Monday, January 7, 2013

Ugut Style Management (USM)




Assalamualaikum wbt.



Pengurusan adalah satu seni. Ia boleh diurus dengan berbagai cara dan berseni hanya berdasarkan kertas pekeliling, surat siaran, memo. Pengurus selalunya akan mengarah. Jika pengurus mengurus dengan cara buat sendiri , itu namanya pengurus bodoh.



Mengarah pun berbagai cara. Surat arahan, memo, lisan, tunjuk, angkat kepala, angkat kening, sindir. Untuk menggunakan seni-seni tersebut, lihat kepada situasi dan subordinate.



Tapi ‘ugut style management’ sering digunakan oleh pengurus/ bos / ketua untuk memastikan ‘tercapai’ matlamat organisasi atau misi sesebuah kementerian.



Penggunaan Ugut style management.



Pengurus yang tak ada kebolehan lain akan menggunakan USM, dari sini dia dapat tonjolkan kekuasaannya, setiap arahan mesti diikut. USM ini amat berkesan bagi organisasi yang ada system penilaian akhir tahun contoh LPNT , penilaian prestasi, skor cemerlang dan berbagai nama yang diberikan, tapi matlamatnya sama, nak cari yang “terbaik”.



Dan ia boleh digunakan sebagai alat dalam pengurusan USM.



Keberkesanan USM



Menurut satu kajian, seni USM ini amat berkesan untuk mencapai matlamat jangka pendek, seorang ketua jabatan akan berjaya dengan USM, kerana subordinate terpaksa mengikut ugutan tersebut. Ketua jabatan akan dipandang ‘berjaya’ oleh pengarahnya atau ketua yang lebih atas kerana berjaya melaksanakan sesuatu misi/ objektif.



Disebalik keberkesanan USM



Subordinat akan memberi reaksi positif dihadapan sahaja, tetapi akan punch card on the dot. Tidak mahu tunggu lebih lama. Ketua adalah musuh no satu bagi seseorang subordinate terutama yang terancam atau yang telah ‘dilabelkan sebagai seseorang.’



Alternatif USM



Banyak lagi style boleh digunakan, PTK adalah satu langkah yang baik, namun, sekatan/ had , projek rahsia ‘menyusahkan dan menyekat’ dalam PTK ,membuat PTK dibenci oleh ramai orang termasuk saya.



Sistem latihan 7 hari diadakan, tetapi latihan yang tiada kaitan dengan profesion terkira dalam 7 hari tersebut menyebabkan subordinate jahil dalam pentadbiran kerajaan. Atau subordinate sengaja dibodohkan supaya ketua nampak gah. Hanya ketua yang tahu.



Mengurus orang yang tahu, atau tidak jahil adalah amat mudah, tidak perlu USM, mengurus yang jahil sahaja yang perlu diugut.



Siapa paling banyak guna USM



Kerajaan memerintah yang terdesak akan mengunakan USM dengan luas dan berkesan kerana rakyat yang jahil. Sebab itu bagi Negara diktatror, maklumat disekat, capaian internet disekat,



Bagi Negara secular, maklumat mengenai agama disekat, perbanykankan rancangan dan program hiburan.



Bagi Negara Islam, (tiada Negara yang laksananakan Islam sepenuhnya), jika laksana hudud bukan bererti dia Negara Islam sepenuhnya. Cuma tanggungjawab melaksanakan Arahan Allah yang jelas termaktub dalam Al Quran telas dilaksanakan.



Negara Islam adalah lebih baik kerana usaha untuk mengeluarkan rakyat dari kejahilan agama, kejahilan penilaian maklumat dan penambahan pengetahuan adalah baik.



Pentadbir Organisasi seperti sekolah/ kolej/ universiti banyak menggunakan USM. Bagaimana nak tahu USM atau tidak. Kajian perlu dilaksanakan oleh organisasi sendiri, jika mahu berubah. Atau terus kekal dengan USM.

No comments:

Post a Comment