Thursday, January 31, 2013

Alhamdulillah, Bangganya saya anak Kedah




Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bangganya saya anak Kedah. KUIN telah dirasmikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong. Sebuah kolej Universiti yang diwujudkan sejak tahun 1985, kini telah ada kampus induk yang tetap. Di KUIN saya biasa tengok Prof Aziz Hanafi

Wednesday, January 30, 2013

Jihad dan Syahid


Gambar 1 : TGHH berkaitan amanat hadi


Gambar 2: PM 1M melawat Gaza.

Assalamualaikum wbt.

Antara kedua-dua diatas , siapa yang menggunakan / mengekploitasi untuk tujuan politik.

Keterangan gambar 1 > TGHH meminta 1 jam saja bagi menerangkan 'Amanat Hadi' agar kekeruhan dan ketidakfahaman masyarakat yang tak belajar tapi pandai menilai mengalah mufti, tapi last sekali senyap je isu basi itu, dan muncul cerita kebodohan Penganut Islam yang tersesat dek amanat Hadi dalam utusan.

Gambar 2 > PM 1M ke Gaza , secara politiknya, menunjukkan jiwa Islam, yang  "cubit paha kiri, paha kanan tersasa sakit", atau mengahayati hadis, "tidak masuk syurga selagi dia tidak kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih dirinya". Diberi liputan meluas sebagai wira. saya tak pasti wira apa ? tapi itulah yang dikatakan oleh utusan.

Sekali nampak TGHH nak memenangkan parti politiknya kalau dia berjaya muncul di TV, tapi selama ini dia tak muncul diRV pun dia dah menang. bayangkan kalau lebih ramai yang memahami Amanat tersebut, lagi menang.

Dua kali nampak PM 1M, menggunakan lawatan sebagai modal politik, bagaimana ia dilaporkan mahu menyatukan Pelastin , Fatah dan Hamas, sama spt kerajaan Perpaduan PAS dan UMNO. Fatah (UMNO),
kawasan Fatah tak dibom oleh Israel. Hamas (PAS) kawasan ni selalu kena bom.

Yang menolak perpaduan patut dipersalahkan, bermaksud PAS patut dipersalahkan kerana menolak perpaduan Umat Melayu Islam. PAS tidak kasih umat Gaza kerana tak pernah dilaporkan PAS pergi ke Gaza atau Tebing Barat. Memang tak ada dalam laporan TV, bacalah harakah atau harakah daily.

Bagi penyokong tegar masing-masing, ketua mereka adalah terbaik. Bagi yang bijak pasti menilai, yang terbaik patut jadi ketua. Bagi yang bangang tetap jahil dan hanya memikirkan makan, makan, makan.

Wednesday, January 23, 2013

AG jangan masukkan gaji TP kolej saya pada 23 Januari sebab di kerja belum cukup sebulan

AG jangan masukkan gaji TP kolej saya pada 23 Januari sebab di kerja belum cukup sebulan.



Assalamualaikum wbt.



S: Awat jadi lagu tu ?.

J: Ada la.. malas nak hingaq

S: Baik hang habaq, pasai pa ?

J: Ni pasai CRK, cuti rehat Khas guru, cikgu mana ada cuti, ada 7 hari saja, tu pun kena kira bahagi 12 bulan, dapat lah cuti, jatuh 0.58333 hari sebulan. Bulan Januari tak leh cuti, bulan Februari baru boleh cuti sehari. Dah tu kalau nak daftar anak di mana-mana. Tak le cuti dia suruh ambil cuti tanpa gaji. Ni sudah kejam dan zalim. Cuti dinyatakan dalam sebutan tahun 7 hari setahun. Dia kata tak cukup sehari seperti yang dikira bahagi 12 bulan. Dan dia bagi contoh, boleh dak kita ambil gaji setahun sekali gus ?. itu contoh yang tak relevan. Gaji bulanan pun dibayar awal, 23 hb, 25 hb, 19 hb. AG tolonglah patuhi arahan, jangan masukkan gaji TP saya selagi tak cukup sebulan kerja.

S: Oitt.. TP itu amenda ?

J: Haiyoo..tara tau ka ?.

Monday, January 21, 2013

Kalut






Assalamualaikum wbt.



