Monday, January 21, 2013

Kalut






Assalamualaikum wbt.



Cerita 1



Pagi-pagi 20 Januari 2013 (Ahad)

Tolong hantar moto anak kawan, bawa dari Melaka, bawa hari Jumaat masa balik dari Melaka hari tu. anak dia sedang KPLI di IPDA, Hari Ahad baru boleh hantar, hari Sabtu anak dia tiada. Anak kawan perlukan moto untuk ulang alik ROS di sekolah berdekatan. 7.30 am sampai di Kampus IPDA, turunkan moto dan bagi moto kepada anak kawan.



Lepas t uterus hantar anak jumpa Doktor altenatif, Doktor pakar hospital nak operate kepada anak kerana ada ketumbuhan yang menutup saraf, ketumbuhan tersebut menyebabkan anak saya tak le sesegar kawan sebayanya.



Doktor alternative kata barah dalam badan anak saya ada di enam tempat. Last sekali minta dia bedah dahulu sebelum di bedah oleh doctor pakar hospital. Dah setahun ulang alik ke hospital, dan last sekali doktor bagi tarikh 3/3/13. Tapi bila dok fikir kena bedah kepala, buang tempurung kepala, hai ngeri rasanya.



Yang boleh tau ada ketumbuhan ialah dia mengadu telinganya hilang pendengaran, lalu saya bawa jumpa doctor klinik, minta doctor klinik buat rujukan ke doctor pakar. Bila doctor buat MRI dan lain-lain, nampakle ketumbuhan meliputi saraf nya. Saya pun susah hati, duduk pula jauh, berserah kepada Allah sahaja lah.



Doktor alternative buat pembedahan, empat tempat pembedahan saya nampak kesannya, tapi yang dalam kepala saya tak tau, Insya Allah lega kut.



Cerita 2.



Balik dari rumah doctor Alternatif, ajar isteri pandu kereta. 20 /1/13 kali pertama isteri saya pandu kereta atas lebuh raya. Bukan dia berani, tunjukkan jalan dari rumah doctor alternative ke SMK Agama Kedah. Sebab besok 21/1/13 sekali lagi rawatan anak saya itu, kemudian nak pergi daftar anak no 2 ke SMK Agama Kedah di Mergong. Saya dah bertolak ke Melaka itu jam.



Cara bayar tol, cara simpan tiket tol dan laluan Bandar. Pesan saya jangan langgar kereta orang saja., maka tensionlah isteri saya memandu kereta. Saya kata, Janda yang dok susah hati jadi janda ialah dia tak tau banyak perkara, masa laki dia ada, dok tak ambil tau, bila laki mati, macam-macam dia tak tau, sampai nak cucuk duit di ATM pun tak tau.

Akhirnya dia dapat sampai ke SMK Agama Kedah.



Balik dari SMK Agama singgah beli madu, madu untuk rawatan anak saya no tiga yang kena ketumbuhan tadi. Bukan madu tualang, ini madu import dari Yaman harga boleh tahan. Satu botol RM180, habtus sauda satu kotak 120, masya Allah RM300 satu set, oleh kerana susah saya tak ada, beli dadah 3 set, habis duit bapa.



Bapa beli dadah, mesti makan ikut aturan, saya yakin dengan hadis Rasullullah saw mengenai madu dan habatus sauda.





Cerita 3.



Isteri kaki terseliuh pulak. Esok nak memandu hantar daftar anak ke SMK Agama Mergong. Bawa isteri jumpa tukang urut. Hari ini dapat tegur / nasihat suami tukang urut, umur 83 tahun dah. Lama dah dok nak tegur. Tapi tak tau cara yang lebih hikmah, maka hari ini dapat tegur, lepas dah tanggungjawab.



Tegur pasai apa ?



Ada dua keping gambar dalam frame tergantung dirumah dia. Satu gambar Ilustrasi malaikat, nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Saya cerita mengenai peristiwa Nabi Ibrahim nak sembelih anak, pusing sana pusing sini, dan saya kata kesimpulannya gambar tersebut perlu dibuang, kerana boleh merosakkan akidah.



Gambar kedua ialah bahtera nabi Noh, saya kata elok dibuang juga. Gambar ketiga , iaitu gambar Boraq, gambar tu dah tak ada mungkin frame dah jatuh kut..



Nasib baik kawan dia yang ada sama saya sokong, betullah seperti yang saya kata. Selamat.



Cerita 4.



Anak saya yang nak kesekolah Agama bukan dia nak, saya yang suruh. Jarak 39 km dari rumah, sebelum ini pi sekolah mak yang hantar, kali ni kena pergi sendiri, naik bas pulak. Bukan dia pernah naik bas sendiripun.



Jadi saya ambil keputusan beri latihan naik bas kesekolah. Pukul 12.00 pm, saya hantar anak kedua saya bersama adiknya ke bus station Kuala Nerang, naik Mara Liner, bas ada air con, bas HBR tak cantik. Bagi duit tambang. Saya pergi tunggu di terminal bas Shahab Perdana. 1 jam 30 minit baru sampai. Bas awal 6.15 am.. parah macam ni kalau berulang alik. Sekolah tak tawar asrama. Saya susah hati amat. Nak tak nak mesti belajar di SMKA.



Kalau nak ikutkan sekolah sekolah sekarang lebih ok, Cuma tak ada multi disiplin. Saya nak dia belajar dua disiplin iaitu sains dan Agama. Sekarang ni, Sains dan Pengurusan, macam bapa dia. Pengurusan bila-bila masa boleh belajar, agama kena belajar dari awal.

Nanti dapat kuasai agama dan amalkan agama melalui sains.



Anak kedua saya dapat 9A dalm PMR baru ni, saya tak heran sikit pun dengan 9A, tak da apa, kalau tak dapat A pun saya tak kisah, saja kata untuk bela anak no 3, lemah banyak.

Kakak rajin dan mendahului, adik main yang banyak.



Sampai di Shahab Perdana suruh dia jalan kaki kesekolah lebih kurang 1 km. Berpeluh sakan tengah panas terik, waktu zuhur, bukan apa, kalau tak bagi simulasi sebenar, nanti terpingga-pingga. Sekarang dah rasa dan tahu, senang le banyak.

Kemudian bawa balik, singgah beli air kota minum atas kereta, balik makan nasi dirumah.



Cerita 5



Lepas makan tgh, saya solat, rehat-rehat, tidur sekejab, pukul 3.45ptg siap-siap, pukul 4.00 ptg bertolak ke Melaka. Nak minta cuti tak boleh, kena ambil cuti tanpa gaji… betul ke, bukan ada cuti 7 hari Cuti Rehat Khas ?.



Berhenti solat Asar di Petronas Gunung Semanggol, solat jamak maghrib di hentian ladabg Bikam, sampai dirumah pukul 12.00 tgh. Walau letih tak mau lena juga. Tengok tV sekejab, tau-tau sedar pukul tujuh pagi.











No comments:

Post a Comment