan. Bukan kerana umat islam sedikit, tetapi bagai buih dilautan.

Siapa yang bertanggungjawab untuk mengembalikan kejayaan Umat Islam ?