Cerita 1



Pagi-pagi 20 Januari 2013 (Ahad)

Tolong hantar moto anak kawan, bawa dari Melaka, bawa hari Jumaat masa balik dari Melaka hari tu. anak dia sedang KPLI di IPDA, Hari Ahad baru boleh hantar, hari Sabtu anak dia tiada. Anak kawan perlukan moto untuk ulang alik ROS di sekolah berdekatan. 7.30 am sampai di Kampus IPDA, turunkan moto dan bagi moto kepada anak kawan.



Lepas t uterus hantar anak jumpa Doktor altenatif, Doktor pakar hospital nak operate kepada anak kerana ada ketumbuhan yang menutup saraf, ketumbuhan tersebut menyebabkan anak saya tak le sesegar kawan sebayanya.



Doktor alternative kata barah dalam badan anak saya ada di enam tempat. Last sekali minta dia bedah dahulu sebelum di bedah oleh doctor pakar hospital. Dah setahun ulang alik ke hospital, dan last sekali doktor bagi tarikh 3/3/13. Tapi bila dok fikir kena bedah kepala, buang tempurung kepala, hai ngeri rasanya.



Yang boleh tau ada ketumbuhan ialah dia mengadu telinganya hilang pendengaran, lalu saya bawa jumpa doctor klinik, minta doctor klinik buat rujukan ke doctor pakar. Bila doctor buat MRI dan lain-lain, nampakle ketumbuhan meliputi saraf nya. Saya pun susah hati, duduk pula jauh, berserah kepada Allah sahaja lah.



Doktor alternative buat pembedahan, empat tempat pembedahan saya nampak kesannya, tapi yang dalam kepala saya tak tau, Insya Allah lega kut.



Cerita 2.



Balik dari rumah doctor Alternatif, ajar isteri pandu kereta. 20 /1/13 kali pertama isteri saya pandu kereta atas lebuh raya. Bukan dia berani, tunjukkan jalan dari rumah doctor alternative ke SMK Agama Kedah. Sebab besok 21/1/13 sekali lagi rawatan anak saya itu, kemudian nak pergi daftar anak no 2 ke SMK Agama Kedah di Mergong. Saya dah bertolak ke Melaka itu jam.



Cara bayar tol, cara simpan tiket tol dan laluan Bandar. Pesan saya jangan langgar kereta orang saja., maka tensionlah isteri saya memandu kereta. Saya kata, Janda yang dok susah hati jadi janda ialah dia tak tau banyak perkara, masa laki dia ada, dok tak ambil tau, bila laki mati, macam-macam dia tak tau, sampai nak cucuk duit di ATM pun tak tau.

Akhirnya dia dapat sampai ke SMK Agama Kedah.



Balik dari SMK Agama singgah beli madu, madu untuk rawatan anak saya no tiga yang kena ketumbuhan tadi. Bukan madu tualang, ini madu import dari Yaman harga boleh tahan. Satu botol RM180, habtus sauda satu kotak 120, masya Allah RM300 satu set, oleh kerana susah saya tak ada, beli dadah 3 set, habis duit bapa.



Bapa beli dadah, mesti makan ikut aturan, saya yakin dengan hadis Rasullullah saw mengenai madu dan habatus sauda.





Cerita 3.



Isteri kaki terseliuh pulak. Esok nak memandu hantar daftar anak ke SMK Agama Mergong. Bawa isteri jumpa tukang urut. Hari ini dapat tegur / nasihat suami tukang urut, umur 83 tahun dah. Lama dah dok nak tegur. Tapi tak tau cara yang lebih hikmah, maka hari ini dapat tegur, lepas dah tanggungjawab.



Tegur pasai apa ?



Ada dua keping gambar dalam frame tergantung dirumah dia. Satu gambar Ilustrasi malaikat, nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Saya cerita mengenai peristiwa Nabi Ibrahim nak sembelih anak, pusing sana pusing sini, dan saya kata kesimpulannya gambar tersebut perlu dibuang, kerana boleh merosakkan akidah.



Gambar kedua ialah bahtera nabi Noh, saya kata elok dibuang juga. Gambar ketiga , iaitu gambar Boraq, gambar tu dah tak ada mungkin frame dah jatuh kut..



Nasib baik kawan dia yang ada sama saya sokong, betullah seperti yang saya kata. Selamat.



Cerita 4.



Anak saya yang nak kesekolah Agama bukan dia nak, saya yang suruh. Jarak 39 km dari rumah, sebelum ini pi sekolah mak yang hantar, kali ni kena pergi sendiri, naik bas pulak. Bukan dia pernah naik bas sendiripun.



Jadi saya ambil keputusan beri latihan naik bas kesekolah. Pukul 12.00 pm, saya hantar anak kedua saya bersama adiknya ke bus station Kuala Nerang, naik Mara Liner, bas ada air con, bas HBR tak cantik. Bagi duit tambang. Saya pergi tunggu di terminal bas Shahab Perdana. 1 jam 30 minit baru sampai. Bas awal 6.15 am.. parah macam ni kalau berulang alik. Sekolah tak tawar asrama. Saya susah hati amat. Nak tak nak mesti belajar di SMKA.



Kalau nak ikutkan sekolah sekolah sekarang lebih ok, Cuma tak ada multi disiplin. Saya nak dia belajar dua disiplin iaitu sains dan Agama. Sekarang ni, Sains dan Pengurusan, macam bapa dia. Pengurusan bila-bila masa boleh belajar, agama kena belajar dari awal.

Nanti dapat kuasai agama dan amalkan agama melalui sains.



Anak kedua saya dapat 9A dalm PMR baru ni, saya tak heran sikit pun dengan 9A, tak da apa, kalau tak dapat A pun saya tak kisah, saja kata untuk bela anak no 3, lemah banyak.

Kakak rajin dan mendahului, adik main yang banyak.



Sampai di Shahab Perdana suruh dia jalan kaki kesekolah lebih kurang 1 km. Berpeluh sakan tengah panas terik, waktu zuhur, bukan apa, kalau tak bagi simulasi sebenar, nanti terpingga-pingga. Sekarang dah rasa dan tahu, senang le banyak.

Kemudian bawa balik, singgah beli air kota minum atas kereta, balik makan nasi dirumah.



Cerita 5



Lepas makan tgh, saya solat, rehat-rehat, tidur sekejab, pukul 3.45ptg siap-siap, pukul 4.00 ptg bertolak ke Melaka. Nak minta cuti tak boleh, kena ambil cuti tanpa gaji… betul ke, bukan ada cuti 7 hari Cuti Rehat Khas ?.



Berhenti solat Asar di Petronas Gunung Semanggol, solat jamak maghrib di hentian ladabg Bikam, sampai dirumah pukul 12.00 tgh. Walau letih tak mau lena juga. Tengok tV sekejab, tau-tau sedar pukul tujuh pagi.











Tuesday, January 15, 2013

Contoh Penggunaan Ugut Style Management

Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung tugas




KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.



Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."



Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.



"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.



Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.



Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.



Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.



Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.



Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya itu, dengan mengatakan “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.



Monday, January 7, 2013

Ugut Style Management (USM)




Assalamualaikum wbt.



Pengurusan adalah satu seni. Ia boleh diurus dengan berbagai cara dan berseni hanya berdasarkan kertas pekeliling, surat siaran, memo. Pengurus selalunya akan mengarah. Jika pengurus mengurus dengan cara buat sendiri , itu namanya pengurus bodoh.



Mengarah pun berbagai cara. Surat arahan, memo, lisan, tunjuk, angkat kepala, angkat kening, sindir. Untuk menggunakan seni-seni tersebut, lihat kepada situasi dan subordinate.



Tapi ‘ugut style management’ sering digunakan oleh pengurus/ bos / ketua untuk memastikan ‘tercapai’ matlamat organisasi atau misi sesebuah kementerian.



Penggunaan Ugut style management.



Pengurus yang tak ada kebolehan lain akan menggunakan USM, dari sini dia dapat tonjolkan kekuasaannya, setiap arahan mesti diikut. USM ini amat berkesan bagi organisasi yang ada system penilaian akhir tahun contoh LPNT , penilaian prestasi, skor cemerlang dan berbagai nama yang diberikan, tapi matlamatnya sama, nak cari yang “terbaik”.



Dan ia boleh digunakan sebagai alat dalam pengurusan USM.



Keberkesanan USM



Menurut satu kajian, seni USM ini amat berkesan untuk mencapai matlamat jangka pendek, seorang ketua jabatan akan berjaya dengan USM, kerana subordinate terpaksa mengikut ugutan tersebut. Ketua jabatan akan dipandang ‘berjaya’ oleh pengarahnya atau ketua yang lebih atas kerana berjaya melaksanakan sesuatu misi/ objektif.



Disebalik keberkesanan USM



Subordinat akan memberi reaksi positif dihadapan sahaja, tetapi akan punch card on the dot. Tidak mahu tunggu lebih lama. Ketua adalah musuh no satu bagi seseorang subordinate terutama yang terancam atau yang telah ‘dilabelkan sebagai seseorang.’



Alternatif USM



Banyak lagi style boleh digunakan, PTK adalah satu langkah yang baik, namun, sekatan/ had , projek rahsia ‘menyusahkan dan menyekat’ dalam PTK ,membuat PTK dibenci oleh ramai orang termasuk saya.



Sistem latihan 7 hari diadakan, tetapi latihan yang tiada kaitan dengan profesion terkira dalam 7 hari tersebut menyebabkan subordinate jahil dalam pentadbiran kerajaan. Atau subordinate sengaja dibodohkan supaya ketua nampak gah. Hanya ketua yang tahu.



Mengurus orang yang tahu, atau tidak jahil adalah amat mudah, tidak perlu USM, mengurus yang jahil sahaja yang perlu diugut.



Siapa paling banyak guna USM



Kerajaan memerintah yang terdesak akan mengunakan USM dengan luas dan berkesan kerana rakyat yang jahil. Sebab itu bagi Negara diktatror, maklumat disekat, capaian internet disekat,



Bagi Negara secular, maklumat mengenai agama disekat, perbanykankan rancangan dan program hiburan.



Bagi Negara Islam, (tiada Negara yang laksananakan Islam sepenuhnya), jika laksana hudud bukan bererti dia Negara Islam sepenuhnya. Cuma tanggungjawab melaksanakan Arahan Allah yang jelas termaktub dalam Al Quran telas dilaksanakan.



Negara Islam adalah lebih baik kerana usaha untuk mengeluarkan rakyat dari kejahilan agama, kejahilan penilaian maklumat dan penambahan pengetahuan adalah baik.



Pentadbir Organisasi seperti sekolah/ kolej/ universiti banyak menggunakan USM. Bagaimana nak tahu USM atau tidak. Kajian perlu dilaksanakan oleh organisasi sendiri, jika mahu berubah. Atau terus kekal dengan USM.

Wednesday, January 2, 2013

Sheikh Ali As Shoubuni


Assalamualaikum wbt.

Sheikh Ali As Shaubuni ulamak Sunni dari Syiria, kini menetap di Mekah kerana tak dibenarkan balik Syiria oleh Byasar Al Assad, telah datang ke Pondok Baitul Qura, Sg Udang Melaka pada 1 Jan 2013. Majlis selepas solat maghrib Ucapan dalam bahasa Arab diterjemah oleh Ust Nazmi Karim.

Antara point yang paling jelas ialah dia minta kita pilih pemimpin yang takut kepada Allah dan pemimpin yang akan laksanakan perintah Allah.

Sheikh adalah ulamak hebat dunia yang banyak mengarang kita, antaranya Tafsir Ahkam. Beliau mengimamkan solat maghrib, dan mendoakan kesejahteraan diakhir Majlis.

Umat Islam mesti menentang Syiah kerana syiah bukan Islam. Syiah di Syiria lebih kejam dari Yahudi yang menjajah Pelastin. tanyangan vedio kekejaman di Syiria bayak menyentuh perasaan. Kutipan derma untuk Syiria pada malam itu, seperti diumum oleh mudir Pondok, Tn Guru  Hj Zulkifli adalah sebanyak 17000 RM.

Hebatnya ulamak ini. dalam usia 83 tahun masih buat road show dakwah di Malaysia, Indonesia. Namun ada segelintir manusia di Malaysia yang memperlekehkan beliau.